SUARA BEBAS TUARAN

Nik Aziz ajak PM berdebat secara terbuka

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dan PAS.
  • Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.
  • "Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," katanya kepada pemberita selepas mengimamkan Solat Sunat Dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini pagi ini.
  • Nik Aziz berkata, hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan.
  • Katanya, perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan.
    Sumber: mStar,BERNAMA
2 comments:

Debat tidak akan selesaikan masalah. Sepatutnya dia mengajak untuk bermuzakarah atau menyokong sahaja cadangan kerajaan perpaduan.


Sdra 1Borneo,
Sebenar nya depat perlu diadakan di antara kedua-dua pemimpin agong tersebut.

kerana dari keputusan depat nanti kita selaku pemerhati dapat mengenal pasti 'once for all' di mana kah letak nya kebenaran usaha untuk mengujudkan 'kerajaan perpaduan' ini nanti.

Dengan itu kita akan tahu sejauh mana kejujuran Najib selaku president UMNO dalam menengani hal yang melibatkan perpaduan bangsa Melayu dan Islam. Melayu(Islam) perlu di dehulukan, hal-hal politik di kemudian kan.

Selama ini kita tahu bahawa niat PAS untuk mengadakan rundingan (kerajaan perpaduan) dengan UMNO bukan nya bertujuan untuk PAS masuk BN.

Tetapi satu perundingan murni, semata-mata untuk membantu orang Melayu (Islam) yang tengah berhadapan dengan berbagai-bagi masaalah saperti gejala ganja, gangsterism, kemiskinan, pengangguran, sosial dsn.

Dalam masa yang sama, maka persoalan juga timbul dari ahli Pakatan Rakyat saperti PKR; yang mana mempunyai ahli terdiri dari orang-orang Melayu(Islam).

Kenapa ahli-ahli yang terdiri dari orang-orang Melayu mereka (PKR) harus di Ketepikan?
Untuk ini kita fikir-fikirkan lah.

Salam


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails