SUARA BEBAS TUARAN

Earth Hour Sasar 10,000 Penyertaan Di Kota Kinabalu

Thursday, March 22, 2012

Kira-kira 10,000 penduduk sekitar ibu negeri disasarkan menyertai Kempen KK Earth Hour 2012 di rumah dan premis masing-masing pada tahun ini.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata penyertaan dalam kempen bertemakan “KK City Going Beyond the Hour” pada 31 Mac itu nanti akan memberikan impak positif terhadap sokongan serta keprihatinan masyarakat mengenai isu pemanasan global.
“Di peringkat Kota Kinabalu, kita telah menyertai Earth Hour pada tahun lalu dan untuk 2012 ini, kita menyasarkan lebih ramai penduduk bandaraya iaitu seramai 10,000 orang untuk menyokong kempen di rumah dan premis masing-masing,” katanya.
  • Tambahnya, ia juga merupakan tanda sokongan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara menuju ke arah amalan hidup hijau.
  • Abidin berkata, bagi penganjuran kali ini, DBKK turut berganding bahu dengan beberapa pihak iaitu Sutera Harbour Resort, Majlis Tindakan Alam Sekitar Sabah (EAC), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) serta Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) bagi menjayakan KK Earth Hour 2012 itu nanti.
  • “Antara penutupan lampu jalan yang dicadangkan adalah sepanjang Teluk Likas hingga jambatan Yayasan Sabah, Jalan Tun Razak sehingga sekitar kawasan CBD dan jejambat Karamunsing serta lampu-lampu di Jalan Segama, Waterfront Segama dan Sinsuran.
  • “Kita berharap pemilik-pemilik bangunan dan premis perniagaan di bandaraya ini akan memadamkan lampu pada masa berkenaan sebagai tanda sokongan kepada program KK Earth Hour 2012,” katanya.
Abidin berkata demikian dalam satu sidang media bagi Program Earth Hour 2012 peringkat Bandaraya Kota Kinabalu di Magellan Sutera Harbour di Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Menurut Abidin, penganjuran kali ini menyaksikan dua tempat utama untuk program meliputi majlis perasmian di Gelanggang Tenis Tertutup Sutera Harbour dan perarakan berbasikal jemputan dari Persatuan Berbasikal Kota Kinabalu ke Pantai Tanjung Aru.
Beliau berkata, pelbagai aktiviti akan diadakan oleh pihak WWF seperti persembahan pentas secara akustik dan sebagainya.
  • “Orang ramai dijemput berama-ramai menghadiri program ini dan bagi mereka yang berminat untuk mendaftar serta menyokong Earth Hour 2012, bolehlah berhubung dengan bahagian urusetia di talian 088-244000 atau melayari laman web DBKK, http:/www.dbbkk.sabah.gov.my,” katanya.
  • Earth Hour merupakan satu acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dalam menangani masalah pemanasan global.
  • Semasa acara ini dijalankan, penduduk dunia disarankan supaya tidak menggunakan peralatan elektrik selama sejam (8.30 hingga 9.30 malam) pada hari Sabtu terakhir bulan Mac pada setiap tahun.
Program itu telah diilhamkan oleh WWF dan ‘The Sydney Morning Herald’ pada tahun 2007 untuk meningkatkan kesedaran penduduk dunia tentang pemanasan global yang semakin memuncak.
Buat pertama kalinya, penduduk Sydney yang berjumlah 2.2 juta orang bergelap semasa acara Earth Hour ini diadakan pada 2007. Pada tahun 2008 dan 2009, berlaku pertambahan negara dalam program itu termasuk Malaysia.
Untuk tahun 2012 dan 2011, terdapat jurang perbezaan ketara pengurangan penggunaan elektrik dengan 30.28 megawatt (2010) ke 13.2 megawatt (2011) dan menjadi harapan pihak penganjur untuk terus meningkatkan pengurangan bagi tahun ini.
Sumber: Utusan Borneo
Read On 0 comments

PKR lumpuhkan Di Keningau?

Wednesday, March 21, 2012

Menurut berita Sabakini Timbalan Ketua Cabang PKR Keningau Melvin Jaikul bersama-sama lebih kurang 2,000 ahli PKR cabang tersebut telah keluar parti dan menyertai parti STAR Sabah yang diketuai oleh Dr Jeffery.
Antara mereka yang turut keluar parti tersebut ia lah naib pengurusi cabang, Daniel Palangai, ketua Penarangan, Salim Nasir dan beberapa orang pemimpin cabang saperti Fred Aliun, Dominic Liew, Adrian Mikin dan Alex Amik.
  • Selain dari itu, dilapurkan bahawa kebanyakan barisan pemuda dan wanita cabang PKR Keningau telah mengorak langkah bersama yang lain meninggalkan parti PKR.
  • Tindakan ini kata Melvin ada lah disebabkan mereka telah hilang kepercayaan kepada parti yang berpusat di Semenanjug.
  • Dalam pada itu, dilapurkan cabang PKR Putatan dijangka akan meninggalkan parti PKR secara beramai-ramai dan menyertai parti STAR di dalam masa yang terdekat ini.
Sumber: Sabahkini
Read On 0 comments

Daim Sifatkan Najib Dan Pasukan Nya Saperti Jeneral Tanpa Askar?

Wednesday, March 21, 2012
Dalam temu bual akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pasukannya sebagai "Jeneral tanpa askar".
Walau pun Najib dan pemimpin kanan beliau telah berusaha melakukan yang terbaik, namun pemimpin di perengkat bahagian dan cawangan agak lembab.
Ketua-ketua di bahagian dan di peringkat cawangan sepatutnya lebih proaktif dalam melibatkan diri dengan rakyat. Daim dipetik sebagai berkata Najib perlukan satu pasukan yang sealiran dengan tahap perjuangan beliau.
  • Walau pun Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak meramalkan bahawa BN akan rampas negeri-negeri dibawah pemerentahan kerajaan Pakatan Rakyat (Selangor, Kedah dan Pulau Pinang), namun Daim meramalkan prospek bagi BN untuk menawan negeri-negeri tersebut agak gelap pada pilihan raya umum yang akan datang ini.
  • Jika BN berharap untuk menawan semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat dan Mengekalkan Perak, BN perlu mempunyai barisan kepimpinan yang sesuai, kata Daim.
  • Untuk Kelantan dan Pulau Pinang beliau berkata BN akan mengalami kekalahan dalam kedua-dua kubu Pakatan tersebut.
  • Dalam pada itu, beliau menjangkakan BN akan menang dengan mudah dalam tiga buah negeri, ia itu Johor, Melaka dan Pahang.
  • Manakala di Negeri Sembilan dimana BN hanya mempunyai 6 majoriti kerusi DUN, BN perlu menyelesaikan beberapa masalah tertentu.
Dalam hal yang berkaitan, kata Daim BN seharusnya mempergiat usaha memperjuangkan Sabah dan Sarawak, pada masa yang sama mempertahankan kerusi yang sedia ada di Semenanjung Malaysia.
BN perlu mengantikan muka-muka lama dengan mengetengahkan muka-muka baru, kata Daim.
Read On 0 comments

Lebih 12 Juta Layak Mengundi Pada Pilihan Raya Umum Ke-13

Tuesday, March 20, 2012
Daripada 27,565,821 (lebih 27 juta) orang rakyat Malaysia, seramai 12,595,268 (lebih 12 juta) orang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) selepas nama mereka diperakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata, jumlah pemilih berdaftar itu adalah daripada Daftar Pemilih Induk Tahun (DPT) 2010 dan empat DPT sepanjang 2011 mengikut Peraturan 22 (1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
DPT Suku Tahun 4/2011 bagi tempoh 1 Oktober hingga 31 Disember 2011 mengan-dungi 259,590 permohonan untuk menjadi pemilih yang terdiri daripada 188,654 pendaftaran baharu dan 70,936 pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.
  • Kata beliau, daftar tersebut akan diwartakan pada 20 Mac depan. Pewartaan ini melibatkan permohonan pendaftaran baharu atau bertukar alamat pusat mengundi bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang tidak terlibat dengan tuntutan atau bantahan.
  • Bagi pemohon yang nama mereka terlibat dengan bantahan, beliau berkata SPR menangguhkan perakuan permohonan itu sehingga selesai siasatan awam SPR ke atasnya.
  • Sabri berkata sepanjang tempoh pameran Rang DPT ST4/2011 dari 8 hingga 14 Februari lepas, SPR menerima 804 bantahan yang melibatkan 17 bahagian pilihan raya Parlimen dan kesemua bantahan itu masih belum diselesaikan.
Kawasan yang terlibat ialah Jerlun dan Bandar Baru Kulim (Kedah), Bachok dan Ketereh (Kelantan), Marang dan Hulu Terengganu (Terengganu), Tanjong Karang, Gombak, Pandan, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Subang, Shah Alam, Kapar dan Kota Raja (Selangor) serta Seremban (Negeri Sembilan).
Sumber: BERNAMA

Komen Penulis

Apa yang mengherankan, tiada bantahan yang dilapurkan dari Sabah. Sedangkan kita selalu nampak saban hari di facebook dan media2 alternatif disini mempaparkan komplen2 yang drastik dengan kenyataan bahawa terdapat daftar pengundi yang tidak betul. Konon dicemari oleh nama2 yang disyaki sebagai kepunyaan pendatang asing.
Kecuali notis bantahan tersebut tidak diedarkan oleh SPR di Sabah, kita disini boleh diibaratkan sebagai 'tahu cakap tapi tak serupa buat'.
Read On 0 comments

Najib Yakin BN Rampas Negeri Di Bawah Pemerentahan PR Pada PRU-13?

Monday, March 19, 2012

Sama ada BN dapat menawan negeri-negeri di perentah oleh kerajaan Pakatan Rakyat hanya akan ditentukan selepas PRU13. Negeri-negeri yang dimaksudkan ia lah Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
Pada dasarnya, hanya rakyat dinegeri-negeri tersebut yang mempunyai mandat menentukan kerajaan BN atau pun PR yang mereka pilih pada PRU akan datang ini nanti.

Namun begitu, Datuk Seri Najib Tun Razak penuh keyakinan dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk merampas negeri-negeri yang ketika ini dikuasai pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja lagi.
  • Najib selaku Perdana Menteri berkata ini berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah baik dan penerimaan dasar kerajaan ketika ini yang memberi tumpuan kepada usaha mentransformasikan negara.
  • Najib, yang juga Pengerusi UMNO Selangor, turut menyuarakan keyakinan bahawa negeri Selangor sendiri akan kembali ke pangkuan BN, selepas pembangkang gagal menunaikan banyak janji di negeri itu.
  • Katanya beliau bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN kerana menurutnya hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan berterusan mengikut kehendak dan aspirasi rakyat.
  • "Asalkan BN menang, negara berjaya, rakyat Malaysia makmur dan negara maju jadi kenyataan, transformasi dapat dilaksanakan, baru dapat buat transformasi besar," katanya di hadapan lebih 20,000 orang yang hadir pada perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Putra Perdana Puchong, Petalin Jaya, Ahad lalu.
Selanjutnya Najib berkata beliau serta barisan kepimpinan BN berkerja keras siang dan malam untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat sekali gus memastikan kemenangan BN.
BN cukup yakin. Pembangkang memang celaru, tengok banyak janji tak tunai, rakyat kena tipu, jangan kena tipu lagi, sekali cukup. Ini semangat yang saya lihat insya-Allah gelombang ini akan bawa kemenangan kepada BN nanti,katanya.
Sumber: BERNAMA
Read On 2 comments

Perkhidmatan 80 Guru Semantara Di Sabah Bernoktah Di Sini?

Sunday, March 18, 2012

Sekadar Pandangan Penulis
I
ngatkan peruntukan menaiktarafkan jalan negeri Sabah sahaja yang diberi kelulusan serta merta, rupa nya kelulusan memberhentikan guru-guru di Sabah juga dilakukan dengan kadar serta merta.
Berita yang disiar melalui New Sabat Times baru-baru ini melapurkan bahawa sebanyak 80 orang guru sementara di Sabah diberi surat notis pemberhentian gaji dengan bermaksud menamatkan perkhidmatan mereka sebagai guru.
Surat notis tersebut dikatakan dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah.
Walau macammana pun, Guru-guru tersebut merayu kepada Kementerian Pelajaran supaya meneruskan perkhidmatan kerana dalam faktor usia yang sudah mencapai sekurang-kurangnya 48 tahun mereka tidak lagi boleh diterima bekerja di mana-mana agensi kerajaan mahupun sektor swasta.
  • Dalam isu yang rumit ini, terdapat dikalangan pemerhati yang berpendapat bahawa tindakan ini ada lah stategi mainan politik. Kerana kata mereka pada akhir episode nya , guru-guru yang diberhentikan itu akan disambung semula perkhidmatan mereka oleh Menteri Pendidikan Malaysia sebagai petanda bahawa Menteri tersebut dan juga kerajaan BN khasnya, perihatian kepada permasaalahan rakyat Sabah.
Kalau sangkaan pemerhati itu ada lah betul, rasa nya tindakan ini ada lah satu percaturan yang bahaya dan menyusahkan. Perkara serius melibatkan perasaan saperti ini tidak patut di pergunakan sebagai permainan politik. kerana besar kemungkinan ia nya memberi impak sampingan negatif kepada masyarakat yang membaca dan merasakan nya.
Walau macam mana pun harapan kita agar theori atau pun spekulasi melanjutkan perkhidmatan 80 guru sementara di Sabah ini akan menjadi realiti.
Sekurang-kurang nya ia tidak menambah bilangan kepada senarai pengangguran dan masaalah sosial yang sedia ada disini.


Berita Menyayat hati sepenuh nya...


Guru sementara kesal terima surat diberhenti serta merta


Keningau - “KAMI anggap periuk kami sudah pecah,” begitulah keluhan dan kekesalan lebih 80 guru sementara sekolah rendah dan menengah di negeri ini apabila masing-masing menerima surat pemberhentian gaji bertarikh 7 Mac 2012 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah.
Cikgu Balaludin Bin Gapul dan Cikgu Panguot Kapu antara guru yang diberhentikan pembayaran gaji dengan serta merta, tampil mendedahkan perkara ini melalui akhbar untuk perhatian pihak yang berkenaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
“Kami dedahkan masalah ini melalui akhbar sebagai jalan terakhir merayu kepada Kementerian Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran supaya memberi pertimbangan yang sewajarnya bagi menghargai jasa kami yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun,” kata Balaludin bersama Panguot.
Balaludin berkata, jiwa mereka sudah sebati sebagai guru dan berkhidmat untuk anak bangsa walaupun berbekalkan gred B1.
Katanya, mereka merayu kepada Kementerian Pelajaran supaya meneruskan perkhidmatan kerana dalam faktor usia yang sudah mencapai sekurang-kurangnya 48 tahun mereka tidak lagi boleh diterima bekerja di mana-mana agensi kerajaan mahupun sektor swasta.
“Tambahan lagi katanya, mereka masih dibebani dengan hutang bayaran bulanan kenderaan dan masih menanggung anak-anak yang masih bersekolah dan belajar di IPTA,” jelas Balaludin.
Mengambil contoh dengan keluarga beliau sendiri, Balaludin memberitahu pada masa ini beliau masih menanggung anak-anak yang masih bersekolah dan yang melanjutkan pengajian di UITM Sarawak.
“Kami merayu kepada pihak yang berkenaan atas dasar kemanusiaan sejagat dan menaruh harapan sepenuhnya kepada kepimpinan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran agar dapat mengeluarkan surat lantikan kami dengan serta merta,” rayu Balaludin.
Katanya, mereka juga meminta agar diserapkan ke jawatan tetap seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri semasa memegang Menteri Pendidikan pada ketika itu yang mengatakan tidak ada guru yang teraniaya.
Sumber: New Sabah Times
Read On 4 comments

Kerajaan Luluskan Serta Merta RM100 Juta Naik Taraf Pan Borneo?

Saturday, March 17, 2012
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata Yong berkata bulan lepas kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan tambahan serta merta sebanyak RM100 juta untuk naik taraf jalan-jalan utama di Sabah dan Sarawak khususnya jalan Pan Borneo dan jalan utama menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur di Sabah.
Peruntukan itu adalah sebahagian daripada keseluruhan peruntukan RM423 juta yang diluluskan kerajaan sebelum ini untuk menaik taraf jalan Pan Borneo dari Miri ke Kota Kinabalu, katanya.

Kerajaan Lulus RM2.5 Bilion Naik Taraf Jalanraya Kota Kinabalu-Sandakan
  • Dalam pada itu, kerajaan juga meluluskan projek bagi menaik taraf jalan empat lorong dua hala menghubungkan Kota Kinabalu dan Sandakan, Projek ini akan dijalankan secara berperingkat dalam setiap rancangan lima tahun pembangunan dengan kos melibatkan sebanyak RM2.5 bilion,
  • Yong berkata projek yang melibatkan jarak 336 kilometer itu akan melibatkan jajaran Kota Kinabalu ke Tamparuli (36km), Tamparuli-Ranau (72km), Ranau-Telupid (98km) dan Telupid ke Sandakan (130km).
Kata beliau, setakat ini, hanya 70km daripada keseluruhan jajaran berkenaan yang sedia dinaik taraf kepada empat lorong dua hala, iaitu dari Kota Kinabalu ke Tamparuli dan dari Jalan Batu Lapan ke Jalan Gum Gum di Sandakan.
Yong menyatakan ini ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) yang ingin tahu jangka masa projek naik taraf jalan itu dapat disiapkan.
Sumber: BERNAMA

Komen Penulis
Sebagai seorang aktivis yang perihatin, saya masih tertanya-tanya bila kah kerajaan perseketuan meluluskan peruntuan 'preemptive' dalam kadar serta merta untuk tujuan membaik pulih atau pun menaik taraf jalan-jalan raya yang teruk keadaannya dikawasan luar-luar bandar Sabah, saperti di jalan Kionsom-Somodon dan Gontung (ruj:http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/03/senario-jalan-kionsom-gontung-di.html).
  • Kira nya peruntukan serupa ini diluluskan rakyat (penggundi) pasti nya berpuas hati dan merasakan bahawa kerajaan perhatin kepada semua golongan rakyat. Dalam masa yang sama, rakyat akan menaruh kepercayaan bahawa kerajaan mempunyai perancangan dan keutamaan yang seimbang untuk semua.
  • Impak bantuan peruntukan yang diluluskan untuk jalanraya Pan-Bornneo dan Jalanraya KK-Sandakan itu hanya pada dasar nya boleh dirasai oleh mereka yang tinggal di jajaran-jajaran jalan raya yang di sebutkan. Bukan dikawasan yang terpencil dipedalaman negeri Sabah.
Dalam hal ini, pasti nya penduduk kg Kionsom, kg Somodon, kg Gontung serta penduduk-penduduk dikawasan yang sewaktu dengan nya, akan tertunggu-tunggu peruntukan serta merta bagi memperbaiki jalan yang rosak teruk di kawasan mereka masa kini.
Read On 4 comments

30,000 Rakyat Sabah Berhijrah Ke Semenanjung?

Friday, March 16, 2012

Dilapurkan pada pertengahan tahun 2011, pengasas Pertubuhan Kebajikan dan Kebudayaan Rakyat Sabah Semalaysia (PRSSM), Mohd Arshad Abd Mualap memberitahu bahawa kira-kira 300,000 rakyat Sabah bekerja di Semenanjung Malaysia dan kebanyakannya merupakan belia.
Kata beliau, salah satu isu utama penghijrahan ini adalah berkenaan gaji di samping harga makanan yang murah di Semenanjung Malaysia.
Perkara ini memang tidak dapat dinafikan lagi dan penghijrahan ini tidak dapat dielakkan lagi memandangkan isu kenaikan harga barangan keperluan langsung tidak dapat dikawal lagi lebih-lebih lagi harga barangan di Semenanjung Malaysia dan Sabah adalah begitu ketara sekali, jelas Mohd Arshad.
  • Sebelum itu, saya sendiri pernah meluangkan masa melawat beberapa tempat di Selangor dan Negeri Sembilan dengan tujuan meninjau sejauhmana kah kebenaran bahawa banyak anak muda Sabah yang bekerja disana.
  • Apa yang menarik sememangnya terdapat banyak anak-anak muda Sabah bekerja dimerata-rata tempat, terutama sekali dalam sektor Industri, kilang dan pusat membeli belah. Mala ada dikalangan mereka telah berhijrah dan bermastautin disana.
  • Dalam pada itu, ada juga diantara mereka yang melanjutkan pekerjaan di negara Singapura.
Dari kajian, antara sebab utama mereka berhijrah ke semenanjung Malaysia ia lah untuk mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan kemampuan mereka.
Kata mereka di Sabah pusat tempat mencari kerja ada lah terlalu terhad, disamping tawaran gaji yang rendah (sama sapertimana yang dilapurkan oleh PRSSM).
Selain dari itu sebilangan daripada nya berkhidmat dengan sektor kerajaan dan agensi bukan kerajaan.
  • Setelah meninjau beberapa buah kilang disana, saya dapati kebanyakan kilang tersebut ada lah beroperasi sebagai 'transit'. Maksudnya bahan awalan di import dari luar negara dan setelah siap diproses 'end product' tersebut di export keluar negara (bukan Malaysia).
  • Menurut sumber, mereka gunakan Malaysia untuk mendapatkan khidmat pekerja dengan gaji yang lebih rendah kalau dibandingkan dengan negara-negara lain saperti Europa dan Amerika. Dalam masa yang sama, kadar sewa 'utilities' di Malaysia ini pun dikira murah.
  • Selain dari itu, kebanyakan dari empunya kilang dan pusat pekerjaan yang lain ada lah pendatang dari luar negara, saperti Australia, German, Jepun dan lain-lain lagi.
Menilai perkembangan yang berlaku di semenanjug, kadang-kadang saya terfikir kenapa negeri Sabah bukan menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai pusat tempat membina kilang dan industri saperti disana.
Sedangkan Sabah mempunyai tanah yang luas dan pekerja yang banyak lagi murah; kalau dibandingkan dengan yang terdapat disemenanjug Malaysia.

Persoalan nya bila kah peluang yang ada di semenanjung itu disalurkan kenegeri Sabah? Kerana sekira nya negeri Sabah diberi peluang saperti di semenanjung, saya pasti fenomena penghijrahan seramai 30,000 itu tidak akan berlaku.
Sumber: SabahKini
Read On 2 comments

Pejawat Awam Di Arah Turun Padang Tangkis Fitnah Pembangkang?

Thursday, March 15, 2012

Sekadar Pandangan Penulis
Baru-baru ini Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman saperti terdesak tahap 'desperadoes; mengarah semua ketua Jabatan dan Pegawai kanan Jabatan kerajaan negeri dan perseketuan memperbanyakkan program turun padang bagi menjelaskan secara langsung kepada rakyat mengenai usaha kerajaan membela nasib rakyat.
Kata Musa selanjutnya selain wakil rakyat ketua jabatan yang mewakili pejabat awam harus turut melibatkan diri dalam program bersemuka dengan rakyat bagi memastikan segala perancangan kerajaan dilaksana sebaik mungkin.
Pejawat awam juga bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat apa juga isu, tindakan, keputusan kerajaan berkaitan sesuata perkara bagi membantu kerajaan menangani pati pembangkang yang sentiasa memutar-belitkan rakyat, kata Musa.
  • Dalam isu ini, terasa bahawa Musa tidak memikirkan impak arahan ini. Sama ada ia nya berkesan dan seterus nya menapati sasaran. kerana kalau tidak, ia nya hanya membuang masa serta menganggu rutian kerja harian para pejawat awam yang terlibat.
  • Pada pejawat awam, arahan Ketua Menteri ini ada lah paramount dan bukan mudah. Apa lagi bila mengingatkan selama ini pengalaman mereka hanya menumpukan dedikasi dan komitmen kerja berpandukan prosedur serta arahan-arahan jabatan yang ditetapkan. Sehinggakan mereka hadkan pengelibatan mereka dalam arena politik selama ini.
  • Dalam konteks ini, saya kurang faham kenapa Musa tidak terfikir bahawa pejawat awam bukan nya pakar dalam hal-hal yang berkaitan dengan hal-ehwal politik.
  • Jabatan yang pasti akan menjadi sasaran utama ada lah jabatan yang berfungsi sebagai benteng hadapan kerajaan saperti jabatan dalam kementerian kerja raya (JKR dan JAS), KKLW, Kementerian kewangan dan jabatan yang terlibat secara langsung dalam merancang dan melaksanakan pembangunan negeri. Termasuk Pegawai Daerah, Pegawai Pertanian, Jabatan perparitan dan saliran dan lain-lain lagi.
Berasaskan pengalaman, saya percaya ketua-ketua jabatan atau pun pegawai kanan kerajaan yang terlibat melaksanakan aktiviti turun padang khas ini, akan tertekan. Apa lagi bila memikirkan keluasan daerah dan permasaalahan yang perlu ditangani semata-mata untuk menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat.
Pada asasnya , bukan lah kemuskilan besar kepada para pejawat awam dalam berhadapan dengan rakyat kalau sekadar menerangkan dasar, perancangan dan perlaksanaan yang sedang berjalan dengan baik.

  • Tetapi dalam aspek kelemahan dan kegagalan kerajaan, kumpulan ini pasti nya mengalami jalan buntuh kerana kebanyakan diantara mereka hanya mempunyai maklumat yang terhad atau pun dihadkan untuk dikongsikan dengan rakyat.
  • Justeru, mereka tidak berupaya menjawab semua persoalan dengan jayanya.
    Sebagai contoh, saya catitkan beberapa persoalan sensasi yang pastinya merunsingkan para pejawat awam. Antara nya ada lah;
  1. Menjelaskan sepenuhnya sebab kegagalan projek dari menapati sasaran yang dirancang, saperti;
    (1.1) Projek sakit disebabkan kekurangan peruntukan atau pun budget peruntukan kerajaan tidak menentu (tidak ikut schedule). Kerana itu projek terpaksa dilambatkan
    1.2) Kenapa kerajaan memilih Kontraktor (pemaju) yang kurang berpengalaman lagi berkualiti sehinggakan mengagalkan projek yang dilaksanakan.
  2. Apa sebab kekurangan peruntukan tahunan untuk menangani infrastruktur asas yang daif saperti jalan-jalan yang perlukan pemeliharaan dan sistem bekalan air berseh yang kurang memuaskan.
  3. Isu tanah NCR dan tanah yang dirampas,
  4. Fenomena Pendatang Tanpa Izin dan Mykad
  5. Peluang pekerjaan dalam jabatan kerajaan.
kerja-kerja turun padang ini, sebenarnya bukan asing kepada pejawat awam. Selama ini pun mereka kerap melawat daerah dibawah kawalan mereka.
Selain dari lawatan mereka juga sering berbincang
perihal permasaalahan yang didihadapi dan strategi menangani nya.
Walau macammana pun, sessi pejawat awam bertemu dengan orang ramai bagi menapis fitnah dan putar-belat pembangkang
(setakat yang saya tahu), belum pernah dilakukan.
Justru, kali ini keupayahan pejawat awam di negeri Sabah ini pasti nya tercabar. Kerana tugas dan tanggung jawab berhadapan terus dengan rakyat untuk tujuan yang mereka kurang mahir dan bukan dalam bidang kepakaran mereka.
Malang nya diakhir sessi, kumpulan ini akan menjadi sasaran sebagai 'scape goat' akibat kegagalan kerajaan yang sememangnya susah dibendung.
Sumber: Borneo Post Online...Baca berita sepenuhnya...
Read On 6 comments

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails