SUARA BEBAS TUARAN

Khairy desak Sivakumar digantikan

Khairy Jamaluddin (kiri) dan V Sivakumar.
KUALA LUMPUR: Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco daripada menghadiri sidang DUN, terus mendapat bantahan kerana dianggap keterlaluan dan boleh menjejaskan kehidupan rakyat negeri itu.
Berikutan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang ditemui di Pasir Mas, Kelantan, mendesak supaya Sivakumar digantikan dengan tokoh lebih berwibawa.
"Dalam sidang DUN, antara isu yang dibincangkan ialah belanjawan dan jika Speaker menghalang urusan kerajaan negeri dengan menggantung Menteri Besar dan Exconya, belanjawan negeri tidak dapat dibentangkan.
"Ini memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri sekali gus menyebabkan projek kecil tidak dapat dilaksanakan dan menyusahkan rakyat negeri itu sendiri.
"Oleh itu, saya berharap bila DUN Perak bersidang nanti, peraturan mesyuarat yang pertama harus diberikan perhatian ialah menggantikan Speaker itu (Sivakumar). Kalau tidak, saya rasa beliau (Sivakumar) akan menjadi penghalang kepada banyak urusan kerajaan negeri selain memberi kesan kepada ekonomi rakyat Perak," katanya.
Khairy berkata, Pemuda Umno melihat tindakan Sivakumar itu sebagai usaha pembangkang dalam menghalang kerajaan BN di Perak dari terus menjalankan tugas.
"Pemuda Umno akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara ini dan menyokong supaya Zambry serta Exconya terus menyertai sidang DUN serta mengenepikan keputusan Speaker sebelum ini," katanya.
Berita Harian Online
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails