


Datuk Seri Najib Tun Razak percaya harapan BN untuk memenangi kerusi tetap ada tetapi ia memerlukan kesungguhan dan komitmen daripada semua jentera untuk menyampaikan mesej parti kepada rakyat. Namun beliau mengakui Barisan Nasional (BN) bakal menghadapi laluan sukar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
- Perdana Menteri berkata, berdasarkan rekod terdahulu majoriti antara calon Pas dan BN adalah besar dan itu menunjukkan BN terpaksa bekerja keras untuk memenangi hati pengundi.
- Beliau mengulas kedudukan terkini BN dalam menghadapi pilihan raya DUN Manek Urai yang dijadual diadakan pada 14 Julai ini.
- DUN tersebut merupakan kubu kuat Pas dan parti itu tidak pernah tewas sepanjang sejarah pilihan raya di negara ini kecuali pada 2004.
- Bagaimanapun pada 2008, kerusi itu kembali kepada Pas, apabila Ismail Yaacob bertanding semula dan menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.
- Sementara itu Pas malam tadi telah mengumumkan seorang pemborong ikan di pasar Kuala Krai, Mohd. Fauzi Abdullah dipilih sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil DUN tersebut.
- Sumber: Utusan Malaysia, the nut Graph



Post a Comment