
Peluasan pemakaian Akta pemberi pinjaman wang 1951 (Akta 400) dan peraturan peraturannya ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada Januari 1, 2008, maka Ordinan Pemberi pinjaman wang negeri Sabah Cap.81 1901 telah dimansuhkan, supaya cara pentadbiran aktiviti pemberi pinjaman wang dinegeri ini terus diseragamkan sepertimana yang diamalkan di Semenanjong Malaysia.
Sumber: Sabah Daily
- Untuk menjayakan Akta tersebut supaya berjalan dengan lancar nya di Sabah, satu bengkel selama lima hari itu telah dijalankan.
Ia nya telah dihadiri kira kira 67 Pegawai yang mana terdiri daripada para Pegawai Daerah (DO) diseluruh Sabah termasuk para Pegawai Dewan Bandaraya, Perbandaran dan Majlis Daerah. - Manakala seramai 101 Pegawai disemua daerah daerah di Sabah telah juga dilantik sebagai Pegawai Pemeriksa (Inspektor) yang bertindak menjalankan aktiviti aktiviti penguatkuasaan.
- Menurut Pembantu Menteri Kewangan Sabah Donald Peter Mojuntin, tujuan bengkel ini adalah membekalkan para pegawai yang terlibat, beberapa kaedah yang akan digunapakai oleh mereka yang bukan sahaja tahu tentang tatacara penyiasatan keatas setiap aduan, tetapi lain lain tugas termasuk pendakwaan di Mahkamah.
- Justeru itu katanya lagi, kerajaan tidak mahu para peminjam yang kurang berpengetahuan teraniaya dan dieksploitasi oleh pemberi pinjaman wang yang tidak bertanggung jawab dan tidak berperikemanusiaan terutamanya ‘Along’.
- “ Kita mahu sedarkan masyarakat sekeliling kita bahawa sekali pun mereka berada dalam kesempitan kewangan…jangan sekali kali terus terpedaya dan terperangkap dengan cengkaman ‘Along’…maka itu kita benarkan juga perkhidmatan peminjam wang berlesen sepertimana dalam Akta 400,” tegasnya.



July 25, 2009 12:46 PM
Salam..
Pemimjam Wang berlesen juga mengenakan bunga aatau faedah yang tinggi kepada peminjam..ada yang mengenakan faedah sekitar 10-25 %/.Sepatutnya kerajaan menetapkan kadar faedah yg boleh dikenakan kepada peminjam.
Selain itu syarikat peminjam berlesen ini turut memegang kad bank peminjam sebagai langkah memunggut balik wang mereka..Mengikut akta bank..bolehkan kad bank di pegang oleh mereka?
Hal ini perlu diberikan perhatian. sekian.
July 25, 2009 6:49 PM
Wsalam sdri Kelapa Mawar,
Thanks kerana lawatan dan komen.
Dalam soal pinjam meminjam dengan agensi Peminjam Wang berlesen, saya kurang mahir, kerana saya belum pernah ada pengalaman.
Walau macam mana pun saya pernah juga mendengar persoalan yang sdri nyatakan itu dari kawan-kawan yang pernah merasa
Selalu nya hal-hal saperti ini, tidak di lapurkan oleh peminjam atas beberapa sebab peribadi.
So semua nya menjadi 'silent'.
Harapan kita, Pegawai-Pegawai Daerah yang di kursus itu akan turun padang dan dapat melaksanakan tugas pemantauan. Seterus nya dapat membantu untuk menyelesaikan
perkara yang tidak sepatut nya.
Sejauh mana keberkesanan bantuan itu kita kena tunggu juga.
Salam kembali dari saya
Post a Comment