

Sapertimana yang selalu saya nyatakan, tidak akan timbul perpecahan dalam PAS. Disamping itu, pernah juga saya katakan, perselisihan pandangan antara TG Nik Aziz dengan Nasharudin Mat Isa, tidak akan berkekalan.
- Ia nya saperti pelangi yang timbul dikala hujan gerimis di tengah hari. Bila hujan berhenti, maka hilang lah ia.
- Dugaan dan tekaan saya selama ini, tepat. kerana kelmarin, Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa beliau menarik balik segala kenyataannya terhadap Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa serta menegaskan perkara itu tidak akan berbangkit lagi.
- Dalam masa yang sama, PAS sebulat suara bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti itu akibat daripada permainan politik Umno.
- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu juga kini bersetuju untuk menolak polemik Kerajaan Perpaduan sepertimana yang diputuskan oleh Presiden PAS dalam satu kenyataan bersama di Bangunan Parlimen petang ini.
- "Kami bersama-sama dalam satu saf (pasukan) yang padu untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanah air," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan saf tertinggi kepimpinan PAS di ibu pejabat parti itu di sini, Isnin.
- Sebelum ini, krisis menubuhkan kerajaan Perpaduan yang telah dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat tentangan daripada Mursyidul Am PAS itu sehingga beliau meminta Nasharudin meletakkan jawatan sekiranya ingin meneruskan hasrat itu.
Sumber: mStar, BERNAMA



June 23, 2009 9:43 AM
NOSTRADAMOS HIDUP LAGI!
Cuma yang masih diperdebat ialah isu Kerajaan Perpaduan itu siapa yang bawa?
Dari penelitian saya sejak awal Kerajaan Perpaduan itu adalah idea awal Tuan Guru Haji Hadi-TGHH. Kiranya dia tarik balik so, what so big deal?. Tetapi idea itu mula meresap ke pengetahuan rakyat dan sedikit melegakkan mereka terutama kepada mereka yang cintakan perpaduan. Harapan mereka ialah dengan Kerajaan Perpaduan itu ketegangan politik akan dapat sedikit sebanyak diredakan dan para pemimpin politik akan kembali melaksanakan "kerja" untuk rakyat dan berhenti dari "berpolimik" atau berdemonstrasi. Maklumlah idea kerajaan perpaduan itu asasnya seperti kata TGHH-tiada lagi pembangkang per se tetapi kerajaan yang memikirkan tentang pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat!!. Idealistik.
June 23, 2009 11:33 AM
As usual, your comments is missed, Compadre. Thanks for sparing your time this moment of time.
However, Nostradamus hidup lagi?
That will be the statement of the year coming from you. I guess, I know what you mean.
All and all, saya setuju dengan pendapat sdra. Disamping itu, rasa nya, asas konsep 'Kerajaan Perpaduan' ini kalau berjaya; dijangka akan mengembalikan sinar perpaduan di kalangan orang-orang Melayu, yang kelihatan semakin hari semakin tenat..kata nya.
Seada nya, perpaduan di kalangan kita dan juga dengan kaum-kaum yang lain, hanya dapat di capai kalau kita kurangkan 'politicking' yang konyol; semata-mata mementingkan diri sendiri( politik wang) dan 'kawang-kawang'.
Goes back to the basic. Pro-aktif kan kembali aktiviti-aktiviti yang ber-orientasikan konsep interaction-NGO. Sapertimana yang pernah terjadi di negara kita pada suatu ketika.
Atau manafaatkan sepenuhnya istillah "Transformasi dan 1Malaysia".
Orang kata, dalam dunia politik ini, 'terlalu banyak macam-macam ada'. Termasuk Janji do tarang bulan, janji Sarena, janji palsu, janji kosong dan janji 1001 macam.
Semua nya 'superficial', non-realistic dan saperti yang sdra nyatakan 'terlalu idealistic'.
At last but not least; 'Que Sera Sera'.
June 23, 2009 5:21 PM
Salam Ziarah. Sihat? Kenapa Sabakita sesat sini? Suruh dia bawa pinjaram KB pigi Kundasang bah.
Benar dan sebenarnya UMNO tidak lemah sepeperti kebanyankan orang sangka. UMNO lemah kerana pemimpinnya banyak melakukan perlakuan tidak beretika. Etika pemimpin terdahulu dan kini sedikit berubah dan tranformasi kelihatan masih kabur menjadi pernilaian pengundi. Saya melihat tawaran kerajaan Perpaduan PAS pada muktamar PAS ke 55 adalah serius dan ikhlas pada awalnya tetapi pemimpin UMNO kalah dalam percaturan politik kepada Anwar. Anwar mcm Raajawali kata Rendra manakala Pemimpin UMNO masih merasa mcm "BIG BOSS" lalu mereka memperlambat-lambatkan permainan sehingga berputih mata bila TGHH didesak PR dan Anwar kerana DSAI tahu di situlah talian hayat PR. Manakala pemimpin UMNO masih bertangguh sebuk menonjol kemahiran sebagai entreprenor dan mencari kerita mewah model baru dan HP yg canggih berserta dengan keraguan terhadap PAS dan menanti kepastian datang begolek atau melayang.Lupa DSAI dulu kejar MPs BN sampai Taiwan. DSAI tidak bertangguh..TGHH di Dewan Rakyat diseduce dan TGHH terdesak kerana keperluan DSAI MENDESAK. Nah siapa menang percaturan politik..? apakah tidak benar PAS itu ikhlas dengan kerajaan Perpaduan? Bukankan Wan Azizah juga bilang PKR terbuka kepada "Kerajaan Perpaduan". Siapa kata DSAI bukan mendahului perlumbaan menakluki Puterajaya dan menagih janji TGHH. DSAI bermati-matian berusaha menjaring bola walau dalam kedudukan offside. Orang Bn sebuk bernego % Mcmana nak MENANG? Bila musin PRK Pemuda UMNO baru ingat mau sebok jelajah kampung, Naik sportcars pula tu. Baik lagi Tuan Engineer kasi belubang jalan kg itu!!
Alamak..terlebih sudah..
June 23, 2009 7:45 PM
Tompinai SenjaLiza,
Akhir-akhir ini, Sabah Kita jarang blogging. Dia 'concentrate' tulis buku..kata nya.
Namun, untuk Liza, saya sampaikan salam penjaram kepada dia. Kalau boleh, dia bawa ke Kundasang.
Sambil rehat di 'Mesilau retreat center' dan cuti dari susana politik yang buat pening kepala, kini.
Kalau ada masa 'main golf' pun ok juga.
Lagi pun banyak juga para Pelancong yang bilang Kundasang itu Kawasan tercantik di Sabah..
Cuma akhir-akhir ini, ia tidak sejuk saperti dehulu.
Saya setuju Liza, UMNO maseh kuat. Cukup segala-segala. Cukup; kuasa, kekayaan dari segi kewangan, Professional yang bijak pandai, Pemimpin-Pemimpin yang changgih dsn.
Namun sejak PRU12, populariti dan momentum mereka agak goyah..
Harap-harap, dalam menikmati kecukupan yang terlampau banyak ini, tidak akan makan diri sendiri.
Kerana dalam sejarah, banyak Kingdom yang jatuh kerana terlampau cukup. Saperti Empire-Empire Roman, Macedonia, Babylon , Genghiskhan, Aztec, Republican di USA, Australia, New Zealand dll.
Rasa nya, mereka maseh boleh 'maintain' situasi saperti yang sudah-sudah, dengan syarat mereka jujur dan telus melakukan 'Transformasi dalam kontek 1Malaysia' dalam parti UMNO.
Soal Pakatan Rakyat, terutama sekali perihal yang berkaitan dengan DSAI, saya malas nak sentuh...banyak kes disana-sini.
Disamping itu, pergolakan politik di kalangan mereka pun maseh lagi dalam keadaan 'Haywire'.
Kecuali pejuangan PAS, terlalu awal untuk bagi mereka 'Standing Ovation'.
However, thanks Liza.
Post a Comment