

Akhir-akhir ini memang terasa pergolakan dari aspek perbezaan pandangan dan pendapat di kalangan bloggers ‘orang kita’. khas nya orang Melayu. Kalau di Sabah, golongan ini di label kan sebagai ‘ Bumiputera Islam’.
- Untuk kajian dan tujuan penambahan ilmu, saya telah luangkan masa melawat( website’s surfing) sebanyak mana laman web bloggers ‘ orang kita’ ini untuk mendalami pendapat dan pandangan masing-masing.
- Antara nya, saya tertarik dengan pendapat penulis dari Ikhwan today yangmana antara lain; penulis meluahkan kerisauan beliau terhadap kemelut dan krisis yang berlanjutan di kalangan orang Melayu masa kini.
- Antara nya, penulis merasakan kemelut dan krisis di kalangan bangsa Melayu kelihatan tidak pernah surut malah semakin menjadi-jadi, lepas satu, satu, ada sahaja isu yang berbangkit dan menyentuh sensitiviti ora
ng melayu. - Apatah lagi, baru-baru ini krisis di Perak menjadi seperti satu babak drama yang menyesakkan jiwa dan perasaan melihat perlawanan dan permainan kuasa di kalangan para kepimpinan kepartian.
- Sehinggakan berlaku satu peristiwa yang mengukir sejarah hitam negara ini bilamana sidang DUN menjadi seperti satu tempat yang persis bagai pasar harian.
- Menurut beliau, mungkin sudah tiba masanya kita semua melihat situasi ini dengan lebih serius, kerana jika kita masih menganggap ia hanya suatu yang tidak perlu difikirkan dan diberi perhatian, takut-takut apabila kita sedar implikasinya dan impaknya ke atas kita, waktu itu sudah terlambat untuk kita berbuat apa-apa lagi. Seperti kata pepatah melayu , "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidaklah berguna lagi".
- Selanjut nya beliau menyatakan , “ Kekuatan orang Melayu bukan pada bangsa dan bukan pada semangat kebangsaan Melayu. Tetapi pada perjuangan untuk Tuhan dan agama (Islam). Perjuangan atas nama Melayu semakin layu, ekonomi sahaja pun belum selesai lagi hingga kini. Padahal keistimewaan-keistimewaan telah diberi kepada orang Melayu lebih dari perlu hingga bangsa lain iri hati. Namun ekonomi masih terkebelakang lagi, kecuali sesetengah individu Melayu”.
- Tegas beliau saterusnya “ Di segi pendidikan dan pelajaran kita bangga di satu segi iaitu selepas merdeka ramai orang Melayu yang pandai dan cerdik, ramai yang ada degri tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari kecuali makan gaji.
- Ramai yang berilmu tidak ramai yang tawadhuk dan merendah diri. Orang pandai sikap hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yang miskin disuruh kerajaan membela sedangkan orang-orang pandai berdiam diri, tidak peduli.
- Di segi politik pula semakin ke hujung semakin tidak stabil, politik wang dan jatuh-menjatuhkan menjadi budaya dan menjadi-jadi. Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki. Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi.Hakikat ini kita terpaksa akui.
- Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati iaitu kemajuan di bidang pembangunan amat pesat yang ini kita berpuas hati. Di bidang ini dunia memang akui bahkan iri hati tapi side effect yang negatifnya hasil pembangunan sangat menakutkan.
- rang Melayulah yang ramai terlibat dengan gejala yang negatif itu. Dadah orang Melayulah yang ramai terlibat, rasuah orang Melayu yang ramai, budaya lepak anak-anak Melayulah yang banyak.
- Gangsterisme di sekolah anak Melayu jugalah yang ramai terjebak, sumbang muhram, buang bayi, orang Melayulah yang banyak. Terjebak dengan skin head, black metal, dan budaya liar anak Melayu yang ramai.
- Belum lagi kita perkatakan jenayah ragut, ugut, rokok Melayulah yang ramai. Jenayah berat seperti rogol, bunuh, pergaduhan, murtad anak Melayu juga yang ramai. Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga orang Melayu nombor one.
- Sudah tentu kita terpaksa menerima dengan penuh malu dan dukacitanya dan ini adalah hasil perjuangan orang Melayu dengan semangat kebangsaannya.
Orang Melayu ada Tuhan, ada Islam di sinilah kekuatan Melayu seperti orang Arab di zaman Rasul menjadi empayar mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab.Tetapi mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Arab terbela. Bangsa Turki menjadi empayar bukan mereka memperjuangkan bangsa Turki mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam akhirnya bangsa Turki terbela. Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini?! "
Itu lah lebih kurang persoalan penutup, penulis tersebut. Kita fikir fakirkan lah.
Sumber: Ikhwan TodayItu lah lebih kurang persoalan penutup, penulis tersebut. Kita fikir fakirkan lah.



Post a Comment