

Pengerusi Yayasan Warisan Borneo, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, (gambar diatas) menyatakan bahawa yayasan beliau menerima banyak aduan berhubung isu tanah adat di Sabah yang sesuka hati 'disambar' untuk menjalankan projek atas angin yang dipelbagaikan jenamanya oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).
- "Kita memandang serius pencerobohan dan rampasan tanah adat di Sabah termasuk di Kuala Pintasan ini kononnya untuk dijadikan projek Agropolitan, walaupun sebenarnya untuk mencipta kontrak kerja untuk pihak tertentu mengaut untung di atas kesengsaraan anak negeri Sabah yang lain," ujar Jeffrey lagi.
- Jeffrey menekankan, era SPRM Sabah begitu malap sejak Mantan Pengarah SPRM Sabah, Puan Latifah Md Yatim ditukarkan ke Pulau Pinang, seolah-olah SPRM Sabah lumpuh dan tidak mampu lagi membanteras rasuah terutama melibatkan pemimpin Sabah seperti Datuk Seri Musa Aman, Musbah Jamli, Japlin Akim dan sebagainya.
- "Banyak laporan dibuat terhadap Musbah terutama ketika beliau menjadi Pengerusi Supernesa (GLC) tetapi kesnya ditutup begitu sahaja.
- Saya harap dapat dibuka semula termasuk 81 Dalil yang saya failkan sendiri terhadap Musa Aman kerana ada bukti yang nyata untuk mensabitkan beliau," ujar Jefrey lagi yang memohon campurtangan ibu pejabat SPRM.
- Mesti ada sesuatu yang tidak kena apabila rakyat memberontak dengan berdemonstrasi secara aman untuk menghantar mesej yang jelas kepada pemimpin negara yang mengabaikan mereka ,demi mengejar 'Impiian Kosong' projek Agropolitan yang lebih elok dinamakan sebagai 'Agropolitikan' kerana merampas hak rakyat melalui manipulasi undang-undang yang mengabaikan hak asasi manusia.
- Jeffrey turut memuji Jawatankuasa Bertindak Tanah Rezab Padang Ragut Kuala Pintasan-Kampung Labuan (Lantas) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung dakwaan 364 hektar tanah rizab Padang Ragut Kuala Pintasan, Kota Belud yang telah diberi hak miilik geran atas nama orang perseorangan dan syarikat tertentu.

Sementara itu, Datuk Seri Salleh Said Keruak, mantan wakil rakyat Kota Belud, telah menyatakan kesudian beliau untuk turut menyelesaikan kes padang ragut tersebut.
"Sepatut nya kes ini seharus nya telah di tangani dengan bijak dan telus, demi untuk mengelakkan ia nya berlanjutan dan menyusahkan masyarakat di kawasan tersebut", kata beliau.
Menurut Salleh, beliau akan turun padang dan akan datang sendiri ke Kota Belud pada jumaat akan datang ini.
Sumber : Sabah Kini
"Sepatut nya kes ini seharus nya telah di tangani dengan bijak dan telus, demi untuk mengelakkan ia nya berlanjutan dan menyusahkan masyarakat di kawasan tersebut", kata beliau.
Menurut Salleh, beliau akan turun padang dan akan datang sendiri ke Kota Belud pada jumaat akan datang ini.
Sumber : Sabah Kini



June 29, 2009 1:39 AM
Salam Engineer Solymone dalam SUARA BEBAS TUARAN. Aramaiti DR J sudah campur tangan.Jeffrey ingat dia tawkey along kah dapat ratusan juta dalam dua penggal PBS memerintah? Kalo itu punya masalah Datu Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said tutup mata satupun sudah selesai. Apa hal Jefrrey campur tangan. Dia tidak tahu kepala dan ekor. Itu tanah Grazing Reserve bukan milik kumpulan atau penduduk TAPI milik kerajaan cuma mau jaga hati orang kampung saja. alahaii dr dr!!. Asanang kama ti gia.
June 29, 2009 6:53 AM
Saudara Engineer Solymone/Suara Bebas Tuaran sepatutnya sebelum Dr Jeffrey berhasrat menyiasat kes padang ragut kota belud, Dr Jeffrey perlu melakukan muhasabah diri dahulu, cermin diri dahulu atau meminta orang lain yang berkeupayaan untuk menceritakan biografi realiti sebenar Dr Jeffrey.
2.Price Water House (kalau tak silap)sebuah agensi yang salah satu fungsinya iaitu sebagai badan bertauliah telah melakukan "international audating" terhadap asset Kerajaan Negeri Sabah di Yayasan Sabah dan agensi-agensi dibawahnya semasa "pemerintahan Dr Jeffrey" dan telah diumumkan dalam news bahawa sebayak RM ? Billion didapati "lesap" dan telah berjaya dinafikan daripada "Pemilikan Hak Rakyat Sabah". Sdra Engineer Solyman, sebagai salah seorang profesional rumpun di Sabah, pada fikiran Pak Engineer mana satu bah yang didahulukan untuk disiasat antara isu padang ragut kota belud atau isu billion RM yang lesap sebagaimana yang pernah dilaporkan? Rasanya Sdra Engineer perlu juga gunakan kepakaran untuk berhujah untuk menghujahkan secara detail mengenai isu "dana yang lesap sebagaimana yang pernah diaudate oleh pihak Price Water House ATAU ada bloger lain ingin mengongsi maklumat berkenaan ?
June 29, 2009 11:28 AM
Salam Sdri SenjaLiza dan Sdra msg1borneo,
Bawah bertenang dan banyak kan bersabar serta tenangkan emosi ketika berhadapan dengan isu-isu sensitif saperti kes padang ragut di Kota Belud ini.
Bagi saya, dari segi pengalaman dan pendidikan, kedua-dua kamu pun apa juga kurang daya 'professionalism'?
Kerana Sdri/Sdra memberi komen yang menekan kan kearah satu target ia itu 'Dr Jeffry' di dehulukan', maka saya satu kan response terhadap persoalan yang sama.
Now, dengan perasaan yang tidak dipengaruhi oleh ciri-ciri prasangka, ulasan saya ada lah saperti berikut;
( and correct me if I am wrong)
i) Kalau kes ini telah dapat di selesaikan dengan jaya nya oleh pemimpin-pemimpin tempatan, maka tidak ada ruang lansung untuk orang lain masuk campur tangan.
Bermakna , kegagalan telah berlaku di sana.
ii) saperti mana yang di lapurkan, Dr Jeffrey , selaku Pengerusi Yayasan Warisan Borneo telah menerima banyak aduan berhubung isu tanah adat di Sabah yang sesuka hati 'disambar' untuk menjalankan projek atas angin, saperti padang ragut KB ini.
Makna nya orang dari sana yang telah telah mengemukakan komplen kepada Jeffrey, sebagai 'green light' untuk bantuan tambahsentra.
Logik nya, bukan beliau sesuka hati campur tangan urusan orang lain.
Di samping itu selaku pengurusi yayasan tersebut, hal-hal saperti ini memang ada sangkut paut dengan tanggung jawab beliau.Contoh nya saperti persatuan CASH dsn.
iii) Saperti yang di lakukan oleh DAP di seluruh Sabah selama ini, Dr Jeffrey, Selaku pemimpin PKR Sabah, juga merasakan ada lah tugas parti pembangkang untuk menegur dan membetulkan perkara yang salah di sisi rakyat.
Dalam kes ini, besar kemungkinan pemimpin-pemimpin atau pegawai dari kerajaan yang memerintah gagal melaksanakan tugas yang sepatut nya, disana.
Otherwise, sekali lagi saya nyatakan di sini, komplen dan protest tidak sepatutnya akan terjadi.
So, dalam istillah ' masaalah rakyat dehulu di selesaikan' rasa nya sesiapa pun kumpulan di dunia ini yang dapat membantu secara telus harus di alu-alukan. Bukan di sebalik nya.
kerana akhir nya yang betul itu ada lah benar.
Soal kegagalan badan auditing Price Water House untuk meng-audit Dr Jeffrey ketika beliau berkuasa, dengan maaf saya nyatakan di sini, saya kurang pasti.
Amat susah untuk membesar-besarkan kisah yang terlalu lama untuk di ingatkan.
bagi saya, ada lah tidak sihat untuk merumuskan sesuatu hal tanpa fakta dan bukti yang cukup.
Dalam hal saperti ini, tidak semesti nya kesalahan yang dilakukan oleh Dr. Jeffrey dehulu kala, digunakan sebagai contoh untuk melayakkan kerajaan yang berkuasa kini, melakukan kesalahan yang sama. itu ada lah perbuatan yang konyol.
Kerana yang salah itu tetap salah; tanpa syarat.
lagi pun, pemimpin-pemimpin yang di tuduh oleh Dr. Jeffrey itu, sepatut nya jangan gusar dan risau kalau pada HAKIKAT SEBENAR NYA MEREKA TIDAK BERSALAH.
Kerana kalau lah mereka benar-benar terlibat dalam perbuatan yang terkutuk ini, mereka harus bersedia berhadapan dengan hukuman karma.
Fikir-fikirkan lah
walau macam mana pun, thanks kerana sudi melawat dan memberi komen yang rasional..kata nya.
June 29, 2009 7:17 PM
Salam saudara solymone,
Dr Jeffrey campur tangan adalah demi kebaikan rakyat.Jangan kita suka menuduh.Mungkinj Dr Jeffry takut nanti tiba-tiba pula di kawasan itu ada signboard mengatakan "satu lagi projek kerajaan barisan nasional".Apa yang dia lakukan adalah demi kebaikan rakyat.Jadi saya disini menyatakan sokongan penuh kepada DR.J.
Salam...
June 30, 2009 6:27 AM
Saudara Engineer Solymone/Suara Bebas Tuaran, saya masih lagi tertunggu-tunggu ulasan selanjutnya dari rakan bloger lain kerana bagi pendapat saya berhubung dengan isu yang berkaitan dengan gesaan Dr Jeffrey untuk menyiasat kes padang ragut apa yang jelas disitu adalah persoalan atau krisis integrity yang digambarkan oleh Dr Jeffrey agak kronik berlaku di Sabah tetapi gambaran itu hanya difokaskan semasa pemerintahan Kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO sahaja.
2.Sehubungan, bagi pendapat dan fikiran saya adalah lebih adil dan saksama bahawa dalam kita membangkitkan persoalan isu integrity di Sabah adalah lebih teratur dan lebih bijaksana kalau isu integrity dibincangkan secara seimbang iaitu dibicarakan dan dirungkaikan melewati sempadan agenda politik berparti dan bagi memenuhi keperluan abjektif-objektif satu pihak sahaja kerana kita khuathir "isu mengajar ketam berjalan lurus" akan berbangkit pula sehinggakan kepentingan rakyat yang sepatutnya didahulukan akan tenggelam pula oleh retorik dari personal-personal yang memiliki imej yang masih tertakluk kepada beberapa bersoalan akauntabiliti atau krisis integrity. Tentu saudara ada ulasan atau senyap sahaja sebagai tanda menyetujui ?
June 30, 2009 11:07 AM
Sdra Abdul Maruf Ismal,
Terima kasih kerana sudi melawat dan memberi komen peribadi saudara.
Dalam kontek itu, sama-sama lah kita fikirkan pendapat dan pandangan saudara.
Orang tua-tua kata, " yang baik itu kita buat tauladan dan yang jahat itu kita buat sempadan".
Salam
June 30, 2009 11:23 AM
Sdra 1Semporna,
Sekali lagi saya syorkan agar banyak kan bersabar serta tenangkan emosi ketika berhadapan dengan isu-isu sensitif saperti kes padang ragut di Kota Belud ini.
Dalam masa yang sama, Kurang kan pandangan yang ber elemen kan 'personal' dalam mendalami isu kandungan yang merangkamumi banyak dimension ini.
Kerana untuk tahun ini, kalau boleh cukup lah dengan 'Micheal Jackson' sahaja yang terkena impak nya.
Banyak 'dimension' kerana ia nya melibatkan banyak perkara dalam satu. Antara nya kes Dr. Jeffrey, Masaalah padang ragut KB, salah laku pemimpin-pemimpin , peranaan SPRM, projek Agropolitan, dan lain-lain lagi.
Untuk memudahkan kita buat analisis, kita hanya mampu untuk focus kepada perkara-perkara pokok yang banyak berkaitan dengan isu utama; dalam hal ini masaalah padang ragut KB yang belum dapat di selesaikan. Kenapa ? dan Mengapa?
Isu keadilan dan integrity yang saudara ghairah untuk di bincangkan secara besar-besar itu mungkin buat masa ini tidak berapa relevant. Kerana masaalah pokok ( masaalah padang ragut KB) lagi penting masa ini belum lagi selesai di uruskan.
Untuk itu, mungkin saudara sendiri kena bentangkan soal keadilan dan integrity dalam blog saudara dan kalau perlu, sama-sama kita bincangkan secara meluas. Seluas mana yang saudara mahu kan.
Untuk masa ini, kita focus kan dehulu kes-kes yang banyak berkaitan dengan ‘pencerobohan dan rampasan tanah adat di Sabah termasuk di Kuala Pintasan ini kononnya untuk dijadikan projek Agropolitan, walau pun sebenarnya untuk mencipta kontrak kerja untuk pihak tertentu mengaut untung di atas kesengsaraan anak rakyat tempatan’.
Sejauh mana kebenaran nya atau pun tidak?.
Akhir kata, diam itu bukan berarti nya setuju atau pun tidak. Tetapi saperti orang puteh bilang " sometimes silent is golden and less is more".
Fikir-fikirkan lah.
Salam
Post a Comment