SUARA BEBAS TUARAN

Mayat ke-4 dikeluarkan dari runtuhan Jaya Supermarket


kerja-kerja mencari dan menyelamat masih giat dilakukan membabitkan lebih 500 anggota penyelamat dari pelbagai agensi
PETALING JAYA: Pasukan mencari dan menyelamat mengeluarkan mayat mangsa keempat dari runtuhan bangunan Jaya Supermarket pada pukul 4 petang tadi. Sehingga awal pagi tadi tiga orang telah disahkan terbunuh dalam tragedi itu.
Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, mayat ketiga yang ditemui awal pagi tadi di bahagian bawah tempat letak kereta bangunan yang pernah menempatkan Jaya Supermarket di Seksyen 14 di sini yang runtuh semalam berjaya dikeluarkan pada 2 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, mayat Muhamad Maskur, 31, warga Indonesia, dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Penemuan itu menjadikan jumlah korban meningkat kepada tiga orang setelah dua mayat ditemui semalam. Empat lagi mangsa dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan yang berlaku 5 petang semalam.
Mayat pertama yang dikenali sebagai Maskor, 28, dikeluarkan dari tapak runtuhan pada 6.50 petang semalam manakala mayat kedua, yang belum dikenal pasti, dikeluarkan pada 10.20 malam. Arjunaidi yang ditemui di tempat kejadian hari ini berkata terdapat seorang atau dua lagi mangsa dipercayai berada berhampiran dengan kawasan mayat ketiga ditemui.
Sumber: mStar and ondscene
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails