SUARA BEBAS TUARAN

Mampu kah UMNO Bahagian Amalkan 3 Budaya Najib Untuk Memantap parti ?

Labels:
Publish Post
Bagi memantapkan semula UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata pemimpin dan ahli parti itu mesti mempraktikkan tiga budaya iaitu;
  1. Mendengar:
    kita kena sentiasa mendengar suara rakyat, rintihan rakyat, sanggup sentiasa di sisi rakyat dan bukannya jauh, bukan sombong tapi merendah diri dan jangan jadi golongan elit.
  2. Berkhidmat:
    Sentiasa memberikan khidmat yang terbaik sepanjang masa. Berkhidmat untuk rakyat, jangan berkhidmat kepada puak kita saja, berkhidmat mesti sepanjang masa, bukan masa dekat pilihan raya, (bila dekat pilihan raya), kepil biodata, harap-harap jadi calon.
    Itu budaya nak jadi calon, rakyat akan menilai kita, kita kena jaga semua orang, yang penting bukan kita tapi parti kita.
  3. Mampu menyelesaikan masalah:
    Jangan (hanya) dengar (masalah), ambil surat tapi tidak selesaikan, jangan biar "bernanah", (setiap) masalah itu yang dikesan mesti diselesaikan
    .
Menurut Perdana Menteri berkata, ketiga-tiga budaya itu penting bagi memastikan Umno terus dapat mempertahankan kedudukannya sebagai parti memerintah dan mendapat sokongan padu daripada rakyat.

Analisis Ringkas Solymone:

  • Rasa nya, 3 amalan budaya yang disyorkan oleh najib itu, tidak lah susah sangat untuk di praktikkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO di peringakat pusat.
  • kerana saperti yang kita tahu, Pentadbiran parti di perengkat pusat cukup dengan mekanisma yang changgih. Disamping bantuan dari tenaga profesional parti yang pakar.
  • Namun, di peringkat bahagian, lain pula cerita nya . Bukan mudah bagi jentera bahagian untuk mengendali pentadbiran yang begitu luas. Dimana, ia nya terpaksa juga membantu menyelaraskan perjalanan parti di peringkat cawangan yang beratus-ratus banyak nya.
  • kadang kala kita terdengar komplen dari pehak cawangan bahawa pemimpin-pemimpin bahagian jarang sekali berhubung dengan mereka untuk membincangkan perjalanan parti di cawangan-cawangan mereka. kecuali bila musim pemilihan AJK Bahagian baru lah mereka muncul di sana sini, kata mereka.
  • Jadi nya, cadangan murni 3 amalan budaya UMNO oleh Datuk Seri Najib itu pasti nya akan menghadapi jalan buntuh, kalau ia nya tidak di laksanakan dengan serius nya oleh segenap pemimpin dari peringkat atas turun ke bawah.

4 comments:

Rakyat Malaysia khususnya yang menganggap dirinya sudah menjadi golongan elit, profesional dan bukan sahaja umno bahagian kena meneliti dan muhasabah diri.

2.Budaya mendengar dan respon sesuai dengan apa yang didengar atau dengan lain perkataan mengurus maklumbalas @ feedback pada umumnya masih lagi bukan budaya rakyat Malaysia. Setujukah ? Akan saya ulasan setelah saudara nyatakan pendirian.


Salam Pak Solymone,
Sebenarnya saya tak nak komen artikel ni..Saya cuma nak cakap "lawa dela tek pak ku tu"..(Gambar Baru)


Sdra masg1borneo, Salam.

Persoalan yang sdra tekan kan terlalu general dan amat luas bagi saya. Maka nya, agak susah juga untuk saya mengenal pasti, isu yang mana satu untuk bahaskan.

Ada kah yang di maksudkan rakyat Malaysia secara menyeluruh ? Rakyat Sabah ? Kaum bumiputera atau pun non-bumiputera?

Sdra pun pasti nya tahu bahawa budaya dan daya pemikiran dikalangan rakyat yang majmuk di Malaysia ini, banyak variasi nya. Complex juga kalau di fikir kan.

Justru itu, saya kurang memahami dari sudut yang mana satu; saya ambil selaku asas penentu pendirian saya?

Oleh itu, sdra kena lebih 'specific', mempersoalkan isu. otherwise sampai tahun depan pun belum selesai huraian kita.

Isu yang di ketengahkan oleh Najib, ada lah lebih mudah. beliau hanya fokus pada UMNO, kumpulan yang lain di kemudiankan.
Fikir-fikirkan lah


Wsalam Anak Buah Abd Maruf,
Ngaun boleh komen ku pan..selain dari terima kasih

Semuga Anak Buah, maju selalu dan dimurahkan rezeki.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails