SUARA BEBAS TUARAN

Dr Jeffrey menyambut baik perlantikan Azmin sebagai Pengerusi PKR Sabah

Labels:

Gambar : Azmin Ali dan Datuk Dr. Jeffry Kitingan
Menurut berita yang di petik dari Sabah Kini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan menyambut baik perlantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah selaras dengan Dasar PKR menyusun semula jentera dan perlembagaan Parti untuk menawan lebih banyak negeri pada pilihanraya Umum ke 13.
Kata Dr. Jeffry, "Kita terima siapa sahaja yang dilantik kerana saya boleh memberi tumpuan kepada kerja mengukuhkan parti dan membantu beliau mengemaskan jentera parti,"
Beliau menolak dakwaan Barisan Nasional bahawa PKR mengalami krisis kepimpinan di Sabah kerana sebelum ini tempat tersebut diisi oleh Anwar Ibrahim.
  • Menurut Jeffrey, beliau merasa lega kerana pemimpin Pusat PKR mengutamakan Sabah sebagai salah satu agenda mereka untuk menawan negeri ini daripada BN setelah sibuk menawan lima buah negeri pada PRU 12 yang lalu.
  • "Perlantikan salah seorang Naib Presiden PKR, saudara Azmin tepat pada masanya kerana PKR adalah parti Nasional dan bukannya parti tempatan," ujar Jeffrey lagi yang menggesa supaya semua ahli PKR meningkatkan prestasi diri berkhidmat untuk rakyat setiap masa kerana penyokong atas pagar yang memberikan undi kepada PKR selama ini.
  • Sekalipun gagal memperolehi sebarang kerusi pada pilihanraya lalu namun kata Jeffrey ia merupakan pengajaran terbaik kepada PKR Sabah untuk belajar daripada kejayaan pemimpin Pusat, seperti Azmin yang berjaya menawan negeri paling maju di Malaysia iaitu Selangor dan beberapa negeri lain.
  • Dalam hal ini kata Jeffrey, ahli PKR tidak harus mempedulikan kritikan BN bahawa PKR Sabah ketandusan pemimpin kerana UMNO yang mendakwa diri mereka gagah juga mengamalkan dasar yang serupa apabila menghantar Naib Presiden UMNO daripada Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO di Kedah.
  • "Kita harus menumpukan usaha untuk menawan hati rakyat dan bukannya ahli kita sahaja kerana yang akan memenangkan kita adalah mereka yang di luar sana yang bersimpati dengan perjuangan kita dan menyokong kita dalam setiap pilihanraya," ujar Jeffrey yang menggesa agar setiap Cabang dan Ranting (Bahagian dan cawangan) mengadakan kempen menambah keahlian dalam kadar segera.
  • Jeffrey menekankan bahawa perebutan calon sebelum ini menjadi punca ahli menderhaka kepada parti menjelang pilihanraya, namun ianya adalah lumrah bagi dunia politik dan yakin dengan proses mematangkan ahli PKR yang dianjurkan oleh PKR PUsat akan memudahkan Pakatan Rakyat mensasarkan Sabah sebagai 'Hot Spot' pada PRU 13.
Sumber: Sabah Kini
3 comments:

Sebagai antara bukti bahawa DSAI tidak yakin dengan keupayaan kepimpinan PKR yang ada termasuklah Dr Jeffrey.

Kepimpinan PKR Sabah kena muhasabah diri.Jika saudara diminta bermuhasabah diri bagi pihak shaf kepimpinan PKR Sabah termasuk Dr Jeffrey, apakah yang saudara boleh nyatakan secara detail mengenai senario kepimpinan PKR Sabah.


Salam Sdra msg1borneo,
Untuk rekod, saya bukan ahli PKR, jadi nya, saya tidak lah layak mewakili PKR untuk membuat sebarang 'statement' mengenai perkembangan ini.

Apa yang boleh saya lakukan ia lah memberi analisis berasaskan pandangan peribadi setakat mana yang saya mampu.

However, sabelum saya beri komen atau kenyataan , saya kena buat kajian termasuk 'survey' terlebih dehulu.

Setakat ini, kajian belum saya lakukan, so Sdra kena lah bersabar menunggu seketika


Sdra msg1borneo,
Perlantikan Mohd.Azmin Ali, mengganti tempat DSAI selaku Ketua perhubungan PKR Sabah memang mengejutkan dan mengelirukan para pemerhati politik di Sabah.

Walau pun pada hakikat nya Jeffrey telah mengesahkan pengakuan penerimaan lantikan Azmin,namun tidak kurang juga persoalan yang timbul terhadap perkembangan ini.

Antara lain, dijangka persoalan-persoalan yang akan timbul ada lah;

i)Siapa Mohd Azmin Ali ?
ii) Kenapa mesti Azmin, sedang kan banyak lagi pemimpin-pemimpin tempatan yang berkelayakan?
iii) Penerimaan ahli PKR tempatan
iv) Impak perlantikan Azmin dalam senario politik negeri Sabah
v) Lain-lain hal yang berpaut

Seadanya, tidak banyak orang yang mengenal Azmin di sini. Termasuk ahli akar-umbi PKR sendiri.

So, sabelum kita huraikan dengan lebih lanjut lagi dan untuk kita kongsi bersama, saya catit kan di sini biodata ringkas Yb Mohd Azmin Ali;

i)Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Antara Bangsa Selangor.
ii) Berpendidikan Ijazah Sarjana Pendidikan , Mathematics dan Economics dari University of Minnesota, USA.
iii) Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada DSAI di Kementerian Pendidikan (October 1, 1987 - April 3, 1989)kemudian pada April 4, 1989, di naik kan pangkat sebagai Setiausaha Sulit kementerian yang sama dan kepada Kementerian Finance (March 15, 1991 - February 1996) dan kepada Timbalan Perdana Menteri (December 1, 1993 - September 2, 1998).

iv) Beliau ada lah salah seorang penaja ( founding member) parti PKR

Dari apa yang kita lihat, Yb Azmin ini bukan calang-calang juga orang nya. Cukup pengalaman dalam dunia politik.

Kita tidak bincangkan persoalan(ii),'kenapa DSAI serah jawatan tersebut kepada Azmin'; kerana kita tidak cukup informasi untuk di huraikan.(takut-takut stipulation kita salah)

Dalam soal penerimaan ahli-ahli PKR tempatan; memang jelas banyak yang merasa sangsi terhadap kebolehan Azmin dalam berinteraksi dengan orang-orang (orang kita) disini.

Mereka merasakan, banyak hal yang Azmin kurang faham tentang sentimen orang kita, apa lagi bila memikirkan perbezaan sosio-budaya yang terlalu ketara diantara orang Selangor dan Sabah.

Walau pun Jeffery telah menyatakan bahawa perlantikan Azmin mengganti tempat DSAI sebagai 'benefits', rasa nya yang akan berlaku ada lah disebalik nya.

kerana hal-hal saperti ini melibatkan maruah dan integriti pemimpin-pemimpin PKR dari sini.

Masaalah pasti akan timbul, bilamana selepas ini Dr. Jeffrey terpaksa berhadapan dengan persoalan dari pengikut-pengikut beliau yang ingin kan beliau memegang Jawatan tersebut. Termasuk impian Jeffrey sendiri selama ini.

Dari kajian sejarah perjalanan hidup politik Dr Jeffrey, kes-kes saperti ini akan menarik minat beliau dan peminat-peminat beliau untuk berhijrah ke satu parti yang lain atau menubuh parti yang baru.

Kecuali kematangan akibat pengalaman yang beliau pelajari selama ini jadi batu penghalang kehendak hati beliau untuk menceraikan PKR.

However, kita terasa juga bahawa akan timbul lagi pergolakan dalam parti PKR dimasa akan datang.
Pergolakan apa? sama-sama kita tunggu.

Salam dan fikir-fikirkan lah


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails