
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dalam ucapan penggulungan beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu menolak dakwaan bahawa pembalakan penyebab masalah banjir besar di sungai Padas dan Pegalan.- Namun, Mantan Kapitan Cina Ng Choon Soon ketika mengulas kenyataan Ketua Menteri, berkata, kerajaan BN yang telah mewarisi permasalahan tanah mendap, banjir besar dan timbunan lumpur didasar air yang mencetekkan sungai Padas dan Pegalan oleh kerajaan terdahulu, kini menjadi tanggung jawab kerajaan BN yang memerintah ketika ini.
Menurut Ng Menafikan secara ‘total’ aktiviti pembalakan bukan sebahagian daripada penyebab banjir besar sungai Padas dan Pegalan mungkin sukar diterima kerana kegiatan itu telah bermula lebih dua puluh tahun lalu iaitu sejak tahun 1988 sehinggalah kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk kerajaan daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1994.- Ng masih berpegang teguh kepada kenyataannya sebelum ini bahawa kegiatan pembalakkan secara berlebihan sekitar tahun 1988 semasa era kerajaan PBS, telah banyak menghasilkan kemusnahan terhadap ekologi sehingga kelihatan tanah bukit terus botak dan terdedah kepada hakisan ketika musim hujan.
Manakala dipihak kerajaan pada ketika itu, menampakkkan seolah olah tiada usaha untuk merancang pemuliharaan hutan secara jangka panjang, apatah lagi untuk menghalangnya malah ada segelintir pemimpin itu sendiri turut menjadi orang tengah (broker) sebagai perancang kegiatan pembalakkan yang dikenali projek ‘Form 2B’.- Pembalakan tanpa batas telah memberikan kesan kepada kecetekan air sungai Padas dan Pegalan. Seharusnya masalah kemendapan dan lumpur yang mencetekkan sungai Padas dan Pegalan tidak semata mata terpikul dibahu sesuatu pihak sahaja…bahkan harus melibatkan pemimpin pada ketika itu dan kini”. tegas beliau lagi.
- Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah semasa lawatan beliau ke Beaufort beberapa bulan lalu pernah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk mendapatkan khidmat Juruperunding antarabangsa untuk mencarai formula penyelesaian masalah banjir di Tenom dan Beaufort.
- Namun demikian kata Ng, para penduduk yang mendiami di sepanjang pesisiran sungai Padas dan Pegalan yang dianggarkan kira kira 3,000 orang akan terus menanti usaha dan janji kerajaan dalam menangani masalah banjir di sini.
Sumber: Sabah Kini



April 24, 2009 10:54 AM
Salam tuan, atas rasa setiakawan sabahan bloggers, blog tuan telah saya link. tk
April 24, 2009 1:03 PM
Terima kaseh Ustaz kerana sudi melawat blog ini dan saterusnya me-linkkan nya dengan blog Ustaz.
Apa-apa pun teruskan melawat dan memberi komen yang perlu kita kongsi bersama.
Assalammualaikum
Post a Comment