PITAS: Kerajaan diminta mengkaji semula pengagihan Beras Nasional yang ada seka-rang ini supaya ianya dapat dinikmati oleh se-mua lapisan masyarakat khasnya di Daerah ini
Pengerusi Pertubuhan Peladang Daerah, Ng Loi Tect, berkata sudah masuk lebih tiga bulan bekalan beras jenis berkenaan tidak memasuki Pitas dan mereka tidak tahu punca penyebabnya.
Beliau yang juga Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah PBS Dun Pitas dan Exco Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Malaysia berkata dengan ketiadaan beras nasional rakyat terpaksa menerima hakikat untuk membeli beras yang mahal dan tidak seratus peratus mampu dibeli oleh rakyat daerah ini tambahan lagi mereka yang ramai keluarga dan kurang pendapatan rezeki.
Ng berkata beliau mencadangkan supaya Pertubuhan Peladang diberi mandat untuk menjadi pengedar beras itu kerana semua daerah di negeri ini mempunyai pertubuhan peladang.
“Jika kerajaan tidak mengambil langkah-langkah perlu, besar kemungkinan bekalan Beras Nasional yang dikategorikan sebagai beras yang termurah yang diberikan subsidi kerajaan kepada rakyat tidak dapat dinikmati oleh semua lapi-san masyarakat,” katanya
Beliau mendakawa terdapat pihak tertentu mengambil kesempatan membeli lebih banyak beras tersebut kemudian menjual semula melalui kedai-kedai runcit dengan harga yang berubah.
Ng berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penyerahan Bantuan Beras kepada Mangsa Banjir sumbangan Wajar Gemilang Enterprise (WGE) di Lobi Pejabat Daerah Pitas dekat sini, kelmarin.
Source: NST

Post a Comment