

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan mendedahkan beberapa kes besar termasuk yang melibatkan sindiket rasuah tidak lama lagi, kata Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah.
- Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keskes besar yang sedang dirisik kerana menurutnya SPRM tidak akan mendedahkan sebarang kes tanpa terlebih dahulu mempunyai bukti kukuh.
- "Pendedahan ini penting untuk memenuhi tuntutan rakyat yang hendak melihat keberkesanan peranan SPRM sebagai sebuah Suruhanjaya berintegriti tinggi, selepas dinaik taraf dari Badan Pencegah Rasuah," katanya.
- Mohd Jamidan berkata berkata hasil perisikan yang dibuat berdasarkan maklumat orang ramai, pihaknya telah dapat menembusi sindiketsindiket tertentu dan mendapati ada kes yang perlu didedahkan.
- "Walaupun ada kes yang sukar untuk dibuktikan tetapi SPRM mempunyai sistem, keupayaan, kepakaran dan kebijaksanaan menembusi sindiket terbabit dan dapat mengatasi kebijaksanaan mereka.
- "Saya berharap orang ramai akan terus menyalurkan maklumat dan bekerjasama dengan kami bagi membanteras rasuah atau sebarang penyelewengan," katanya.
- Menurutnya, menerusi kerjasama orang ramai, SPRM mencapai banyak kejayaan tahun lepas antaranya kes rasuah yang melibatkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, sindiket rasuh yang melibatkan Jabatan Hutan Sabah dan sindiket mencuri besi di Pahang.
Sumber: mStar
June 30, 2009 6:45 PM
1.Sdra Suara Bebas Tuaran, indeks persepsi rasuah Malaysia dalam lingkungan skala 50% lebih sedikit iaitu kalau markah untuk lulus peperiksaan di sekolah cuma dapat gred D+.
2. Petunjuk realiti persepsi perlakuan amalan rasuah di Malaysia adalah agah tinggi dan pihak SPRM bagi pendapat dan fikiran saya perlu mempertingkatkan keberkesan dan kecekapan operasinya, membaiki imejnya yang agah tidak diyakini oleh sesetengah komuniti Malaysia kerana sebab yang saudara sedia maklum iaitu antara lain yang agah jelas terlihat oleh sesetengah komuniti Malaysia,bahawa pihak SPRM dalam melakukan penguatkuasaan undang-undang telah memperlihatkan perilaku atau episod yang menyebabkan terbentuknya persepsi negatif dikalangan sesetengan masyarakat Malaysia terhadap SPRM.
3. Mengambilkira indeks persepsi rasuah adalah petunjuk yang nyata, ada pendapat yang dilontarkan diluar sana bahawa sebenarnya kita mengalami krisis integrity yang perlu ditangani dengan segara bukan sahaja oleh SPRM, bahkan komunit adalah dituntut untuk membantu menanganu isu ini.
4. Sehubungan, bagi pendapat saya adalah lebih teratur dan lebih bijaksana isu integrity di negara kita dirungkai dan ditangani secara tegas dengan melaksanakan dasar zero toleran terhadap rasuah sebagaimana yang pernah di perkatakn oleh PM kelima sebelum ini.
5. Mana-mana personal yang memiliki imej yang masih tertakluk kepada beberapa bersoalan akauntabiliti atau krisis integrity, tindakan susulan perlulah dipergiatkan oleh pihak SPRM kerana dengan cara ini saya percaya krisis keyakinan yang dihadapi oleh rakyat terhadap pihak SPRM akan dapat dipulikan. BUKAN kah begitu saudara Suara Bebas Tuaran ?
July 1, 2009 10:41 AM
Sdra msg1borneo,
Dalam kes ‘pertaining to corruption’ ini ada lah amat susah untuk di tangani.
Sejauh mana kuat sekali pun badan pencegah rasuah kita, namun dalam realiti nya, ia akan terlepas pandang juga.
Kadang-kadang kita kena faham juga bilangan kes yang berlaku versus bilangan jentera SPRM ada lah tidak selari.
So secara rasional nya, kita kena akur bahawa kes ini tidak semudah itu untuk di hentikan. Kita mungkin hanya dapat ‘slow down’ process perjalanan nya.
Now, sdra ada theori untuk membenteras gejala rasuah ini dengan menanam nilai-nilai murni dan integrity dengan melaksanakan dasar zero tolerance terhadap rasuah sebagaimana yang pernah di perkatakan oleh PM kelima sebelum ini.
Rasa nya theori-theori saperti ini perlu kan ‘total commitment’ dari segenap rakyat. However, negara kita ini maseh lagi kurang stabil ekonomi nya. Apa lagi masa kini kita menghadapi ‘recession’.
Maksud nya selagi rakyat kita perlu kan wang selagi itu gejala ini akan berlaku ‘with or without integrity’. Kerana itu ada lah norma nya. Saperti yang berlaku di merata-rata dunia ini.
Kes gejala rasuah ini bukan sahaja complex tetapi telah di terima sebagai satu fenomena di mana-mana di dunia itu.
So, kita bertawakal sahaja lah agar usaha SPRM ini dapat juga mengurangkan aktiviti ini di Malaysia.
Post a Comment