
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baru dilantik, Datuk R. Ganesan hari ini berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.
Sumber: mStar Online, BERNAMA
- Beliau berkata, tindakan ADUN Tronoh, V. Sivakumar memanggil persidangan itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.
- Bercakap kepada pemberita di sini, Ganesan berkata, Sivakumar masih mahu "menyamar" dan bertindak sebagai Yang Dipertua dengan memanggil sidang sedangkan DUN tidak pun bercadang untuk mengadakan persidangan pada tarikh berkenaan.
- Semalam, Ganesan membuat laporan polis meminta siasatan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap Sivakumar berhubung perkara berkenaan.
- Beliau berkata, ADUN Tronoh itu tidak mempunyai kuasa untuk memanggil sidang DUN dan usaha yang dibuatnya itu adalah tindakan yang bertujuan mahu mewujudkan keadaan tidak stabil dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.
- ADUN pembangkang daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah mencuba mengadakan persidangan Dewan pada Mac lalu tetapi tidak dibenarkan masuk ke dewan dan akhirnya 28 ADUN terbabit mengadakan persidangan di kawasan lapang berhampiran dan episod itu dikenali sebagai "Sidang DUN bawah pokok".
- Ganesan menjelaskan bahawa mengikut peruntukan Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut kuasa memanggil sidang DUN adalah kuasa mutlak Sultan Perak.
- Beliau berkata tindakan Sivakumar memanggil sidang DUN tanpa mendapat perkenan Sultan Perak boleh dianggap sebagai sebagai "rampasan kuasa" dan merupakan penghinaan serta penderhakaan kepada institusi diraja Perak.
- Ganesan berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengikut peruntukan Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Sivakumar atau pihak terbabit dalam "sidang DUN" pada Rabu ini.



August 30, 2009 9:05 AM
SALAM SDR sOLYMONE..
Isu ini hampir2 dilupakan sudah kerana keputusan Mahkamah rayuan yg mengiktiraf Dr.Zamry sbg MB..namun di peringkat nasional isu ini reda tapi di Perak isu ini masih panas...seakan tidak membawa penyelesaian..
Seperti jugapendapat yg lain saya merasakan DUN perak perlu dibubarkan utk mewujudkan satu situasi politik yg matang dan selesa. Biarkan rakyat menentukan segala-galanya. Kembalikan kepda semangat demokrasi yg dilaung2kan..
Jika tidak isu akan berlarutan dan akan tetap menjadi isu PRU-13 akan datang..BN akan lebih parah nanti..wassalam.Semoga sdr sukses .
August 30, 2009 9:48 AM
salam Ziarah sdr Solymone..
Terima kasih atas koemn sdr di blog saya..semoga sdr sentiasa diberikan kekuatan untuk terus memberikan pandangan terutama kepada kami..di KB ni..
bagi saya masalah politik yg berlaku di perak ini susah diselesaikan..kerana tidak ada orang tengah yg bertindak utk meredakannya.
S.Sivakumar akan terus beranggapan bahawa dia adalah speaker dewan yg sah..begitu juga sebaliknya.
Jika tidak ada kesediaan utk membubarkan dewan..perbincangan utk menubuhkan satu kerajaan Campuran boleh difikirkan..kerana kedudukan kerusi BN dan Pakatan pun tidak terlalu jauh bezanya..mungkin dgn cara ini akan dilihat seperti win-win..
sekian.
August 30, 2009 7:02 PM
Sdra-sdri DEPU-DEPU, Kelapa Mawar,
Saperti kalian, saya juga merasakan ada yang tidak kena di negeri ini.
Rasa nya, ini lah masaalah nya kalau sesebuah parti itu hanya mampu memperolihi 'simple majority'.
Bila ada perlompatan, ini lah jadi nya.Bertukar kerajaan..
kalu tiada penyelesaian sampai PRU13 pun bergelutan politik senentiasa terjadi.
Entah sampai bila lah selesai hal ini? rakyat juga yang susah
Salam dan semuga kalian sukses
Post a Comment