SUARA BEBAS TUARAN

Sabah rancang pintu masuk baru dari Kudat - Lahad Datu - Semporna

MESYUARAT: Musa (tengah) semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah di Bilik Mesyuarat Tingkat 15, Wisma Innoprise, kelmarin.
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri merancang membuka tiga lagi pintu masuk utama ke Sabah iaitu di Kudat, Lahad Datu dan Semporna bagi mengatasi kebanjiran pendatang tanpa izin ke negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata ini merupakan tambahan kepada dua pintu masuk sedia ada iaitu di Sandakan dan Tawau.
“Ketiga-tiga pintu masuk itu akan dibuka dalam tahun ini dengan pintu masuk ke Semporna dijangka dibuka dalam bulan ini. Ia bagi memastikan rakyat asing menggunakan pintu masuk dan dokumen yang sah.
“Jabatan Imigresen juga akan menguatkuasakan sepenuhnya sistem kawalan biometrik di pintu-pintu masuk utama bagi mengenal pasti dan mengesan pendatang tanpa izin,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri di sini, kelmarin.
Musa berkata demikian bagi mengulas mengenai operasi bersepadu fasa dua 2009, yang akan ditumpukan di kawasan pantai timur Sabah.
Beliau berkata semasa operasi bersepadu fasa pertama tahun lepas yang memfokuskan penangkapan dan pengusiran pendatang tanpa izin di negeri ini, seramai 32,530 rakyat asing diperiksa dalam 35 siri operasi yang dijalankan.
“Sepanjang tahun 2008, seramai 24,269 orang ditahan dan ditempatkan di pusat tahanan sementara di seluruh negeri dan daripada jumlah itu, seramai 19,151 telah diusir ke negara asal iaitu 13,615 rakyat Filipina, 5,278 Indonesia dan 258 lagi membabitkan rakyat negara lain.
“Enam puluh empat peratus daripada jumlah yang diusir itu telah dihadapkan ke mahkamah khas pendatang tanpa izin dan dikenakan hukuman sekurang-kurangnya satu bulan penjara dan dua kali sebatan,” katanya.
Musa berkata tindakan juga diambil terhadap 99 kes kanak-kanak jalanan dengan menempatkan mereka di rumah kebajikan atau rumah perlindungan ehsan.
NST
.....................................................................................

Komen saya..

Rancangan dan cadangan jalan perhubungan antara Pekan di Sabah, sapertimana yang di war-warkan dalam berita hari ini, bagi saya; ada lah sangat-sangat di alukan oleh rakyat Sabah.

Apa lagi, bilamana kita mendengar , Sabah telah di bagi peruntukan berbillion ringgit untuk tujuan pembangunan ehsan di luar-luar Bandar. Selaras dengan missi dan visi kerajaan untuk membasikan kemiskinan dan pengangguran.di seluruh negeri Sabah.

Pembangunan jalan raya ini ada lah salah satu factor utama yang boleh digunapakai untuk membantu rakyat luar bandar dari segi pengangkutan dan perjalanan.

Namun yang membuat saya terkilan ia lah setakat ini saya belum pun mendengar kelulusan jalan lintas selaku penghubung daerah Tamparuli-Kadamaian (Kota Belud) atau Kiulu-Ranau. Demikian juga dengan jalan penghubung Sulaman-Kota Belud.

Yangmana pada suatu ketika pernah dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin yang memerintah.

Persoalan saya; mungkin kah permohonan pemimpin-pemimpin tempatan daerah Tuaran telah tercicir(diketepikan) kerana memang nya tiada permohonan cadangan atau pun permohonan kurang berbaloi (prioriti rendah) ?

Harus juga diingatkan bahawa Daerah Tuaran mempunyai bilangan penduduk yang ramai ( lebih kurang 90,000 orang) dan kawasan perladangan serta pertanian yang luas lagi sesuai untuk di bangunkan.

Justru itu, jalan-jalan yang baru saperti yang di luluskan untuk daerah Kudat, Lahad Datu dan Semporna baru-baru ini.

Saperti daerah-daerah lain Tuaran pun sangat perlu jalan-jalan ini selaras dengan janji-janji yang di laungkan beberapa kali dalam pilihan raya yang sudah-sudah.

Akhir-akhir ini ( kecuali jalan penghubung Keningau-Tawau, Kimanis-Keningau, Beaufort-Tenom dan Kota Marudu-Ranau) perancangan dan pembinaan jalan raya terlalu difokuskan di pesisiran pantai. Apa dah jadi dengan kawasan daratan Tuaran dan Kota Belud?

0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails