PETALING JAYA: Kemungkinan negara perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ketujuh? Kemungkinan ini mula 'terbayang' ekoran desas-desus bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, yang kini ditahan di Kamunting akan melepaskan kedudukannya.Bagaimanapun sama ada beliau, antara pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hanya akan diketahui Sabtu ini.
Puspaleela ditanya mengenai laporan media bahawa suaminya sudah memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN."Saya tidak mengesahkan apa-apa, tunggu sehingga Sabtu, saya menemui suami saya di Kamunting Sabtu ini," kata isterinya, S. Puspaleela ketika dihubungi sebentar tadi.
"Saya tidak tahu, tunggu sehingga saya menemui suami saya, tunggu saya di Kamunting Sabtu ini," katanya.
Manoharan antara satu-satunya tahanan ISA yang bertanding dan memenangi pilihan raya umum 2008. Beliau merupakan antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA sejak Disember 2007. Empat yang lain ialah P. Uthayakumar, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar.Bagaimanapun Kenghadharan dan Ganabatirau telah pun dibebaskan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri awal bulan ini. Walaupun dalam tahanan ISA, Manoharan bertanding dalam pilihan raya umum dan menang kerusi tersebut.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika dihubungi turut mengesahkan mengetahui mengenai khabar angin tersebut."Ya kita juga ada mendengar khabar angin tersebut, tapi saya tak dapat pastikan mengenai kesahihannya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
Sumber: mStar Online



May 1, 2009 12:31 AM
Bini dia sudah bilang dalam news lepas jumpa laki dia..laki dia bilang tidak letak jawatan. Patut Najib kasi keluar dia bah..
May 1, 2009 1:22 AM
SenjaLiza,
Thanks,
Walau macam mana pun kita kena tunggu juga..kerana akhir-akhir ini terlalu banyak hal-hal yang tidak betul..Soal kes letak-meletak jawatan ini amat susah untuk kita fikirkan kebenaran yang keluar dari pehak Pakatan Rakyat ini..
Tidak heran kenapa najib malas nak bertanding dalam PRK ini..Dia rasa banyak mainan politik yang tidak menguntungkan BN..
Soal kenapa M. Manoharan, maseh dalam tahanan ISA.. saya tiada komen kerana ia nya ada lah isu keselamatan negara.. sensitif
Post a Comment