SUARA BEBAS TUARAN

BERNAS SUDAH DILELONG DAN DI BELI OLEH SYARIKAT DARI CHINA

Labels: , ,

Pengarah Urusan Bernas Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Baru-baru in sahabat blogger saya Sabah Kita telah menulis perkara yang hampir sama. Dalam artikel , beliau menyatakan betapa kronik nya situasi pembekalan beras di negara kita. Dalam arti kata yang lain, kuasa pembekalan beras negara bukan lagi dalam bidang kuasa kita.
  • Saperti Sabah Kita . saya juga terkilan bila terbaca berita yang di siarkan oleh Reuter berbunyi begini; "A private Hong Kong investment firm Wang Tak Co Ltd has emerged as the single largest shareholder in Malaysian rice monopoly Padiberas Nasional Bhd (Bernas), holding 31.3 percent, according to stock exchange documents”.
  • Dengan itu, negara telah hampir kehilangan organisasi sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan strategik terhadap negara, kepentingan semua pihak yang berkepentingan yang terdiri daripada petani, pengilang, pemborong, pengguna dan kehilangan pengusaan terhadap industri strategik ini.
  • Saperti yang di lapurkan,firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Bhd (Bernas).
  • Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, minggu ini, Wang Tak Co telah menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.
  • Peratusan itu mengatasi pemegang saham tunggal terbesar Bernas sebelum ini, iaitu Budaya Generasi (M) Sdn Bhd yang hanya menguasai 144.83 juta saham atau 30.79 peratus.
  • Penguasaan langsung Serba Etika Sdn Bhd, iaitu pemegang saham ketiga terbesar Bernas, pula susut daripada 29.829 juta saham atau 6.39 peratus pada 22 April lalu kepada 28.329 saham atau 6.02 peratus ketika ini.
  • Pada masa sama, penguasaan langsung pemegang saham keempat terbesar Bernas, Lembaga Tabung Haji, susut daripada 29.337 juta saham atau 6.24 peratus pada 22 April lalu kepada 28.726 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini.
  • Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, ialah individu yang mempunyai kepentingan utama dalam Budaya Generasi dan Serba Etika.
  • Nampak nya ‘Periuk Nasi’ rakyat kini dikuasai oleh kapitalis asing dari Hong Kong. Ini isu penting jika di banyak negara lain, isu sebesar ini sudah tentu akan ada Menteri yang akan bertanggungjawab termasuk akan meletakkan jawatan.
  • Kadang-kadang timbul juga persoalan kita; kenapa ini dibenarkan berlaku ? Selain dari BERNAS, ada kah lagi lain sector ekonomi negara kita yang tergadai kepada kapitalis asing ?
  • Kenapa kah hal saperti ini tidak di tangani dengan menghidup kembali agensi ‘people friendly’ saperti Lembaga Padi Negara (LPN) atau di Sabah Lembaga Padi Sabah (LPS)? Kenapa?
  • Sama-sama lah kita fikirkan.
    Info maklumat: Sabah Kita, Suara Keadilan
7 comments:

Inilah sisa sisa dasar penswastaan syarikat yang tak terkawal.Malaysia ni tak serik serik dengan balunan "SOROS"


copotinSelaku anak pesawah saya amat kecewa dengan perkembangan ini. Biarpun Bernas bukan mewakli pesawah yang jual padi kerana Bernas hanya jual beras, sekurang-kurangnya ada juga syarikat yang menjalankan urus niaga hasil titik peluh anak pak tani.


aura biru,
komen yang bernas. Terima kaseh

Sdra Azrone,
Saya setuju dan turut simpati. Namun, kita kena bagi ruang kepada kerajaan untuk memperbaiki isu yang dipersoalkan ini.


Saudara Suara Bebas Tuaran, berdasarkan maklumat yang saya updated sehingga 31 Julai 2009, Industri padi negara adalah dikawal sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

2.BERNAS sebagai sebuah syarikat yang terlibat dalam industri beras bukannya merupakan isu yang perlu dibimbangkan.

3.Pengurusan dasar mengenai industri beras negara khususnya di Sabah ada isu yang perlu dirungkai dan ditangani. Sehubungan, sebelum saya melanjutkan ulasan ini saya mohon kepada saudara Bebas Tuaran dan saudara Sabah Kita yang mungkin ada terlibat membuat kajian dalam industri ini untuk memberi statistik berapa jumlah saiz keluaran beras di Negeri Sabah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke9 dan berapa jumlah kos perbelanjaan bagi mengeluarkannya dan berapa jumlah kos khas untuk subsidi. Berapa jumlah metrik tan beras yang boleh dibeli atau diimport dengan jumlah kos yang diperuntukan untuk membiayai subsidi. Bolehkah jumlah peruntukan untuk membiayai subsidi padi itu diperincikan butir-butir justifikasi maksud perbelanjaannya dan daripada setiap peratus butiran perbelanjaan berapa peratus sebetulnya yang diterima oleh petani padi dan dari jumlah sebenar peratus subsidi yang para petani terima adakah ianya mengubah status sosio-ekonmomi para petani? Bersetujukah saudara dengan pendapat bahawa pengurusan subsidi padi khasnya dan lain-lain amnya ada isu yang perlu dirungkai dan ditangani jika konsep ingin mendahulukan rakyat direalisasikan dalam konsep 1Malaysia ?


Sdra 1Semporna,
saperti biasa salam dan thanks kerana komen yang bernas.
first, setakat ini saya tiada kajian lanjutan atau pun stastik sapertimana yang sdra perlu.

Secara jujur nya, hal-hal saperti ini luar bidang kebiasan saya.Mungkin sdra Sabah Kita boleh membantu.

Cuma bila sdra kata kan isu BERNAS ini tidak perlu di bimbangkan; membuat saya terfikir, dari sudut mana pula hal ini tidak di bimbangkan?

kalau di pandang dari sudut patriotic dan politik negara, kita seharus nya perlu bimbang dan risau bila mana negara lain saperti China dah mula mengambil alih hak milik perniagaan Negara kita.

Saya percaya, dalam hal-hal serius yang melibatkan maruah saperti ini; Sabah akan terlibat secara lansung atau pun tidak lansung.

Dari apa yang kita lihat, ada petanda bahawa kerajaan ter-'overlooked' hal saperti ini kah atau pun memang sengaja ? Means ia nya sepatut nya terkawal jadi nya tidak terkawal? kenapa?

Apa kah hal saperti ini salah satu daripada agenda kerajaan BN untuk mengujudkan 1Malaysia; "one for all and all for one." atau "what is yours is mine. But what is mine is not your?".

Selain dari BERNAS entah berapa lagi agensi lain yang telah di lelongkan kepada syarikat 'Along kelas atas' negara lain?

Fikir-fikirkan lah


1.Saudara Suara Bebas Tuaran, Utusan Online hari ini melaporkan bahawa "Syarikat bumiputera bakal pegang 70% ekuiti Bernas.

2.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata:-

2.1.Sebuah syarikat bumiputera akan mengambil alih ekuiti saham Syarikat Padi dan Beras Nasional (Bernas) menerusi pegangan ekuiti sehingga 70 peratus.

2.2.Urusan pengambilalihan saham oleh syarikat bumiputera itu kini berada pada peringkat akhir perbincangan termasuk pemilikan saham syarikat Hong Kong yang menguasai 31 peratus ekuiti sebelum ini.

2.3."Bukan mudah syarikat asing mahu menguasai ekuiti syarikat tempatan termasuk menduduki Lembaga Pengarah Bernas kerana aktivitinya turut dikawal oleh kerajaan,'' katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Merbok di Sungai Petani Inn di sini hari ini.

2.4.Perkembangan terbaru itu menjadikan Bernas yang sahamnya turut dimiliki kerajaan menerusi Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian, tidak boleh dikuasai warga asing bersesuaian dengan dasar ditetapkan kerajaan.

2.5.Apa juga dasar yang dibuat oleh Bernas itu mestilah mendapat kelulusan kerajaan terlebih dahulu.

2.6.Urusan membeli balik saham tersebut telah dimulakan sejak dua tahun lalu.

3.Sebelum ini sebuah syarikat dari Hong Kong dilaporkan menguasai saham Bernas sebanyak 31 peratus dan perkembangan itu menimbulkan kebimbangan mengenai ekuiti syarikat nasional itu.

4.Sehubungan, ulasan ISemporna sebelumnya yang berbunyi "Saudara Suara Bebas Tuaran, berdasarkan maklumat yang saya updated sehingga 31 Julai 2009, Industri padi negara adalah dikawal sepenuhnya oleh pihak kerajaan." adalah tepat. Bukankah begitu Suara Bebas Tuaran ?


Sdra 1semporna,
Thanks, kerana telah memberi 'updated' info mengenai ekuiti yang bumiputera pegang atau ambil alih setakat ini.

Saya tidak mempersoal ketepatan ulasan sdra tetang usaha kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat dalam sektor 'permakanan' termasuk BERNAS.

Namun, sekali kesilapan berlaku, maka nya bukan mudah untuk mengikiskan keraguan kita di masa akan datang. Apa lagi bilamana memikirkan bahawa Najib telah membuka beberapa sektor industri keperdagangan bebas atau 'public listed'.

Tidak heran kalau perkara saperti ini akan berlaku lagi di masa akan datang.

Kita belum pasti beberapa items penting dalam 'commodity' negara yang telah dilelong kepada syarikat luar negara dalam proses market terbuka?
Mungkin sdra 1semporna boleh membantu?


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails