SUARA BEBAS TUARAN

Lawatan sambil belajar tinjau 'istana' Khir Toyo berakhir dengan demo


Lawatan sambil belajar anjuran Ahli Dewan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim meninjau banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7 di sini pagi tadi berakhir dengan demonstrasi.
  • Rombongan yang disertai 40 pengundi dari kawasan Sekinchan dan Sungai Panjang tiba di banglo Dr. Khir kira-kira pukul 10.40 pagi dengan sebuah bas persiaran.
  • Mereka menghabiskan masa kira-kira sejam untuk meninjau lebih dekat banglo itu yang telah mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bernilai RM24 juta.
  • "Setiap seorang daripada kami membayar sebanyak RM50 bagi menyertai rombongan ini bagi melihat sendiri istana luar biasa bernilai RM24 juta ini.
  • "Ini adalah inisiatif penduduk untuk lawat dan melihat dengan mata mereka sendiri betapa besarnya rumah pemimpin mereka," kata Ng kepada media dalam lawatannya itu.
  • Bagaimanapun rombongan tersebut tidak dibenarkan masuk ke kawasan banglo berkenaan kerana dihalang pengawal keselamatan.
  • Kehadiran mereka turut membawa kain rentang yang tertera 'lawatan sambil belajar ke istana KT yang luar biasa dan menakjubkan' sambil merakamkan gambar kenangan di luar banglo itu sebelum beredar sejam kemudian.
  • Dalam pada itu, Ng juga berkata, beliau akan mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menyenaraikan 'istana' berkenaan sebagai salah satu tempat lawatan kepada pelancong.
  • Ng yang dilantik sebagai ejen bagi menjual banglo berkenaan berkata, sehingga kini beliau menerima beberapa maklum balas daripada beberapa pembeli yang berminat.
  • Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kecewa kerana salah seoarang daripada pembeli yang berminat itu telah datang sebanyak dua kali untuk melihat keadaan banglo itu, namun hampa kerana ketiadaan kunci.
  • "Pembeli ini mahu masuk dan tengok sebelum bersetuju dengan tawaran RM24 juta tapi dia (Dr ) tak beri kunci... macam mana saya nak masuk.
  • "Setakat ini ada lima pembeli yang berminat dan berjumpa saya manakala melalui telefon dan SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) lebih daripada 20 orang," katanya sambil meminta Dr. Khir melanjutkan tempoh untuk menjual rumah itu yang akan berakhir 7 Ogos ini.
Sumber: M Star Online
4 comments:

1.Ada pro & con TETAPI cara dan metod yang dipertunjukkan oleh Ahli Dewan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim adalah berbentuk provokatif yang didorong oleh agenda politik yang ekstrem atau keterlaluan yang sudah tidak profesional.

2.Perbuatan yang agah kurang ajar seperti ini sepatutnya jangan terlalu dilayan kerana dikhuatiri ianya akan hanya memberi advantages kepada agenda DAP yang cuba untuk meruntuhkan keutuhan institusi kepimpinan rumpun peribumi.

3. Liputan media yang agah meluas mengenai isu ini sebelumnya sepatutnya sudah memadai bagi membolehkan pihak berkaitan mengambil tindakan pembetulan jika ada isu berbangkit mengenainya. Bukankah begitu saudara Suara Bebas Tuaran ?


Salam sdra SRB,
Orang pernah kata " kalau takut di pukul ombak jangan berumah di tepi pantai...Siapa yang makan lada dia yang kena pedas".

Justru itu, buat lah rumah setakat yang termampu. Selaras dengan gaji Menteri Besar. Atau kalau dulu nya gaji seorang pakar Gigi.

Now, apa jadi? maka ini lah jadi nya? Dengan itu, timbul lah persoalan " siapa kurang ajar siapa?".


salam...

Lama sudah saya tidak berkunjung keblog big brother of blogger nie...Apa khabar saudara solymone....not solomon ye...teringat adik KM kita...

Pada saya satu penulisan dan jwapan yang cukup menarik.... Saya bersetuju dengan pendapat saudara solymone...jemputlah turun ke KB..kami kenduri besar di sini...

Tq


Salam sdra SI RENGIT,
akhir-akhir ini saya agak sebuk dengan commitment yang lain.

Walau macammana pun terima kasih atas kunjungan sdra ke blog saya.
Pasti nya suatu hari terdekat saya akan berkunjung ke KB jua.

Kenduri besar? Ini kes besar, pasti nya ada seseuatu acara yang berlaku di sana.

Thanks, semuga berjaya


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails