

Menurut sumber yang saya dapati dari website PKR, Media Prima dan akbar-akbar utama di Malaysia kini, di larang melaporkan sebarang komen atau pun pandangan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai kematian Teoh Beng Hock dan SPRM. Hanya komen BN dan pehak rasmi di benarkan untuk disiar.
- Menurut sumber tersebut, dalam tempoh beberapa hari lalu, perkembangan berikut berlaku di stesen-stesen televisyen milik Media Prima dan akhbar-akhbar utama:
TV3, NTV7 dan 8TV diarah untuk tidak melaporkan sebarang komen/pandangan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai kematian Teoh Beng Hock dan SPRM. Hanya komen BN dan pihak rasmi dibenar untuk disiarkan. - Disamping itu, dikatakan bahawa Penerbit Berita Inggeris NTV7 diarah untuk memalsukan hasil tinjauan orang ramai ketika siaran berita stesen itu pada 21 Julai. Soalan berbunyi “Adakah Pakatan Rakyat telah mengeksploitasi isu Beng Huat. 88 peratus responden menjawab TIDAK. Hanya 12 peratus yang menjawab YA.
- Namun arahan “atas” memaksa penerbit untuk mengumumkan bahawa 56 peratus daripada responden kononnya menjawab YA.
- Selanjut nya, Penerbit berita Saluran 8 atu 8TV dibidas oleh pihak “atasan” kerana menyiarkan visual polis menggunakan kekerasan ke atas orang ramai yang berkumpul sebagai tanda simpati terhadap Beng Hock depan pejabat SPRM Selangor Jumaat lalu.
- Selain dari itu, RTM, TV3,NTV7, 8TV, RTM juga diarah untuk tidak menyiarkan sebarang berita mengenai istana Khir Toyo atau mengaitkan isu itu kepada pemborosan Barisan Nasional, mahupun keengganan SPRM menyiasat mantan Menteri Besar Selangor itu.
- -Semua suratkhabar diarah untuk tidak membesar-besarkan persoalan mengenai peranan SPRM dalam kematian Beng Hock.
- Seterus nya sumber tersebut menyatakan, akhbar Cina khususnya diberi arahan untuk tidak “lebih-lebih’ dalam menyiarkan laporan mengenai kematian Beng Hock dan taktik-taktik yang digunakan SPRM.
- Akibatnya Akhbar Sin Chew terpaksa menarik balik berita pada saat terakhir yang mengupas cubaan Berita Harian untuk menjadikan kontrovesi kematian Beng Hock sebagai isu perkauman.
- Dilapurkan juga bahawa minggu lalu, seorang penolong pengarang NTV7 Florence Looi diturunkan pangkat setelah beliau meminta seorang tamu di rancangan yang dikendalikannya untuk menilai prestasi Najib selepas 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri. Tamu berkenaan memberikan markah C atau D kepada Najib, yang jelas tidak menggembirakan pejabat Perdana Menteri.
- menurut sumber tersebut, semua perkembangan ini adalah lanjutan daripada arahan yang diterima oleh pengarang-pengarang media sebelum ini, sejurus selepas Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara dan berjanji untuk mendokong kebebasan media.
- Arahan itu termasuk memastikan semua media memberi keutamaan untuk membuat liputan majlis-majlis Rosmah Mansor, isteri Najib.
- Arahan istimewa diberi kepada TV3, iaitu berita Rosmah harus disiarkan sebagai antara berita utama dan terawal dalam Buletin Utama 8 malam.
- “Must cover, Must use,(Mesti diberi liputan, mesti disiarkan)” itulah arahan yang diterima oleh Meja Berita TV3 bersabit majlis-majlis Rosmah.
- Jelas, manipulasi berita malah fitnah yang mewarnai media arus perdana sekian lama berterusan, malah bertambah serius di bawah Najib. Beliau memberi kuasa kepada Datuk Ahmad Talib untuk menguruskan semua kandungan berita di stesen-stesen televisyen TV3,NTV7, TV8 dan akhbar NST dan Berita Harian.
- Pelantikan itu disusuli dengan rombakan besar-besaran yang menyaksikan pengarang-pengarang kanan seperti Datuk Kamarulzaman Zainal diberhentikan. Begitu juga dengan Pengarang NTV7, Mohsin Abdullah. Pengarah Berita TV3, Wee Your Lee pula dipindahkan ke jabatan lain.
- Ahmad Talib membawa masuk konco-konconya seperti Asraf Abdullah, Manja Ismail dan Ahiruddin Atan untuk memastikan berita yang disajikan kepada rakyat setiap malam di televisyen dan menerusi akhbar, adalah mengikut rentak pentadbiran Najib.
- Semuanya tentu dibuat atas nama “kebebasan media” yang dicanang oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib.
Sumber: TV Ankara



July 23, 2009 2:00 AM
salam.. tutup sahaja semua stesen TV..tidak perlu lagi ada larangan.
July 23, 2009 11:02 AM
salam...
sa tuju aku sadangan saudara musram itu...
Tapi saya mau tambah lah...tidak takut kah kena bomoh....bahaya tau...
Era Mahathir da start da...jangan heran pula mukriz jadi PM ....tidak mustahil...dunia...dunia...
July 23, 2009 3:04 PM
Salam..
Di Malaysia ni semua dipolitikkan..ekonomi dipolitikkan,pendidikan di politikkan,kesihatan dipolitikkan, pembangunan luar bandar dipolitikkan, perancangan sosial dipolitikkan, perpaduan ummah dipolitikkan,,pendek kata semua dipolitikkan...termasuklah media massa..
July 23, 2009 5:30 PM
bukaan beluang media diki lagi.
July 23, 2009 8:18 PM
Thanks Sdra-sdra mrakunman, SI RENGGIT,DEPU-DEPU dan Azrone.
Dalam isu ini, saya sendiri pun tidak dapat memberi komen yang luas kerana kekurangan fakta.
Seada nya kita sama-sama lah menghayati nya sekadar untuk informasi tambahan.
Salam semoga kalian success
Post a Comment