


Konflik antara agama dan kaum tidak boleh dibiarkan berlarutan sehingga menimbulkan perbalahan dan mengancam kesejahteraan rakyat Malaysia, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata masalah itu yang wujud antara dunia Islam dan Barat belum nampak ada jalan penyelesaian atau sekurang-kurangnya persefahaman antara dua pihak."Kita faham bahawa perbalahan di kalangan umat Islam telah membawa kepada kelemahan. Kelemahan perpaduan bakal menjadi penghalang kepada kemajuan dan muafakat untuk sama-sama mencari penyelesaian kepada konflik yang berlaku di beberapa negara Islam pada waktu ini," katanya.Abdullah berkata dunia sekarang berada dalam pelbagai konflik yang berkaitan dengan agama dan kaum, di samping berkaitan dengan ekonomi, wabak penyakit, krisis makanan serta perubahan iklim global."Keadaan ini memerlukan kerjasama dan muafakat semua negara untuk menghadapi dan menyelesaikannya demi masa depan dunia dan manusia," katanya.Abdullah berkata orang Islam abad sekarang sudah mula menyedari kedudukan mereka pada hari ini di mana agama Islam dipandang rendah disebabkan kemunduran dan pandangan orang Kristian Barat terhadap orang Islam sebagai pengikut agama yang mengacau, merusuh dan menjadi ancaman kepada dunia."Kesedaran ini telah membawa kesedaran kepada orang Islam serta melahirkan azam baru untuk membela kedudukan dan nasib orang Islam," katanya.Beliau berkata sehubungan itu, konsep Islam Hadhari boleh diamalkan sebagai satu pendekatan yang boleh mencapai keamanan dan persefahaman."Ini kerana pendekatan (Islam Hadhari) yang digunakan mengutamakan penerimaan nilai-nilai yang universal dan tidak langsung bertentangan dengan akidah Islam dan juga nilai-nilai agama yang lain," katanyaSumber:
mStar
July 22, 2009 10:49 AM
salam?
betul jugak kan? dengan krisis dan isu penyakit2 tan sekarang ni..ndak wajar lah konflik agama dan kaum lagi menjadi2..semua pihak kena muhasabah diri lah..terutama di Malaysia ni jgn kerana kepentingan politik pemimpin terutama pakatan snggup menimbulkan isu2 memecahbelahkan perpaduan...demostrasi ndak habis2 bagus la d org tinggal jak d tepi jalan rasa mcm mana susah teda rumah..uh uh mcm terlebih sudah sya ini. k mr solymone keep in touch
July 22, 2009 12:52 PM
Salam, tkini dr http://ustazsaid.blogspot.com/2009/07/imam-sabah-sertai-dap.html
July 22, 2009 11:03 PM
Thanks Mawar,
Rasa nya apa yang mawar komen itu memang betul juga tidak kira siapa saja lah di Malaysia ini, patut mengamati seruan Pak Lah tu dengan serius.
Ustaz,
Saya telah lawat blog Ustaz dan membaca kes yang melibatkan Imam join parti DAP ni.
Namun untuk sementara waktu, perlu juga kita bedah siasat atau dengar dulu alasan Imam tersebut.
sebelum memberi ulasan yang serius.
Semesti nya ada sesuatu yang membuat beliau melakukan hal ini.
Pasti nya bukan setakat gila kan kuasa, harta dan wang.
Thanks Ustaz, saperti Mawar kehadiran dan komen kamu selalu di hargai.
Post a Comment