

PETALING JAYA: Pihak berkuasa telah memutuskan untuk tidak membenarkan perarakan meraikan kemenangan, diadakan ketika pilihan raya kecil kerusi Bukit Gantang dan Bukit Selambau April ini.Keputusan bersama tersebut diambil bagi mengelakkan sebarang suasana tidak disenangi dan demi keselamatan, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online.
"Kami (SPR dan polis) memutuskan berdasarkan pengalaman selepas keputusan
pilihan raya kecil Kuala Terengganu diumumkan. Perarakan meraikan kemenangan yang disaksikan di Kuala Terengganu sudah lama tidak berlaku dalam pilihan raya negara ini.
"Jadi, kami pun terkejut dengan perkembangan di Kuala Terengganu dan kami tidak mahu ia berulang (di Bukit Gantang dan Bukit Selambau) kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan," katanya lagi.
Kedua-dua kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dianggap sebagai bahagian yang agak "panas" berdasarkan perkembangan politik semasa.
Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar "Setiap perara
kan meraikan kemenangan akan melibatkan aktiviti provokasi, boleh mencetuskan pergaduan dan kejadian tidak diingini"."Kami akan memastikan di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau, Ketua Polis Daerah masing-masing akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perarakan meraikan kemenangan diadakan," katanya.
Courtesy : Mstar Online
pilihan raya kecil Kuala Terengganu diumumkan. Perarakan meraikan kemenangan yang disaksikan di Kuala Terengganu sudah lama tidak berlaku dalam pilihan raya negara ini."Jadi, kami pun terkejut dengan perkembangan di Kuala Terengganu dan kami tidak mahu ia berulang (di Bukit Gantang dan Bukit Selambau) kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan," katanya lagi.
Kedua-dua kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dianggap sebagai bahagian yang agak "panas" berdasarkan perkembangan politik semasa.
Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar "Setiap perara
kan meraikan kemenangan akan melibatkan aktiviti provokasi, boleh mencetuskan pergaduan dan kejadian tidak diingini"."Kami akan memastikan di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau, Ketua Polis Daerah masing-masing akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan perarakan meraikan kemenangan diadakan," katanya.Courtesy : Mstar Online



Post a Comment