SUARA BEBAS TUARAN

BN perlu perubahan drastik

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) kini melalui ujian paling getir dan jika tidak ada tindakan drastik diambil untuk menangani kemerosotan sokongan maka gagasan pemerintahan itu mungkin menghadapi kemusnahan.
Calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata walaupun BN merangkumi 13 parti komponen khususnya UMNO cuba memperbaiki imej parti untuk meningkatkan keyakinan rakyat dan lebih banyak usaha perlu dilakukan dengan segera.
"Kita tidak bekerjasama dalam usaha kita. Oleh kerana kita lambat melakukan perubahan, ramai berpendapat UMNO tidak akan berubah. Jika ambil masa terlalu lama untuk berubah maka orang tidak akan menunggu untuk kita.
"Situasi kekalahan dua pertiga majoriti BN di Parlimen selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas masih tidak berubah. Kita perlu lebih berkesan dan melaksanakan perkara luar biasa pada masa luar biasa," katanya."
Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata UMNO bukan sahaja tulang belakang BN yang perlu berubah tetapi juga parti komponen lain sama ada di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak.
"Situasi akan bertambah teruk jika kita menunggu lama untuk melaksanakan perubahan. UMNO mesti memimpin dalam melakukan perubahan drastik. Kita khuatir dengan situasi ini," jelasnya.
Beliau berkata, terdapat banyak program yang perlu dilaksanakan dan pemimpin akar umbi perlu bekerjasama dengan pemimpin atasan untuk melaksanakan perubahan tersebut.
Source: BERNAMA
2 comments:

Salam bro

Ape pendapat bro tentang kerusi panas pensiangan... calon banyak sangat skang ni melobi... baik BN mahupun pembangkang sendiri


Thanks Sumandak,
kerana melawat blog saya. Semuga di murahkan rezki.
Buat masa ini kerusi MP Pensiangan belum pun di tentukan pembubaran nya.
Maseh dalam kes makamah kan? So kita kena tunggu lah dulu.
Walau macammana pun dalam kontek pemilihan calon, saya setuju dengan pendapat Jomosama Tuaran, sepatut nya pilih dari mereka yang di sukai rakyat.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails