SUARA BEBAS TUARAN

2 pilihan raya kecil bulan depan?

Kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah dan Parlimen Bukit Gantang, Perak kini kosong ekoran keputusan ADUN V. Arumugam meletakkan jawatan manakala Roslan Shaharum pula meninggal dunia semalam. SPR dijangka bermesyuarat minggu ini untuk mengatur pilihan raya kecil.
PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat meninggal dunia manakala seorang lagi meletakkan jawatan secara mengejut.
Kedua-dua peristiwa itu terjadi dalam tempoh 12 jam semalam, sekali gus perkembangan tersebut - sesuatu di luar jangkaan - memberi ruang untuk diadakan pilihan raya kecil.
Kedua-dua peristiwa itu juga melibatkan negeri jiran - Perak dan Kedah.
Malah, sebab bagi kedua-dua pilihan raya kecil kali ini dilihat sebagai "sesuatu yang bersejarah" dalam sistem pilihan raya negara ini.
Sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, dua pilihan raya kecil sudah ada diadakan iaitu kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kedua-duanya dimenangi oleh wakil Pakatan Rakyat.
Sambil mengakui kematian Ahli Parlimen dan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meletakkan jawatan semalam sebagai sesuatu yang jarang berlaku secara serentak, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat secepat yang mungkin untuk mengambil tindakan susulan termasuk pilihan raya kecil.
Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak sudah pasti berlangsung dan ia akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas wujudnya kekosongan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi mStar Online malam tadi berkata, pihaknya akan meneliti segala dokumen sebelum menentukan tarikh pilihan raya.
Apabila ditanya sama ada akan mengadakan dua pilihan raya kecil serentak, beliau berkata: "Kami juga kena melihat Perlembagaan Negeri Kedah sebaik sahaja menerima notis kekosongan."
Mstar
KEPUTUSAN KERUSI PARLIMEN DAN DUN DALAM BUKIT GANTANG

P59 - BUKIT GANTANG : Jumlah Pemilih (55,471)

M. Morgan (Bebas) 872

Roslan Shaharum (PAS) 20,015

Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449

Majoriti: 1,566

N13 - KUALA SAPETANG : Jumlah Pemilih (19,699)

Tai Sing Ng (PKR) 7,285

See Tean Seng (BN) 6,721

Majoriti: 564

N14 - CHANGKAT JERING : Jumlah Pemilih (24,864)

Mat Isa Ismail (BN) 8,309

Mohd Osman Mohd Jailu (PKR) 9,411
Majoriti: 1,102

N15 - TRONG : Jumlah Pemilih (10,908)

Norazli Musa (PAS) 3,296

Rosli Husin (BN) 4,212

Majoriti: 916
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails