SUARA BEBAS TUARAN

NGO Melayu Terus Kecam Anwar

Labels: ,

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak digelar pengkhianat kerana usaha beliau untuk menghapuskan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjelaskan lagi sikapnya terhadap nasib dan masa depan orang Melayu.
  • Malah apa yang cuba dilakukan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semata-mata untuk memastikan cita-citanya menjadi seorang Perdana Menteri tercapai meskipun hak keistimewaan orang Melayu terpaksa dikorbankan.
  • Reezal berkata, bibit-bibit pengkhianatan Anwar terhadap orang Melayu muncul ketika beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
  • Sebagai contoh katanya, pada tahun 1997, Anwar telah menaikkan kadar faedah hingga mencecah 24 peratus selain menurunkan tempoh pinjaman tidak berbayar (NPL) daripada enam bulan kepada tiga bulan.
  • Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Helmi Ismail pula berkata, Anwar juga didapati telah mengkhianati Perlembagaan Persekutuan dan wasiat raja-raja Melayu kerana kedua-dua dokumen itu jelas tercatat mengenai kewajipan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu.
  • Mohd. Helmi berkata, beliau mula menyedari pembohongan Anwar sejak menjadi penuntut universiti lagi iaitu ketika pemimpin PKR itu mengetuai gerakan mahasiswa.
  • Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, pemimpin PKR itu telah melakukan sabotaj terhadap orang Melayu terutama dalam konteks ekonomi.
  • Menurut belia, Demonstrasi haram Sabtu lalu merupakan contoh terbaik bagaimana pemimpin PKR itu sengaja mensabotaj ekonomi orang Melayu dan negara.
  • Yang pasti pelabur sudah tentu akan menangguhkan atau membatalkan terus hasrat mereka untuk membuat pelaburan ke negara ini kerana berlaku huru-hara akibat daripada gerakan demonstrasi tersebut,ujarnya.
  • Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Anwar sebagai pencetus dan penyebab terhadap banyak masalah kaum yang timbul di negara ini.
  • Tegas beliau, kaum lain menjadi berani kerana sedar bahawa segala tuntutan mereka itu didalangi dan disokong oleh orang Melayu sendiri iaitu Anwar.
  • Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Tajudin Ahmad berkata, kenyataan Muhyiddin yang melabelkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa Melayu bukanlah dibuat secara emosional.
  • Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia, Azanddin Hamzah pula berkata, tindakan untuk menyaman Muhyiddin itu adalah satu sandiwara politik Anwar yang cuba menutup kelemahan pentadbiran dan kepincangan di Selangor yang banyak melibatkan Exco dan wakil rakyat PKR.
Sumber: Utusan Malaysia Online
2 comments:

Salam sdr..

Apa akan jadi denga politik di negara ini..tuduh menuduh, sama-menyaman dan bermacam-macam lagi tabiat orang politik.

Jangan saja lah gajah sama gajah berjuang pelanduk ditengah-tengah yang terpijak..harap2 tidaklah..


wsalam sdra Depu-Depu,
Itu lah masaalah nya kalau tiada kerja lain selain dari politik.
sehinggakan pada suatu ketika pegawai kerajaan yang boleh membuat kerja digalak kan untuk menceburi politik.

Di lantik AJK lah, macam-macam lagi. sehingga kerja harian pegawai tersebut terganggu.

Kalau di kirakan masa kini, lebih banyak negatif dari positif kerana karena-karena politik yang tidak menentu ini..out of control


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails