SUARA BEBAS TUARAN

5,000 pertahan Sultan Azlan Shah

LEBIH 5,000 orang berhimpun untuk melaungkan sokongan terhadap Sultan Perak di padang Sultan Abdul Jalil, Ipoh
IPOH – Padang Sultan Abdul Jalil di sini bergema dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ apabila lebih 5,000 orang yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berkumpul menyatakan ikrar taat setia akan mempertahankan kedaulatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hingga ke titisan darah terakhir.
Mereka yang menyertai perhimpunan secara aman anjuran Pemuda UMNO Perak itu meluahkan rasa marah terhadap sikap biadap dan kurang ajar pemimpin pembangkang iaitu Karpal Singh, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terhadap Sultan Perak.
Luahan kemarahan yang meluap-luap itu bukan sahaja dapat didengar melalui kata-kata mereka, malah tertera pada tulisan pada sepanduk yang dibawa.
Antaranya, ‘Jangan Hina Raja Kami,’ ‘Kumpulan Gerakan Melayu Bersedia Menjadi Benteng Utama Mempertahankan Kedaulatan Raja-raja,’ ‘Pakatan Rakyat Jadi Kuda DAP’ dan ‘Usir Nizar dari Perak.’
Malah, di saat-saat akhir perhimpunan, para peserta yang semakin bersemangat hampir berarak menuju ke kediaman rasmi Menteri Besar Perak untuk menghalau keluar Mohammad Nizar selepas seorang wakil NGO mengajak mereka semua berbuat demikian.
Bagaimanapun, sepasukan polis yang diketuai Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner, Azisman Alias berjaya menenangkan keadaan dan meminta perhimpunan itu ditamatkan serta merta bagi mengelak kejadian tidak diingini dan provokasi.
Utusan Malaysia selanjut nya
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails