
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Menteri Luar Anifah Aman berhubung pendedahan bahawa beliau pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika sertai Pakatan tahun lalu.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi hari ini. Dalam satu sidang media bersama Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton baru-baru ini, Anifah mendakwa Anwar telah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri sebagai ganjaran jika beliau melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu.
Sebelum ini, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat telah menyatakan bahawa beliau akan membentuk sebuah kerajaan pada 16 September tahun lepas tetapi telah banyak kali mengubah tarikh tersebut.
Mengulas lanjut mengenai isu itu Anifah menegaskan bahawa Anwar perlu menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini dan keputusan pilihan raya lalu. Sumber: mStar
Sebelum ini, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat telah menyatakan bahawa beliau akan membentuk sebuah kerajaan pada 16 September tahun lepas tetapi telah banyak kali mengubah tarikh tersebut.
Mengulas lanjut mengenai isu itu Anifah menegaskan bahawa Anwar perlu menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini dan keputusan pilihan raya lalu. Sumber: mStar



May 27, 2009 10:06 PM
Salam, saman di mahkamah? cuba kita tanya anwar ni, boleh pcaya ka mahkamah ni?
May 27, 2009 11:47 PM
ustazSAID,
Salam,
Rasa nya hal ini lebih dalam dari setakat kes saman mahkamah.
Kita semua tahu Anwar ini cukup berpengalaman dalam seni Politik disamping banyak hubungan dengan dunia luar, terutama sekali USA.
Banyak hal yang kita tidak berapa tahu tentang kebolehan Anwar selain dari kes lewat, mahkamah dan kegagalan mengambil alih tampuk Kerajaan pada 916 dan sebagainya.
Rasa nya, sabelum beliau menyaman Anifah, beliau dan penasihat pakar beliau telah mengambil kira beberapa perkara; termasuk impak politik dan keputusan makhamah tersebut.
Dalam firasat saya, Anwar tidak kesah sangat tentang 'outcome' mahkamah. Beliau biasa keluar dan masuk mahkamah.
Apa yang beliau ingin kan ia lah dedahan kepada konspirasi pelawaan PKR kepada ahli-ahli YB Sabah untuk menyertai Pembangkang.
Maksud nya, pengesahan sememangnya pertemuan telah ujud dan dalam masa yang sama, niat pernah terjalin dikalangan mereka pada masa itu.
Di Mahkamah nanti, Banyak cerita yang sepatut nya rahsia akan yang timbul.
Hal ini pasti nya, akan menganggu 'routine' Anifah dalam menjalankan tugas selaku Menteri penuh.
Disamping itu, sudah pasti beberapa orang individu dari Sabah yang terpaksa dihirit untuk jadi saksi dan sebagai nya.
Hal ini pasti nya tidak menyenangkan.
Agak nya, dalam hal ini, Anwar sudah bersedia untuk berhadapan dengan situasi 'lost-lost'.
Namun dalam sudut yang lain, beliau merasakan akan memenangi hati pemerhati untuk berpehak kepada perjuangan beliau yang tengah kusut kini.
Ini cuma analisis saya ustaz. Tidak lebih dari itu.
Post a Comment