KUANTAN: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata kekalahan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan bukan faktor calon semata-mata.Beliau berkata semua pihak dalam Umno dan BN perlu berhenti menuding jari mencari kesalahan pihak lain dan sebaliknya perlu sama-sama memikul tanggungjawab itu seperti perumpamaan "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".
"Dalam Umno dan Barisan Nasional, berat mesti dipikul bersama dan ringan mesti dijinjing bersama juga, dalam hal ini banyak faktor menyumbang kepada keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
"Kalau dikatakan ini (faktor calon) adalah faktor yang sebabkan kekalahan BN, saya rasa itu (rumusan) terlalu mudah...kalau memang itulah faktornya, senanglah kerja kita," katanya di sini hari ini.
Khairy berkata beliau melihat perkara itu sebagai satu perkara yang rumit dan memerlukan kajian menyeluruh.
"Kita kena muhasabah diri, kaji semula kempen, pendekatan kita daripada iklim politik tanah air sendiri sampailah kepada isu-isu tempatan, kita boleh gunakan pengalaman ini untuk kebaikan parti.
"Kita kena terima semua pandangan dan selepas ini kita kena baiki diri untuk hadapi pilihan raya akan datang," katanya.
Pada pilihan raya kecil itu, BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi, sementara calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.
Source: BERNAMA

January 19, 2009 9:18 PM
As'kum sdr.....
Kekalahan BN pada pilihanraya kecil di Terangganu baru-baru ini memperlihatkan rakyat sudah muak dengan strategi yg diguna pakai oleh BN, dalam mencari kelemahan BN mereka kena lebih terbuka dengan pendapatan suara di peringkat akar umbi walaupun tidak berjawatan tinggi dalam politik, kempen buruk memburuk menghina, mengutuk dan mengaibkan Datuk Sri Anuar Ibrahim pada setiapkali ceramah BN diadakan perlu dihentikan segera....inilah punca sebenar yang menyebabkan rakyat menjadi benci dengan BN, mungkin ada yang menyangkakan kenyataan seperti ini kenyataan pembangkang,jika itu pandangan pembaca dengan apa yang saya tulis semuanya "SILAP BELAKA"....kenyataan seperti inilah perlu didengar dan dikaji kebenarannya,wassalam.
January 20, 2009 1:40 AM
Mualaikumsalam Saudara Ismail,
Pertama-tama sekali saya ucapkan terima kasih kerana melawat dan seterusnya meluangkan masa untuk memberikan komen di blog saya yang tak seberapa ini.Salam perkenalan jua.
Namun satelah meneliti suara hati saudara, maka terkilan juga perasaan saya sajenak.Sedih pun ada.
Bagi saya, komen dan pengakuan saudara sangat jujur lagi telus. Ya lah saperti kata saudara mungkin ada yang menyangkakan kenyataan saperti yang saudara salurkan ini ada lah kenyataan pembangkang. Itu normal kan? Atau budaya yang disirat atau disurat barangkali ? jawapan nya sama-sama lah kita hayati.
Pada pandangan saya, komen saudara ini melambangkan suara-suara yang terpendam kini di kalangan anak-anak muda yang mulai menarik perhatian masyarakat kita. Atau lebih tepat lagi kalau saya katakan dalam bahasa politik 'golongan penggundi baru' atau ‘ the voters of the future’.
Jelas pada hemat saya bahawa saudara sebenarnya bukan nya bertujuan untuk menceritakan kelemahan mana –mana parti, termasuk BN.
Tetapi apa yang saya rasa, ia lah ketidakpuasan hati saudara terhadap kelemahan tatacara Birokrasi, sifat-sifat pemimpin atau kawan-kawan kita yang terlalu ‘stereotype’ yang hanya memandang kepada satu sudut. Sudut yang ditanam sebagai hukum sejak berkurun lama nya.
Bermakna, kalau hukum itu di sentuh membuat kita berdosa. Orang kata kalau mahu selamat lebih baik diam.
Disebaliknya, kalau kita memperkecilkan orang lain, dibolehkan pula. Itu bagi saya ada lah sifat hipokrit number satu.
Kalau diamalkan sepanjang zaman akan membuat kita rabun mata. Sehingga lupa bahawa masa dan zaman sudah berlalu dan berubah.
Zaman ini ada zaman ICT kan? Zaman orang berblog dan banyak lagi perkara-perkara aneh yang perlu kita ceburi.
Bukan lagi zaman’ kuda mangan tembaga’, atau 'zaman bermenung'. Kalau kita tidak mahu mengikuti harus perubahan ini, saya percaya suatu ketika kita pasti akan diubah dan ditelan zaman.
Pada masa itu, ia nya sudah terlambat saperti kata orang ‘ nasi sudah menjadi bubur’.
Walau macammana pun bersabar lah saudara.
Post a Comment