SUARA BEBAS TUARAN

'SAPP' menyahut cabaran 'GERAKAN Sabah' Bertanding Semula Di Semua Kawasan

Gambar: SAPP dan Gerakan Sabah
Selain dari PAS-UMNO, perbalahan pendapat, di antara SAPP dan Gerakan Sabah pun tidak kurang juga hangat nya di Sabah.
Baru-baru ini, dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua Anggota Parlimen daripada Parti Maju Sabah (SAPP) menyuarakan kesediaan untuk menyahut cabaran Naib Presiden baru parti Gerakan Datuk Raymond Tan supaya bertanding semula kerusi di kawasan masing-masing menggunakan lambang SAPP.
  • Mereka adalah Adun kawasan Likas Datuk Liew Teck Chan, Melanie Chia Chui Ket (Luyang) dan Anggota Parlimen masing-masing bagi Sepanggar dan Tawau, Datuk Eric Majimbun serta Datuk Chua Soon Bui.
  • Keempat-empatnya mengeluarkan kenyataan yang ditandatangani bersama berhubung perkara itu di sini Khamis, sebagai respons kepada cabaran yang disuarakan oleh Tan semalam supaya mereka mengosongkan kerusi masing-masing.
  • Bagaimanapun, mereka berkata memandangkan Tan mendakwa mempunyai nilai moral yang tinggi, SAPP membalas semula cabaran itu kepada beliau (Tan) dan rakannya dalam parti Gerakan Au Kam Wah, yang juga Adun Elopura, supaya mengosongkan kerusi mereka dan bertanding semula di bawah panji-panji BN-Gerakan.
  1. “Ini disebabkan mereka telah pun beralih parti selepas memenangi kerusi yang disandang oleh SAPP sejak 1994. Jika bukan kerana SAPP, mereka tidak akan menjadi calon dalam pilihan raya sebelum ini.
  2. “Kalaulah bukan kerana usaha anggota dan penyokong parti, mereka tidak akan menjadi YB (wakil rakyat), menyandang jawatan tinggi dan menguntungkan dalam kerajaan hari ini.
  3. “Raymond Tan dan Au Kam Wah tidak pernah menjadi anggota BN kerana tidak ada peruntukan bagi anggota individu dalam BN. Mereka adalah anggota SAPP yang menggunakan jentera dan anggota SAPP untuk memenangi pilihan raya,” dakwa mereka.
  4. Mereka berkata: “Sebagai seorang peguam dan YB selama empat penggal, Datuk Tan tidaklah jahil sangat bahawa Artikel 17 (5) Perlembagaan Sabah dan Artikel 48(6) Perlembagaan Persekutuan melarang anggota Dewan daripada bertanding semula dalam pilihan raya selama lima tahun sekiranya beliau mengosongkan kerusinya”.
  • Sehubungan itu, SAPP menggesa Gerakan supaya meminta kerajaan BN menguatkuasakan, antara lain, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Sabah bagi membolehkan anggota DUN dan Parlimen bertanding semula bagi kerusi masing-masing dalam pilihan raya kecil selepas mereka mengosongkan kerusi berkenaan.
  • SAPP juga mahukan pengosongan kerusi dilakukan secara serentak oleh Tan (Tanjong Papat) dan Au (Elopura) bersama-sama Adun daripada SAPP iaitu Liew (Likas), Chia (Luyang) dan Eric iaitu Anggota Parlimen Sepanggar serta Chua (Tawau).
    Sumber: Sabah Daily
2 comments:

SAPP akan dapat kerusi 0 dalam PRU13. Sebelum PRU 13 ramai ahli-ahli SAPP akan lompat perahu lain. SAPP terpaksa menghadapi DAP dan PKR. Ada yg cakap mereka satu kem tetapi satu kem pun masih berebut kerusi. Hujung hujung lawan dan akan dapat kosong, SAPP sedar semua ini tapi dasar SAPP. Politik Sabah memang ada ciri-ciri ini. SAPP adalah parti yang paling goyah di Sabah selepas PKR.


Thanks Liza,
PRU13 tu lama lagi. Dalam jangka yang begitu lama, macam-macam yang akan terjadi.

Siapa pun boleh bagi pendapat tentang siapa menang dan siapa kalah.
'In paper', semua yang berani bagi ulasan pun mempunyai logik dan rasional masing-masing.

However, isu yang menarik ia lah macam mana kah kesudahan nya kalau di bagi peluang untuk parti SAPP bertanding dengan parti Gerakan Sabah?

Seada nya, kedua-dua parti pun sedang berhadapan dengan masaalah masing-masing.
Salam


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails