

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sambutan Tadau Kaamatan di Sabah, dan Gawai Dayak di Sarawak, bukan sahaja menghormati warisan dan budaya masyarakat etnik yang sudah lama bertapak di Malaysia Timur, tetapi juga mencerminkan keakraban dan perpaduan yang boleh dihasilkan melalui perkongsian nilai-nilai murni dan kepercayaan bersama.
- Najib dalam ucapan selamat sempena sambutan Tadau Keamatan kepada masyarakat Kadazandusun di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan, dan Hari Gawai kepada masyarakat di Sarawak hujung minggu ini berkata, sambutan itu benar-benar memberikan satu pandangan yang menyenangkan, satu gambaran sebenar tentang "perpaduan melalui kepelbagaian" yang hidup subur di Sabah dan Sarawak.
- "Saya menyarankan kita semua renungkan apa lagi yang boleh kita jayakan berdasar semangat 1Malaysia.
- "Di mana sahaja kita berada, kita mesti menerima sahabat handai kita yang berlainan kaum dan bersama-sama menyertai aktiviti-aktiviti yang sering kali kita lakukan, sama ada berjoging pada waktu pagi atau makan tengah hari bersama pada hari kita bekerja," katanya dalam laman blog www.1malaysia.com.my.
- Kemuncak perayaan Tadau Keamatan atau Perayaan Menuai akan disambut di Sabah pada 30 dan 31 Mei, iaitu satu perayaan selama sebulan khusus bagi masyarakat Kadazandusun di Sabah.
- Sambutan Hari Gawai pula akan berlangsung pada 1 dan 2 Jun ini oleh masyarakat Dayak atau Iban di Sarawak.



Post a Comment