PENAMPANG SABAH- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic menggunakan tulisan Allah dalam edisi terbitan bahasa Malaysia sehingga mahkamah membuat keputusan.Katanya, perkara itu telah dibawa ke mahkamah dan semua pihak harus membiarkan sistem keadilan negara menentukan sama ada Herald Catholic harus berhenti menggunakan perkataan Allah atau sebaliknya.
Beliau menjelaskan, Herald hanya merupakan organisasi kecil dengan kira-kira 14,000 pembaca di negara yang mempunyai kira-kira dua juta penganut Kristian.
"Apa yang saya faham daripada peguam, Herald harus dibenar diterbitkan seperti yang diterbitkan sebelum ini sehinggalah mendapat keputusan mahkamah.
"Adalah tidak wajar bagi Kementerian Dalam Negeri mendahului apa sahaja kemungkinan keputusan mahkamah. Herald harus dibenar diterbitkan dalam format asal, menggunakan apa sahaja bahasa yang telah digunakannya sehinggalah mahkamah membuat keputusan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan saguhati kepada pelajar cemerlang di Sekolah Kebangsaan St. Theresa di sini hari ini.
Menurutnya, tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang Herald menggunakan perkataan Allah, adalah terlalu tergesa-gesa.
Katanya, penggunaan perkataan Allah diterima secara meluas sebagai merujuk kepada tuhan dalam bahasa Malaysia, bahasa Indonesia serta di dunia Arab.
Source:Utusan Online

January 25, 2009 9:59 AM
Kami juga merayu agar semua rakyat di negara ini menggunakan hanya bahasa Malaysia dan bukan bahasa asing. Kalau benar perkataan Allah boleh juga untuk agama Kristian.
Patutnya dalam situasi negara kita usahlah dibandingkan dengan luar. Skop kita dalam penggunaan perkataan Allah biarlah hanya untuk Islam dan tidak untuk yang lain.
Ini bertujuan bagi mengelakkan kekeliruan. Jangan hanya dalam keluaran akhbar sahaja hendak guna perkataan Allah dan bahasa Melayu. Tetapi apabila dalam percakapan harian tidak pula berbuat sedemikian.
Sewajarnya juga semua media di negara ini menggunakan hanya bahasa Melayu dan tidak bahasa lain. Bagaimana. Kerana kita rakyat Malaysia tentulah berbahasa Malaysia dan bukan berbahasa asing.
Post a Comment