Gobind Singh Deo (gambar kiri) dan Megat Zulkarnain Omardin (gambar kanan) saling cabar mencabar ketika perbalahan di pintu masuk u
tama bangunan Parlimen semalam.Suasana di pekarangan bangunan Parlimen semalam kecoh apabila kumpulan Pemuda UMNO Selangor mendesak Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta maaf kerana melemparkan ungkapan ‘Pemuda UMNO celaka’ semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat kelmarin.
Suasana menjadi hangat apabila Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.
Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.
Bagaima
napun, keadaan menjadi bertambah kecoh apabila Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun dan N Gobalakrishnan (Padang Serai-PKR) cuba mempertahankan Karpal.
Campur tangan mereka bagaimanapun menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak sehingga pihak polis terpaksa datang untuk mententeramkan keadaan.
Mengulas lanjut, Speaker Dewn Negara,Dr Abdul Hamid berkata, beliau berasa sedih mengenai insiden itu dan menyifatkan kumpulan tersebut sebagai manusia yang tidak memahami penguatkuasaan undang-undang dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. Katanya, insiden semalam bukan hanya memalukan Parlimen malah seluruh rakya
t Malaysia..
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan belum menerima laporan daripada mana-mana pihak berhubung insiden kekecohan di Parlimen semalam.
Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan dan memberikan bantuan kepada pengawal keselamatan yang ditempatkan di Parlimen bagi memastikan kejadian semalam tidak berulang.
Courtesy: Mstar, Utusan Malaysia Online dan Berita Harian Online
Suasana menjadi hangat apabila Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdul dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Amiruddin mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sambil meminta Karpal mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.
Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.
Bagaima
napun, keadaan menjadi bertambah kecoh apabila Ahli Parlimen Segambut, Lip Li Eng dan Bukit Bintang, Fong Kui Lun dan N Gobalakrishnan (Padang Serai-PKR) cuba mempertahankan Karpal.Campur tangan mereka bagaimanapun menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak sehingga pihak polis terpaksa datang untuk mententeramkan keadaan.
Mengulas lanjut, Speaker Dewn Negara,Dr Abdul Hamid berkata, beliau berasa sedih mengenai insiden itu dan menyifatkan kumpulan tersebut sebagai manusia yang tidak memahami penguatkuasaan undang-undang dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. Katanya, insiden semalam bukan hanya memalukan Parlimen malah seluruh rakya
t Malaysia..Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan belum menerima laporan daripada mana-mana pihak berhubung insiden kekecohan di Parlimen semalam.

Post a Comment