SUARA BEBAS TUARAN

PTPTN lulus 78,086 pinjaman kepada IPT dari Sabah sehingga Nov tahun lalu

BERITA NEGERI
KOTA KINABALU: Sehingga November tahun lalu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasi-onal (PTPTN) telah meluluskan sebanyak 78,086 pinjaman kepada pelajar Institutsi Pengajian Tinggi (IPT) yang berasal daripada Sabah yang melibatkan peruntukan se-banyak RM1.6 bilion.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamaed Khaled Nordin berkata, ianya merupakan satu jumlah yang sangat besar yang disediakan oleh kerajaan kepada masyarakat Sabah
Beliau berkata, setiap tahun secara puratanya PTPTN menyediakan pinjaman pendidikan tinggi kepada sekurang-kurangnya 200, 000 pelajar dan jumlah itu sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.
Mohamed Khaled berkata demikian ketika berucap melancarkan ‘Info Center’ Negeri Sabah di sini, kelmarin .
Contohnya dari 11,956 peminjam sahaja pada tahun 1997, jumlah mereka yang telah menerima bantuan daripada PTPTN kini telah mencecah kepada 1.2 juta peminjam melibatkan dana ber-jumlah RM26 bilion.
Katanya, dengan jumlah pelajar yang berkelayakan yang semakin meningkat setiap tahun, cabaran PTPTN kini ialah bagaimana ia dapat terus relevan dengan komitmen untuk merealisasikan semua usaha dan hasrat kerajaan seperti yang dijanjikan kepada rakyat.
Ianya dengan membuka peluang dan akses yang seluas-luasnya kepada semua untuk mendapatkan pendidikan tinggi.
Terdahulu itu, beliau berkata, perancangan bagi megwujdukan Info Center di Malaysia Timur, merupakan salah satu usaha ber-terusan PTPTN menyalurkan maklumat penting kepada masyarakat selaras dengan Teras Ketuju Pelan Strategik Pengajian Tinggi negara iaitu untuk memperkukuhkan sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi.
Menurutnya, kerajaan berha-rap, penubuhan Info Center itu akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai sumber rujukan terdekat para pelajar dan keluarga yang memerlukan sebarang maklumat berhubung pinjaman dan tabungan.
Sehubungan itu, beliau men-yeru seluruh masyarakat di negeri ini agar tidak melepaskan peluang ini untuk menggunakan perkhidmatan Info Center PTPTN ini sepenuhnya.
“Komitmen yang jitu dan tidak berbelah bagi oleh kerajaan dalam memastikan kebajikan dan keperluan rakyat Sabah terjamin terbukti dengan pelbagai program kerajaan yang diatur dan dilaksanakan dari masa ke semasa dan pusat berkenaan adalah salah satu daripadanya,” ujarnya.
Terdahulu itu, Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Mohamad Sharum Osman berkata, penubuhan Info Center PTPTN di negeri ini, antara lain bertujuan untuk menyediakan khidmat kaunter pertanyaan berkaitan PTPTN bagi IPTA, IPTS, kutipan balik pinjaman dan urusan berkaitan Skim Simpanan Pendi-dikan Nasional (SSPN).
Menguruskan taklikat atau mesyuarat berkaitan pinjaman dan simpanan kepada IPTA, IPTS, sekolah, cawangan bank di negeri ini serta pameran atau ekspo yang melibatkan Pengajian Tinggi.
Source: NST
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails