
Pergerakan Pemuda MIC bercadang untuk mengadakan demonstrasi secara besar-besaran sekiranya Universiti Malaya (UM) meneruskan hasrat mereka untuk menukar nama Jabatan Pengajian India universiti itu kepada Jabatan Pengajian India dan Asia Selatan.
Sumber: mStar Online
- Setiausahanya, C. Shivarraaj berkata, beliau berharap Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon mempertimbangkan permohonan mereka yang meminta nama jabatan itu dikekalkan.
- Memorandum bantahan yang diserahkan kepada Ghauth hari ini.Sebelum ini, timbul desas-desus yang mengatakan nama Jabatan Pengajian India akan ditukar kepada Jabatan Pengajian India dan Asia Selatan.
- Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan rasa kecewa dan marah di kalangan kaum India kerana jabatan tersebut dianggap sebagai lambang kebudayaan dan bahasa masyarakat India di negara ini.
- Shivarraaj berkata, beliau turut dimaklumkan bahawa kertas cadangan untuk menukar nama jabatan itu telah diusulkan kepada senat. Justeru beliau mahu keputusan segera diambil berhubung perkara itu.
- Shivarraaj berkata, pihaknya turut menuntut supaya jabatan itu diterajui oleh tokoh akademik India kerana hanya kaum India sahaja yang lebih memahami kebudayaan dan bahasa mereka.
- Katanya, pihaknya juga sedia untuk duduk berbincang dan memberi kerjasama kepada UM sekiranya diperlukan.
- Dalam pada itu, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu MIC mahu UM mengekalkan nama Jabatan Pengajian India (ISD), dan sebarang langkah untuk menukar atau menambah namanya akan menyebabkan kesan serius.
- Samy Vellu menggesa Naib Canselor UM mempertimbangkan keputusan beliau untuk menukar nama jabatan itu kepada Jabatan Pengajian India dan Asia Tenggara.



Post a Comment