HISHAMMUDDIN Tun Hussein bersama calon-calon Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO (dari kiri) Reezal Marican Naina Marican, Mukhriz Tun Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Razali IbrahimKUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan proses peralihan kuasa dalam parti berjalan lancar dan menyokong Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti serta Perdana Menteri yang baru.
Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, pergerakan itu menghormati dan menghargai Presiden UMNO dan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi pada masa sama akan menyokong Najib apabila peralihan kuasa berlaku pada akhir bulan ini.
''Ada pihak-pihak yang tidak ingin melihat UMNO pulih dan ini termasuklah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan yang Pemuda anggap sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak masuk akal.
''Tindakan Zaid ini merupakan usaha cuba menjejaskan peralihan kuasa dalam kepimpinan parti yang seharusnya berjalan dengan lancar dan lagi satu siapa dia, dia tidak ada kedudukan dalam UMNO,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO yang terakhir sebelum perhimpunan agung parti pada minggu depan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Turut hadir dua calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Datuk Mukhriz Mahathir serta semua Exco Pemuda.
Baru-baru ini, Zaid mengeluarkan kenyataan yang meminta Yang di-Pertuan Agong tidak melantik Najib sebagai Perdana Menteri. Hishammuddin menegaskan, bekas ahli UMNO itu hanya merupakan liabiliti kepada parti.
Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, pergerakan itu menghormati dan menghargai Presiden UMNO dan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi pada masa sama akan menyokong Najib apabila peralihan kuasa berlaku pada akhir bulan ini.
''Ada pihak-pihak yang tidak ingin melihat UMNO pulih dan ini termasuklah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan yang Pemuda anggap sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak masuk akal.
''Tindakan Zaid ini merupakan usaha cuba menjejaskan peralihan kuasa dalam kepimpinan parti yang seharusnya berjalan dengan lancar dan lagi satu siapa dia, dia tidak ada kedudukan dalam UMNO,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO yang terakhir sebelum perhimpunan agung parti pada minggu depan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.Turut hadir dua calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Datuk Mukhriz Mahathir serta semua Exco Pemuda.
Baru-baru ini, Zaid mengeluarkan kenyataan yang meminta Yang di-Pertuan Agong tidak melantik Najib sebagai Perdana Menteri. Hishammuddin menegaskan, bekas ahli UMNO itu hanya merupakan liabiliti kepada parti.
Utusan Malaysia Online



Post a Comment