

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan perlu mewujudkan satu daya tarikan dalam suasana kerja di Malaysia agar golongan profesional memilih untuk berkhidmat di negara sendiri dan bukannya di seberang laut.
Sumber: BERNAMA
- Perdana Menteri berkata satu daripada sebab kenapa golongan profesional Malaysia kurang berminat bekerja di negara sendiri ialah pendapatan yang agak rendah di Malaysia berbanding dengan di luar negara.
- "Ianya bukan kerana tidak adanya 'Semangat Malaysia', tetapi semata-mata kerana kita kurang kompetitif daripada segi gaji yang kita tawarkan kepada golongan profesional.
- "Ini adalah satu daripada tumpuan yang akan diberikan dalam model ekonomi baru kita," katanya pada satu sesi dialog di sini pada Isnin dengan sekumpulan profesional dari Malaysia dan wakil syarikat-syarikat Malaysia yang bekerja di Abu Dhabi dan Dubai.
- Najib berkata usaha menjadikan Malaysia sebuah negara berasaskan ilmu dan berinovasi akan terjejas tanpa cerdik pandai daripada kalangan rakyat sendiri.
- Beliau berkata langkah yang akan diambil oleh kerajaan perlu menarik minat bukan saja rakyat Malaysia yang berbakat tetapi juga golongan profesional luar negara.
- "Terdapat aliran negatif, iaitu lebih ramai rakyat Malaysia lebih gemar bekerja di luar negara jika mereka diberi peluang. Kita perlu kurangkannya supaya kecenderungan ini menjurus kepada memikat mereka untuk bekerja di Malaysia," kata Perdana Menteri.
- Beliau berkata walau apapun keadaannya, akan ada rakyat Malaysia yang memilih bekerja di luar negara tetapi yang penting ialah mewujudkan suasana bekerja di Malaysia supaya menjadi menarik.



Post a Comment