SUARA BEBAS TUARAN

PR mohon mengadap Seri Paduka Baginda YDP AGONG.

Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat memutuskan antaranya memohon kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan Dato Seri Anwar Ibrahim bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang mengadap Seri Paduka Baginda.
  • Permohonan untuk mengadap YDPA tersebut ada lah untuk menzahirkan kebimbangan Pakatan Rakyat kerana Suruhanjaya DiRaja gagal menjadi wahana serius menangani permasalahan berbangkit.
  • Menurut sumber, kegagalan sebegini memperlihatkan peranan Suruhanjaya DiRaja dengan sengaja diremehkan dan penggunaan nama Di Raja diperalatkan hanya untuk menutup kebobrokan yang berlaku.
  • Selain dari itu, Pakatan Rakya juga memhon satu pertemuan segera diadakan di antara Dato Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Hadi dan Sdr Lim Kit Siang dengan Dato’ Sri Najib Razak juga disampaikan kepada pejabat PM.
  • Dinyatakan juga ketidakpuasan hati rakyat semakin hari semakin memuncak, terutamanya, apabila acapkali dikecewakan dengan penjelasan yang seumpama melepas batuk di tangga.
    Jusrtu itu, Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan pertemuan ini bagi membincangkan beberapa perkara yang mendesak kerana ianya membabitkan integriti beberapa institusi kenegaraan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia(PDRM).
  • Pertemuan itu juga, dijangka akan membincangkan kontroversi kematian mendiang Teoh Beng Hock dan bidangkuasa suruhanjaya yang terbatas. Turut disentuh di dalam surat kepada Perdana Menteri ialah, adanya pembabitan agensi kerajaan untuk menggugat kestabilan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
  • Hasrat untuk bertemu Dato’ Sri Najib juga adalah untuk menuntut agar tempoh perkhidmatan Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan, terutamanya apabila nama beliau dikaitkan dengan kongsi gelap pelbagai skandal seumpama pembelian Eurocopter.
  • Manakala selari dengan kehendak rakyat dan perkembangan semasa, adalah wajar untuk negara ini memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA).
Sumber: Suara Keadilan
2 comments:

Salam sdr..

Banyak kes yang melanda tanah air sejak akhir-akhir ni menjadi satu 'dosa' kepada BN..Pakatan Rakyat menganggap kes-kes ini dan yang lama sebagai natijah kerana BN masih memerintah...Betulkah?

sedangkan Kerajaan negeri yg diperintah Pakatan juga turut menghadapi masalah berat yg membabitkan kepentingan rakyat..Jadi, kenapa Pakatan menjadi oppptunis dalam keadaan ini?

Sebagai pembangkang yang dilihat oleh rakyat sebagai check and balance kp krajaan..sepatutnya Pakatan membiarkan kedaulatan undang2 mengambil peranan...

Jangan seperti marahkan nyamuk kelambu dan tilam di bakar...nak kan gajah, buang gadingnya...


Sdri Kelapa Mawar Salam,
Pada pendapat saya, tidak kira BN atau Pakatan, apa yang penting dalam menangani kes saperti baru-baru ini ia lah ketelusan dan kejujuran.

Justru kegagalan menangani hal saperti ini dengan telus ( banyak hidden agenda), maka ini lah jadi nya politician mengambil peluang untuk berlagak sebagai hero.

Walhal mereka yang benar-benar terasa sakit nya ada lah rakyat yang terlibat secara lansung.

Ini lah nama nya asam garam dunia politik. Entah betul, entah tidak tindakan mereka, sama-sama lah kita memikirkan nya.

Kerana kes ini dah hampir-hampir menjadi kalut lagi kelam kabut; siapa bakar kelambu siapa pun dah susah untuk di tentukan.

Thanks


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails