SUARA BEBAS TUARAN

' Sabahan Boy' Hadapi 26 Pertuduhan perdagang manusia


Bayangkan seorang 'hero' dari Penampang, Sabah, Chin Fung Chu, 47, telah di dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 26 pertuduhan memperdagang rakyat China bagi maksud eksploitasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
  • Chin didakwa memperdagang seramai 26 rakyat China yang terdiri daripada 17 lelaki dan sembilan wanita berumur antara 15 dan 46 tahun dengan enam daripadanya adalah di bawah umur.
  • Dia didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan Seksyen 14 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
  • Chin telah dihadapkan kepada Hakim Datuk Anita Harun dan Hakim Yong Zarida Sazali.
  • Hakim Anita membenarkan Chin diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin manakala Hakim Yong Zarida menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
  • Chin juga diperintah menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan keduadua mahkamah menetapkan 15 September depan untuk sebutan semula kes.
  • Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Syuhada Alwi dan Timbalan Pendakwa Raya Siti Noorbaya Jamil sementara Chin diwakili peguam J. Ganesan.
  • Walau macammana pun, Chin yang bertugas sebagai pemandu pelancong, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang didakwa dilakukan di tempat letak kereta terbuka, Bangunan AMC di KLIA, pada 4 Ogos lepas.
  • Sumber: Bernama
17 comments:

Kenalah saya Sabahkita komen fasal yg dituduh org Sabah, Judge pula orang Sabah...Komen Sabahkita.. itulah dia PRINSIP DIA... memperdagang bangsa sendiri, dan maruah bangsanya sendiri demi WANG. Semua ini kerana tidak kenal mana HARAM mana HALAL... asal dapat duit TZZZzzzzUUPP.


Pemerdagangan manusia ini merupakan tindakan yang tidak berperikemanusiaan.


Kenakan tindakan setimpal kepada sabahan boy ini kerana memperdagangkan mangsa tersebut. Amat memalukan lagi kerana sanggup memperdangangkan bangsanya sendiri.


Tolonglah menyiasat sama ada Sabahan boy yang didakwa ini adalah orang Sabah sebenar.Ini amat memalukan orang Sabah.


Kegiatan pemerdagangan manusia harus dihentikan dan jika mendapati individu yang disyaki maka siasatan terperinci perlu dilakukan.


Sungguh memalukan perbuatan Chin Fung Chu yang sanggup memperdagang seramai 26 rakyat dari negara China. Memperdagan manusia adalah satu kesalah yang besar. Chin patut dihukum berat jika didapati bersalah.


Sebaik-baiknya, semua orang harus menjauhi diri dari terlibat dalam sebarang aktiviti mendagang manusia.


jika benar dia terlibat dalam pemerdagangan manusia, hukuman berat perlu diberikan. pemerdagangan manusia adalah satu penindasan terhadap hak asasi manusia.


Bayangkan kerana wang sanggup perdagangkan bangsa sendiri. Harap pihak berkuasa dapat menyasat kegiatan pemerdangangan manusia ini dari terus berlaku.


duit menjadi punca manusia hilang pertimbangan.. jangan ada yang terlepas dalam kes ini..


kerajaan negara china perlu memandang serius masalah ini dan menghulurkan kerjasama bagi menangani masalah pemerdagangan manusia memandangkan rakyat china sering menjadi mangsa aktiviti tidak berperikemanusiaan ini.


pemerdagangan manusia ni adalah satu jenayah yng amat kejam dan menindas, jenayah ini perlu dihapuskan hingga ke akar umbi.


Golongan wanita juga perlu didedahkan dengan kes2 sebegini agar mereka lebih arif dalam membuat pertimbangan.


Publisiti harus dijalankan secara terang-terangan agar kes begini tidak akan berulang kembali. Jolokan Sabahan Boy itu sudah cukup memalukan orang Sabah.


sabahan boy? mencemarkan imej sabah...media yang sengaja meletakkan nama sedemikian harus meminta maaf kepada seluruh rakyat sabah..tidak dipastikan sama ada si pesalah benar2 orang sabah atau sebaliknya..jika ya pun, janganlah meletakkan 'sabahan boy'.


pemerdagangan orang perlu diperangi habis-habisan...hak seseorang itu tidak harus dipertikaikan dengan memperhambakan mereka kepada gejala yang tidak bermoral seperti pelacuran.


usaha yang sedia ada harus dipergiatkan lagi oleh pihak berwajib..kempen kesedaran juga harus diteruskan kerana jenayah ini tidak mengenal waktu.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails