SUARA BEBAS TUARAN

Hentikan pekerja asing

BERITA NASIONAL

Pekerja asing >ditahan untuk siasatan
PUTRAJAYA
Sudah tiba masanya pengambilan pekerja asing terutamanya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dihentikan segera, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Langkah itu katanya, selaras dengan keadaan ekonomi semasa negara yang turut merasai kesan kemelesetan ekonomi global.
“Majikan patut memberhentikan pekerja asing terlebih dahulu, hantar mereka balik ke negara asal dan jangan ambil lagi. Mereka sepatutnya menggunakan sumber tenaga tempatan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.
Menurut Syed Hamid, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia untuk memperketatkan lagi permohonan berhubung keperluan pekerja asing di negara ini.
KDN juga, jelas beliau, dalam proses menghantar pulang seramai mungkin pekerja asing termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI).
Akhbar semalam mendedahkan mengenai kemungkinan banyak syarikat terpaksa menghentikan pekerja tempatan ekoran kemelesetan ekonomi global ketika ini.
Tindakan tersebut menyebabkan ribuan rakyat tempatan hilang pekerjaan tetapi pekerja asing masih diambil bekerja.
Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, majikan sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan menghentikan pekerja asing terlebih dahulu dan bukannya pekerja tempatan.
Sourc: UTUSAN MALAYSIA ONLINE

0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails