Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, Kerajaan Negeri akan terus memperkasa dan mempertingkatkan pembangunan Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di seluruh negeri.
Langkah-langkah yang di ambil ada lah saperti berikut;
- i)Menggembleng peranan Jawatankuasa Program SDSI peringkat negeri dan daerah dari segi perancangan penyelarasan dan pelaksanan bagi memastikan program berkenaan mencapai matlamat dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengusaha yang terlibat.
- ii)Mengadakan program khusus seperti menganjurkan inisiatif promosi dan pemasaran seperti Showcase dsn
- iii)Melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman melalui kursus-kursus tertentu dan peningkatan dan pembangunan pembungkusan (packaging), pelabelan (labelling) dan penandaan (branding) serta khidmat nasihat dan bimbingan dengan kerjasama agensi-agensi Kerajan Persekutuan yang berkaitan.
Dalam masa yang sama, beliau menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam program berkenaan agar memberi tumpuan secara khusus bagi menjana pembangunan ekonomi negeri seterusnya merangsang pembangunan keusahawanan dalam kalangan kaum Bumiputera terutamanya di peringkat daerah.
Musa berkata, bagi tempoh 2009-2010 kerajaan memperuntukkan sebanyak RM23 juta bagi meningkat dan memperkembangkan lagi program SDSI di bawah pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC).
Tugas utama agensi-agensi yang terlibat ada lah untuk memfokuskan kepada usaha-usaha pengeluaran dan memperkembangkan lebih banyak jenis produk dengan kualiti yang tinggi di semua daerah dan daerah kecil di negeri ini.
Strategi ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan dengan memberi bantuan dari segi akses kewangan, pemasaran dan promosi, peningkatan keupayaan pengeluaran dan kemahiran, pengetahuan, peningkatan kualiti dan penampilan produk yang dihasilkan, kata beliau.
Sumber: New Sabah Times

Post a Comment