SUARA BEBAS TUARAN

Bersihkan pantai timur dari pendatang asing

Labels:
KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Sabah (Cash) kelamrin meminta kerajaan segera melancarkan operasi besar-besaran bagi membersihkan pantai timur Sabah, khususnya Lahad Datu, daripada pendatang asing tanpa izin.
Presidennya Datuk Patrick Sindu berkata pembunuhan dua pekebun kecil tempatan oleh pendatang asing tanpa izin di Kunak, dekat Lahad Datu baru-baru ini, sepatutnya membuka mata pihak berkuasa untuk bertindak segera bagi mencegahnya daripada berulang.
Katanya Cash memandang serius pembunuhan itu kerana ia dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin.
“Kami percaya pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati dan kami harap kerajaan akan memandangnya secara serius.
“Pihak berkuasa patut melancarkan dengan segera operasi secara besar-besaran bagi membersihkan pantai timur Sabah daripada pendatang asing tanpa izin demi kebaikan negeri ini dan rakyatnya,” katanya kepada di sini.
Khamis lepas, dua pekebun kecil yang bekerja di ladang sawit mereka di Kampung Tingkayu, Kunak, dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan pendatang asing tanpa izin.
Mayat mereka ditemui pada keesokan harinya di bawah timbunan pelepah sawit kering dengan keadaan anggota tubuh yang putus ditetak. Bernama difahamkan sekurang-kurang-nya lima pekebun kecil lain mengalami kecederaan teruk dalam serangan itu.
Patrick berkata penduduk tempatan mahu pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap penjenayah terbabit.
“Kita tidak boleh biarkan pendatang asing tapa izin menggunakan undang-undang sendiri. Kerajaan jangan bertolak ansur tentang perkara ini dan mesti membuat sesuatu bagi melenyapkan persepsi negatif terhadap pendatang asing tanpa izin di negeri ini.
“Memanglah, kita memerlukan orang asing untuk bekerja dalam sektor kritikal kita seperti perladangan dan pembinaan, tapi mereka perlu memiliki dokumen yang sewajarnya dan menjadi pekerja yang berdisiplin,” katanya.
Berikutan bantahan keras rakyat Sabah beberapa bulan lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pihak berkuasa akan melancarkan gerakan memburu pendatang asing tanpa izin di negeri ini yang dianggarkan antara 100,000 dan 150,000 orang.
BERNAMA
2 comments:

Dengan rasa rendah diri dan hormatnya,Gerakan Anti Pendatang Asing (GAPA) Di Malaysia baru ditubuhkan dan kami ingin menjemput tuan sebagai salah seorang Author di blog kami sebagai salah seorang wakil dari Sabah.kami amat memahami dan ingin memahami dengan lebih lanjut akan keadaan di sana.
Sila email di gapadimalaysia@gmail.com
terima kasih.


Gerakan Anti Pendatang Asing,
Terima kaseh kerana melawat blog saya dan saterusnya menjemput saya untuk menjadi Author kamu.
Dengan hormatnya juga saya menolak tawaran tersebut kerana buat masa ini saya terlalu sibuk dengan kommitment yang lain.
Semoga berjaya.
Thanks


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails