SUARA BEBAS TUARAN

Shafie Yakin BN Dapat Rampas Semula Negeri Ditawan Pembangkang

Labels:
SEMPORNA,Sabah: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula negeri-negeri yang ditawan pembangkang jika semua parti komponen BN bersatu padu.
Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata impian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan Perlis, satu-satunya negeri di utara semenanjung yang dipertahankan BN pada pilihan raya ke-12, tidak semudah yang disangka.
"Jika dia yakin tawan Perlis, saya pula yakin tawan Kedah," katanya kepada pemberita sempena Program Mesra Rakyat di Kampung Terusan, Pulau Bum-Bum di sini hari ini.
Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar semalam mengenai impiannya menawan negeri Perlis pada pilihan raya akan datang.
"Jika kita boleh bekerjasama dan mengelak berpecah hanya kerana perkara-perkara kecil, tiada alasan untuk kita tidak boleh menawan kembali negeri yang sudah jatuh ke tangan pembangkang," katanya.
Mengenai pindaan Perlembagaan Umno, Shafie berkata pindaan berkenaan akan memberi ruang lebih besar kepada anggota parti peringkat akar umbi untuk memilih pemimpin mereka.
Shafie berkata sebelum ini kepimpinan parti cuma dipilih kira-kira 2,700 orang perwakilan namun melalui pindaan itu nanti anggota di peringkat bahagian juga berpeluang memilih calon pilihan mereka.
Sumber: BERNAMA
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails