KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kemarahan mereka adalah akibat provokasi berulang kali oleh Karpal yang menghina Pemuda dengan memberi gelaran seperti "celaka", "gangster" dan "mafia" di samping tidak menghormati institusi raja-raja.Kelmarin sekumpulan anggota Pemuda Umno yang menemui dan menuntut Pengerusi DAP, Karpal Singh memohon maaf kerana menggunakan perkataan "celaka" terhadap mereka di Parlimen baru-baru ini adalah akibat kemarahan yang tidak dapat dibendung.
"Pergaduhan di bangunan Parlimen kelmarin m
embuktikan apa yang boleh berlaku bila emosi kemarahan tak dapat dibendung dan dalam keadaan seperti itu lebih mudah untuk membakar semangat supaya semuanya huru-hara, daripada membendung keadaan," katanya.
Malah kelmarin Pemuda Umno memberi tempoh 24 jam untuk Karpal mengemukakan bukti yang mendakwa Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru terhadapnya baru-baru ini.
Kelmarin, pekarangan bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan Pemuda Umno berhimpun untuk m
enuntut anggota Parlimen Bukit Gelugor itu memohon maaf kerana menggunakan perkataan "celaka" terhadap mereka pada satu perbahasan persidangan Dewan Rakyat.
Keadaan bertambah kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen masuk campur, membawa kepada insiden tolak menolak sesama mereka.
Dipetik Bernama, Hishammuddin berkata, beliau sudah menghubungi Pemuda Umno yang terlibat dan mereka akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Keistimewaan Parlimen.
Courtesy: MStar
"Pergaduhan di bangunan Parlimen kelmarin m
embuktikan apa yang boleh berlaku bila emosi kemarahan tak dapat dibendung dan dalam keadaan seperti itu lebih mudah untuk membakar semangat supaya semuanya huru-hara, daripada membendung keadaan," katanya.Malah kelmarin Pemuda Umno memberi tempoh 24 jam untuk Karpal mengemukakan bukti yang mendakwa Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru terhadapnya baru-baru ini.
Kelmarin, pekarangan bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan Pemuda Umno berhimpun untuk m
enuntut anggota Parlimen Bukit Gelugor itu memohon maaf kerana menggunakan perkataan "celaka" terhadap mereka pada satu perbahasan persidangan Dewan Rakyat.Keadaan bertambah kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen masuk campur, membawa kepada insiden tolak menolak sesama mereka.
Dipetik Bernama, Hishammuddin berkata, beliau sudah menghubungi Pemuda Umno yang terlibat dan mereka akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Keistimewaan Parlimen.
Courtesy: MStar



Post a Comment