SUARA BEBAS TUARAN

Polis akan Mendakwa 11 Pemimpin PR Tanpa Dipanggil Hadir Siasatan

Labels:

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata Polis akan meneruskan siasatan untuk mencari mereka yang terlibat termasuk pemimpin-pemimpin yang menjadi dalang dalam demonstrasi haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu.
  • Antara 11 yang dikenal pasti polis menghasut demonstrasi itu termasuk Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.
  • Datuk Ku Chin Wah berkata, polis akan mendakwa mereka yang didapati bersalah terlibat dalam perhimpunan itu tanpa perlu memanggil mereka memberi keterangan.
  • “Kita akan teruskan siasatan dan mendakwa mereka yang menjadi dalang (demonstrasi) termasuk pemimpin-pemimpin secepat mungkin.
  • “Kita akan tuduh mereka yang didapati bersalah menghadiri demonstrasi itu.
  • “Kita tidak payah panggil, kita boleh tuduh sahaja,” katanya kepada mStar Online.
  • Beliau berkata demikian ketika ditanya bila 11 individu termasuk pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dikenal pasti menghasut demonstrasi itu akan dipanggil memberi keterangan.
  • Sabtu lalu, kira-kira 10,000 penyokong Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengadakan perhimpunan dan berarak secara haram untuk menghantar memorandum memansuhkan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong.
  • Berikutan itu, polis menahan 589 individu termasuk beberapa pemimpin Pakatan namun 572 daripadanya telah dibebaskan kelmarin.
  • Semalam, mahkamah membebaskan Sivarasa dengan jaminan polis sementara 29 orang didakwa kerana menyertai perhimpunan tanpa permit itu.
Sumber; mStar Online
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails