SUARA BEBAS TUARAN

' SABAH BARU' MASEH KU TUNGGU

Labels:
Analisis Solymone
Cerita Dari Sabah, Negeri kita ‘Bagus Bah’
Kalau di fikirkan memang benar juga kata Ketua Menteri Sabah, Datu Seri Musa Aman, kita sepatut nya menumpukan perhatian kita pada pembangunan dari pada berpolitik yang tidak ketantuan.
  • Cuma masaalah nya pembangunan yang beliau maksudkan pada realiti nya tidak jelas. Bukan untuk semua golongan rakyat. Pembangunan di maksudkan hanya ujud di kalangan mereka-mereka yang terdekat dengan beliau.
  • Jadi nya, rakyat jelata terpaksa mengisikan ruang masa mereka dengan cerita politik yang berasas fakta-fakta yang kosong . fakta loyar buruk kata orang di sini.
Fenomena Keadilan Untuk Sabah
Pada mula nya, isu Pakatan Rakyat atau parti Pembangkang yang di import dari Semenanjung ini tidak timbul di hati rakyat Sabah.
Kerana sudah banyak parti-parti tempatan yang berkebolehan untuk menampung cita rasa rakyat di sini. Saperti UMNO,PBS, UPKO, PBRS, dan LDP.

Manakala parti Pembangkang antara nya Pasok, BERSEKUTU , SETIA, PAS, DAP dan akhir nya parti Keadilan dan SAPP (parti yang telah keluar dari BN).
  • Fenomena slogan kata ‘Keadilan Untuk Sabah’ mula di laungkan oleh parti-parti Pembangkang, hanya beberapa tahun yang lalu, bila mana pemimpin-pemimpin BN di sini di rasakan gagal menangani masaalah rakyat yang sedang kehausan ‘transformasi perubahan’. Transformasi perubahan yang pernah di usul kan dalam manifesto ‘Sabah baru’ .
  • Manifesto ini menjanjikan satu harapan untuk rakyat dapat memperbaiki nasib hidup sealiran dengan pembangunan yang dilaksanakan di Semenanjung.
  • Malang nya satelah BN mengambil alih tampuk pemerintahan dari PBS di Sabah, banyak janji hanya lah tinggal janji. Lebih teruk lagi bila pemimpin-pemimpin di sini terlalu ketara mementingkan keperluan sendiri dari kehendak rakyat yang susah.
  • Di samping itu, nampak sangat pemimpin-pemimpin yang di bagi mandat oleh rakyat ini, tidak berkebolehan untuk merancang program yang dekat di hati rakyat.
  • Hampir-hampir semua perancangan dan perlaksanaan projek yang di luluskan oleh kerajaan semata-mata bertujuan untuk memanafaatkan pehak tertentu sahaja.
UMNO JUGA BAH
Mengikut cerita orang-orang lama, UMNO didatangkan ke Sabah ada lah murni. Bertujuan selaku parti penyelamat suku kaum bumiputera yang beragama Islam dari belengu kuku besi pemerentahan parti PBS pada ketika itu.
  • Dikatakan, pemerentahan PBS pada masa itu, tidak memberi ruang luas kepada suku kaum bumiputera Islam untuk berkongsi kuasa sepenuhnya.
    Mala ada golongan pemerhati politik nasional yang lantang mengiktirafkan kerajaan PBS telah mengamalkan sistem kerajaan ala-ala apartheid; saperti yang berlaku di South Africa pada suatu ketika dehulu.
  • Pada mula nya, suasana ini memang memberangsangkan. Justru itu, majoriti dari pada mereka yang beragama Islam bersetuju untuk bersatu dalam memerangi parti PBS melalui UMNO.
  • Sapertimana yang di nyatakan awal-awal tadi, kempen dengan menggunakan slogan 'Sabah baru' di lancarkan dengan aggresif nya; sehingga akhir nya BN berjaya merampas tampok kerajaan dari tangan PBS.
  • However, setelah sekian lama memerentah, perangai pemimpin-pemimpin BN , terutama sekali YB-YB dari parti UMNO, mula berubah dan 'out of control'.
  • Dari apa yang kita lihat, terbukti bahawa niat mereka untuk menjadi Ahli Yang Berhormat ada lah semata-mata untuk kepentingan sendiri. Bukan untuk rakyat sapertimana yang dijanjikan.
  • Rasa nya, hampir-hampir semua Ketua Bahagian UMNO Sabah, ada lah kaya raya. Sedangkan ahli–ahli biasa mereka hanya bisa mengigit jari. Sebagai contoh, pernah seorang ketua cawangan menyatakan pada saya bahawa anak buah beliau pernah menegur, apa kah yang beliau dapat selama ini selain dari atap-atap rumah yang maseh bocor?...kata nya
  • Justru itu tidak heran kalau, ketua–ketua UMNO yang sedia ada berusaha bermati-matian untuk mempertahankan kedudukan mereka sebagai ketua...
  • Seada nya, tabiat ini sudah menjadi budaya di sini. Kalau kita kaji secara keseluruhan nya, sesiapa pun yang di pilih sebagai ketua, pasti nya secara automatik mendapat kunci untuk menjadi millionaire.
EPILOG
So, kemelut masaalah yang melanda rakyat Sabah masa kini memang real. Ia nya hanya dapat di selesaikan kalau Pemimpin-pemimpin dari kerajaan persekutuan jujur dan telus mengotakan janji.Ia itu janji yang di manifestokan dalam deklarasi ‘SABAH BARU’.
Fikir-fikirkan lah
3 comments:

salam sdr solymone

first of all, posting sdr sgt baik utk di jadikan renungan kpda bumiputra sabah khasnya..

saya sependapat dgn sdr kerna ramai skrg ini pemimpin BN mementingkan diri darpada bumiputra sendiri..

janji hanya tinggal janji seperti mana apa yg sdr katakan..

this is reality bukan retorik politik ..however sy harap rakyat sabah sendiri dpt menilai akan kepimpinan pemimpin BN skrg ini..

Thanks..


Thanks sdra Datu Pitung,
Saya tidak dapat mengulas komen sdra. kerana bagi saya, pendapat sdra ada lah melambangkan 'suara orang-orang muda' masa kini.

Genarasi yang boleh mengubah senario masa depan politik negeri dan negara di masa yang terdekat.


U do have a good point there Mr Solymone.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails