Ulasan: Dr. Novandri Hasan Basri

"Saya sudah dalam politik sejak 1974. Siapa itu Pemuda Umno?" Inilah kata-kata seorang pemimpin politik DAP yang begitu sombong tapi begitu bodoh. Nama beliau Karpal Singh. Beliau merupakan ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang.
Dan selama dua penggal, beliau tidak memberikan sebarang sumbangan langsung untuk Parlimen Bukit Gelugor hanya suara-suara sumbang beliau di dalam parlimen.
Kita semua tahu kenapa beliau dipilih sebagai ahli parlimen. Kononnya, agar berlaku check & balance di dalam segala aktiviti yang diputuskan di dalam parlimen. Dan Karpal Singh diharapkan agar menggunakan skil berhujah yang beliau mahir sebagai seorang peguam untuk meneliti serta melawan segala yang diusulkan oleh parti pemerintah.
Tetapi kita tahu beliau tidak dapat menyumbang apa-apa untuk parlimen beliau sendiri. Parlimen Bukit Gelugor hanya tinggal sebagai nama sahaja.
Mujurlah Parlimen Bukit Gelugor mempunyai beberapa ADUN yang menjaga kawasan-kawasan di dalam Parlimen Bukit Gelugor. Itu pun sekadar menuruti prosedur dan perlaksanaan yang telah dirancang oleh parti pemerintah negeri sebelum ini.
Kini, Karpal Singh dengan begitu sinis mengatakan bahawa beliau sudah lama di dalam politik sejak 1974 jika dibandingkan dengan Pemuda Umno yang membuat kenyataan polis mengenai tindakan Karpal Singh mempersoalkan titah Sultan Perak.
Jika beliau benar-benar sudah terlalu pandai kerana berpolitik sejak 1974, beliau sepatutnya lebih mahir di dalam soal-soal sensitif yang melibatkan Sultan beliau sendiri.
Realitinya, beliau perlu ingat bahawa beliau juga tertakluk kepada system Raja perlembagaan dan perlembagaan itu sendiri. Apakah beliau sudah lupa “Kesetiaan kepada Raja dan Negara" ?
THE MALAYSIAN Insider.... selanjutnya.

February 12, 2009 10:44 AM
begitulah betapa kurang ajarnya Karpal.
Post a Comment