

Kelmarin saya agak terkejut bilamana terbaca artikel keluaran laman mahasiswakini, yang berjodol ‘Mahasiswa desak Jamil Khir meletak jawatan’ . Sejak akta Universiti dan Kolej Universiti di ‘enact’ kan, Saya belum lagi mendengar berita panas tentang keberanian warga mahasiwa yang menyuarakan pendapat lantang dalam hal-hal yang berkaitan dengan politik negara; sapertimana yang berlaku kini.
- Dalam Artikel tersebut, menyentuh dua badan gabungan mahasiswa, ia itu Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) telah menyerah memorandum kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Mej. Jeneral (B) Dato Jamil Khir agar menghalang konsert Micheal Learns To Rock untuk mengadakan konsert di Malaysia pada 3 september akan datang. Menurut badan ini, konsert ini dilihat mencemarkan bulan ramadhan.
- Manakala satu isu lagi, mereka mahu kerajaan membiarkan Kartika Kartika Sri Dewi Shukarnor memilih hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah Syariah Kuantan tanpa tekanan mana-mana pihak., bagi mengelakkan timbulnya persepsi negative berterusan kepada islam.
- Menurut sumber, memorandum itu diserahkan oleh wakil dua kumpulan front mahasiswa tersebut kepada Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri terbabit di Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
- Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS),Mohd Idris Yusof Al-Hafiz berkata tindakan senyap pihak Kementerian yang menjaga agama ini boleh menjadi barah yang mengundang ancaman kepada umat islam di negara ini.
- Manakala Idris yang juga Presiden Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) juga menyatakan bahawa kedua-dua isu ini jika tidak ditangani dengan baik, akan menghasilkan satu gelombang mahasiswa yang mampu menjatuhkan kerajaan pada hari ini.
- Disamping itu, pengerusi MPMN, Mohd Ridhuan Mohammad dalam kenyataannya meminta agar Datuk Khir Johari meletak jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Islam. Kerana beliau sudah tidak serius dalam menguruskan amanah rakyat khususnya berkaitan dengan islam.
- Beliau turut menempelak sikap Menteri yang enggan menerima sendiri memorandum itu dan hanya mewakilkan kepada Setiausahanya sahaja untuk menerima bantahan daripada mahasiswa ini.
- Menerut beliau selanjut nya, mereka masih menunggu jawapan daripada menteri terbabit dan jika tiada respon daripada beliau, badan mahasiswa tersebut tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong.
- Setelah menerima memorandum tersebut pihak Kementrian berjanji akan menyelesaikan kedua-dua isu tersebut dan meminta mahasiswa bertenang serta sabar dalam menunggu hasil keputusan mesyuarat melibatkan kedua-dua isu.
- Dalam isu yang lain, gabungan itu juga mempersoalkan Perdana Menteri, Menteri, Majlis Peguam dan NGO seperti Sister in Islam (SIS) yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.
- Tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka-mereka yang berterusan menghina agama islam dan juga institusi kehakiman itu sendiri, agar mereka ini didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, kata mereka.
Antara Blog yang ada pautan dengan akta Universiti sebagai rujukan :(i)politikampus.blogspot.com, (ii) HatiKering.word press



August 30, 2009 4:11 PM
Salam PERKENALAN BUAT SDR..
Kegagalan kerajaan melantik org yang tidak sepatutnya menyebabkan masyarakat mula ,menyampah.Hari ini mahasiswa, besok lusa pula orang desa.. kenapa kerajaan tidak mahu berubah..?
August 30, 2009 6:12 PM
salam sdr solymone..
sy sangat suka isu ini..
untuk pengetahuan sdr, mahasiswa juga adalah rakyat yang berhak dalam mengikuti sesuatu isu dalam negara. dan tiada isu untuk mempersoalkan LAYAK KA MAHASISWA MENDESAK MENTERI LETAK JAWATAN kerna mahasiswa adalah golongan terpelajar dan berpengetahuan tak kira dalam bidang politik mahu pun ekonomi negara.
setiap apa yang di lakukan oleh persatuan mahasiswa yang mengemparkan negara, adalah mempunyai sebab yang munasabah dan releven untuk di beri perhatian oleh semua pihak. contoh isu GMI.
MAHASISWA adalah peneraju kepimpinan negara di masa akan datang, dan jika mahasiswa ini tidak memperlihat kehebatan dan keberanian dalam menangani sesuatu isu yang releven di utarakan permasalahannya, maka tidak mustahil mahasiswa ini akan menjadi seorang pemimpin PAK TURUT kepada pihak yang berkenaan.
dalam hal mendesak menteri untuk letak jawatan itu, memang perlu di ambil perhatian kerna seorang yang menjadi pemimpin adalah kerna kepercayaan dan amanah rakyat bagi membela nasib agama mahu pun bangsa tapi jika pemimpin ini tidak mendengar rintihan rakyat maka adakah pemimpin ini LAYAK UNTUK MENJADI SEORANG PEMIMPIN RAKYAT???
isu yang di bawa oleh mahasiswa juga adalah berkaitan dengan konsert yang di buat pada 3 september ini, ini adalah releven untuk di beri perhatian kerana ini boleh memcemar dan melalaikan umat islam dalam bulan yang mulia ini.
saya akan mengikuti perkembangan isu ini di blog dan laman web persatuan mahasiswa di semua universiti terutama GAMIS.
kalau ada perkataan yg kurang meyenangkan, maafkan saya, semua atas kesilapan sy sendiri.
thanks sdr.
August 30, 2009 7:08 PM
Salam perkenalan kembali Palingberani,
Rasa nya, pandangan sdra maseh lagi berupa pendapat peribadi. kerana hal-hal saperti ini, berlaku pada satu atau dua suasana yang tertentu. Belum lagi merangkumi semua sektor.
Walau macammana pun thanks kerana melawat dan mengulas di sini.
August 30, 2009 7:54 PM
Sdra Datu Pitung,
Saya juga setuju, isu ini sangat menarik. kerana banyak perkara yang harus di kongsi bersama.
Memang tidak dapat di nafikan, students juga mempunyai perasaan saperti rakyat biasa.
Mala mereka mempunyai kelebihan tertentu; berupa tahap akademik, facility dan kumpulan cerdik pandai dalam segala bidang yang ada di negara ini.
Dalam kontek isu yang saya post ini, saya juga terasa, niat mereka murni untuk membantu negara dalam pembetulan kes-kes yang tidak betul dalam pandangan mereka.
Now, persoalan realiti, ada kah aktiviti mereka ini telah mendapat peruntukan undang-undang untuk bertindak sebagai ‘pressure group’; sama ada membantu atau menumbangkan kerajaan sama saperti yang dilakukan oleh Universiti-Universiti di Thailand?
Setahu saya, akta Universiti dan Universiti Kolej ada lah melarang sama sekali aktiviti politik yang mempersoalkan dasar kerajaan pemerintah. Dalam arti kata yang lain, mereka ini berlagak sebagai satu instituasi pengimbang resmi kepada Parlimen yang sedia ada?
Kalau lah kerja-kerja duplikasi ini dibiarkan berlanjutan, maka amat susah untuk bureaucracy kerajaan dalam menjalankan tugas mereka. Apa lagi kalau mereka terpaksa berhadapan dengan gangguan dari pehak pembangkang parti-parti politik dan juga badan-badan Mahasiswa.
Dari segi etika, students sepatut nya di hantar ke Universiti untuk menimbah ilmu pelajaran. Dan bila keluar nanti baru lah mereka boleh memilih untuk berpolitik atau berkhidmat dengan kerajaan dsn.
Fikir-fikirkan lah..
Salam dan semuga sukses
August 30, 2009 10:12 PM
salam sdr solymone
thanks dengan ulasan sdr..
saya setuju dengan apa yang sdr katakan, students di hantar ke universiti untuk study..
mahasiawa bukan nak kan politik itu sebagai satu isu untuk meperlihat kan kewibawaan dalam kepimpinan itu,tapi mahasiswa mewujudkan persatuan2 dalam universiti bagi memberi ruang pemikiran dan pandangan untuk turut sama memberi satu pandangan yang bernas berdasarkan knowledge dan fakta yang di pelajari.
mahasiswa memilih politik sebagai satu medan pembahasan untuk mengetengahkan komen dan buah fikiran dalam menangani sesuatu isu itu kepada kerajaan dan bukan untuk melibatkan diri dalam politik secara lansung tapi hanya dengan sesetengah isu sahaja. mahasiswa adalah satu icon masyarakat di luar sana, oleh yang demikian mahasiswa harus bersikap lebih prihatin dengan masalah yang di hadapi.
dalam universiti bermacam macam kos yang di tawarkan, salah satu nya sains dan politik, oleh yang demikian, mahasiswa mengunakan pengetahuan yang sedia untuk mendekati system politik negara dengan ilmu dan bukannya atas dasar publisiti dan kepentingan tertentu seperti yang berlaku kepada pemimpin sekarang.
jika pandangan awal dan analysis para mahasiswa di pertikai, bermakna kerajaan takut akan pengetahuan dan kewibawaan mahasiswa itu untuk melibatkan diri dalam dunia politik kelak. mahasiswa bukan di lahirkan sebagai pembangkang dan sebaliknya tapi mahasiswa di lahirkan untuk berbakti untuk agama, bangsa dan negara. so, isu yang di ketengahkan adalah langkah awal untuk mahasiswa dalam proses kepimpinan negara pada masa akan datang.
mahasiswa bukan nak kan pangkat, darjat atau pun sama waktu dengannya tapi mahsiswa hanya mahu keadilan kepada rakyat di luar sana yang kurang peka dengan masalah politik mahu pun masalah tentang isu semasa yang melanda negara. seperti apa yang berlaku sekarang kepada system media negara kita yang banyak melakukan penyelewengan maklumat kepada orang ramai.
dalam ucapan DS NAJIB pun, ketika merasmikan majlis bersama mahasiswa islam di uitm sha alam telah menegaskan, bahwa mahasiswa perlu menyampaikan maklumat yang telus kepada orang ramai dan harus menapis maklumat sebelum menyampaika nya kerana mahasiswa adalah ikon masyarakat di luar sana.
setahu saya, ketika reformasi anwar pada tahun 1997-98, baru di gubah undang2 kepada mahasiswa supaya tidak melibatkan diri dalam dunia politik. cadangan itu di buat oleh Tun mahathir.(kalau salah betulkan)
August 30, 2009 11:16 PM
Salam sekali lagi sdra Datu Pitung,
Satu analisa berupa hypothesis yang bernas. Selaku seorang yang pernah menjadi activist, saya juga memahami perasaan sdra.
Disamping itu, nya, saperti sdra, saya pun pernah juga mengalami situasi hidup sebagai seorang Mahasiwa. Malang nya saya habiskan pengajian saya di negara barat, U.S.A.
So ciri–ciri Pengandalian isu pasti nya ada beza nya. Namun secara keseluruhan nya, di mana pun didunia ini, Universiti tetap Universiti.
Cuma apa yang saya perhatikan disini, sdra lebih memikirkan perjuangan politik yang ideal.
Kenapa ideal? Kerana sdra melupakan bahawa kemungkinan tindakan undang-undang saperti ISA akan dikenakan kepada activist Mahasiswa tersebut , kalau nya mereka terlalu menekan berupa paksaan kepada kerajaan.
Contoh nya, tindakan memaksa Menteri dalam JPM tersebut untuk meletakkan jawatan’ ada lah kes serius; luar bidang kuasa yang diperkenankan dalam perlembagaan persatuan Mahasiswa .
Dalam dunia realiti, PM sahaja yang ada kuasa untuk melucutkan jawatan seseorang Menteri . Sedangkan kes yang dibangkit kan oleh golongan Mahasiswa ini maseh boleh dirunding, tanpa menggunakan ugutan atau paksaan.
Untuk peringatan sdra, kes-kes saperti ini pernah dilakukan oleh golongan activist Mahasiswa sebelum ini.
Apa yang terjadi, activist-activist tersebut telah diambil tindakan. Sehinggakan ada yang tidak dapat menghabiskan pengajian mereka dan ada juga yang telah melarikan diri keluar Negara.
Persoalan nya, kalau itu lah yang terjadi, apa pula perasan ibu bapa dan sanak saudara Penuntut tersebut? Fikir-fikirkan lah
Salam dan semuga sukses
August 31, 2009 12:25 AM
salam kembali sdr solymone
saya sangat suka membincangkan isu ini kepada sdr, kerana sdr sangat kreatif dan kritis dalam memberi ulasan.
kalau di lihat details sdr, persatuan mahasiswa hanya mahu kan KEADILAN, KEAMANAN dan KEHARMONIAN dalam pemerintahan kerajaan kepada rakyat. dalam konteks ini, mahasiswa melihat menteri ini tidak layak untuk menjadi pemimpin jika perkara sekecil ini pun tidak boleh di selesaikan apatah lagi masalah besar.walhal menteri ini berlatar belakangkan status ustz(PENCERAMAH FORUM). masa kan sdr perkara konsert yang berisi kan pelbagai maksiat tidak boleh di hentikan sedangkan dia mempunyai kuasa menyuarkanya untuk menhentikan konsert tersebut, dan konsert itu juga berlangsung dalam bulan ramadhan. adakah patut dia berdiam diri???
ini lah yang sebetulya di tegak kan dan di suarakan oleh golongan mahasiswa,kerna pemimpin seperti ini tidak mempunyai ciri ciri seorang pemimpin yang berwawasan. mungkin adalah lagi yang lebih layak daripada menteri ini untuk menjadi seorang pemimpin. untuk pengetahuan sdr bukan bermakna mahasiswa adalah golongan profesional dalam negara yang boleh melucutkan seseorang itu daripada kedudukan nya tapi itu hanya cadangan mungkin juga desakan..
jika di renung kembali, ciri ciri pemimpin adalah seperti zaman pemerintahan para sahabat (syaidina umar) setelah kewafatan nabi SAW. itu lah pemimpin yang adil dan taat kepada Allah dan menunaikan hak rakyat serta prihatin dengan masalah masalah kecil mahu pun yang besar.
dalam konteks ISA, kenapa perarakan berlaku pada 31 julai lalu, tidak lain tidak bukan adalah untuk menyuarakan keadilan kerajaan kepada rakyat kerana ISA telah di salah guna oleh kerajaan.
kerajaan sekarang tidak mahu di tegur oleh mana2 pihak apatah lagi golongan mahasiswa. jika mahasiswa menyuarakan ssuatu perkara, dikatakan ia nya berbentuk politik.
kepada mahasiswa yang di ambil tindakan dan di berhentikan sebelum ini, adalah tidak sia sia mereka menjadi mahasiswa, kerana mereka ini telah MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT. bukan kah ini yang di mahu kan oleh rakyat di luar sana kepada mahasiswa itu untuk berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
dan saya perlu tegas kan di sini, persatuan mahasiswa bukan persatuan politik tapi persatuan untuk membela rakyat an mahasiswa itu sendiri.
August 31, 2009 12:48 AM
salam sdr solymone..
saya telah membuat kesimpulan berkenaan isu ini..
memorandom yang persatuan mahsiswa serahkan kepada Dato’ Jamil Khir Baharom adalah berbentuk penyelesaian dengan baik isu Konsert Michael Learns To Rock (MLTR) dan isu sebatan ke atas Kartika Sri Dewi Shukarnor.
tapi malangnya dato jamil selaku menteri hal ehwal agama islam, tidak menyambut mereka ini ketika menyerahkan memorandum tersebut, sebaliknya hanya setiausaha yang di arahkan untuk mengambil memorandum tersebut.
ok, saya membuat perumpamaan, jika seorang tetamu datang ke raumah kita, kita wajib untuk melayan nya dengan baik, tapi dalam kes ini, dato yang kebetulan berada di pejabatnya tidak keluar untuk menyambut mahasiswa yang datnag sebagai tetamu. dan disitu juga kemungkinan, mahasiswa itu tadi naik berang dan mendesak menteri itu untuk meletak jawatan sebagai menteri, atas sebab sangkaan mahasiswa itu tadi kepada dato jamil yang seakan akan tidak setuju dengan apa yang di suarakan oleh mahasiswa sedangkan, itu adalah kepntingan agama juga rakyat.
mungkin sdr boleh bagi kesimpulan yang lebih bernas lagi. itu hanya kesimpulan saya secara peribadi.. thanks.
August 31, 2009 1:22 AM
Salam lagi sdra Datu Pitung,
Nampak nya sdra terlepas pandang message yang saya cuba sampaikan disini.
Kerana sdra maseh lagi menekankan cerita yang terlalu banyak theori lagi ideal. Ini kerana mungkin sdra belum terfikir lagi kedudukan keadaan situasi ini dari prospective dunia realiti.
Terutama sekali dunia politik yang akan manipulasikan undang-undang dan perlembangaan yang sedia ada. Termasuk perundangan yang termaktub dalam perlembagaan persatuan Mahasiswa.
Maksud saya, sama ada perlembagaan tersebut membolehkan golongan Mahasiwa untuk menekan kerajaan saperti desakan untuk melucutkan seorang Menteri termasuk PM dari jawatan mereka; kira nya pada pandangan warga Mahasiswa, Menteri-Menteri tersebut dsn, membuat kesilapan?
Kerana perkara saperti ini ada kemungkinan nya di bawah ke Mahkamah ( Universiti dan Awam) sekira nya Menteri-Menteri tersebut merasa di perkecil-kecilkan?
Apa lagi kalau mereka terasa terancam? Kerana sebagai seorang ahli politik, Menteri-Menteri tersebut akan melakukan apa sahaja demi untuk menjaga credibility mereka.
Next, kira nya perkara ini, sampai ketahap itu, sanggup kah pehak Pentadbir Universiti memperjuangkan perjuangan warga Mahasiswa yang terlibat? Termasuk membantu Mahasiswa tersebut untuk menapis sebarang tindakan dari Pehak kementerian?
Finally, (Sebagai contoh) macam mana cara sdra menengani persoalan dari Ibu Bapa dan sanak saudara kira nya perjuangan ini, terpaksa korban kan pengajian sdra? Kerana disebalik theori kes ini, boleh menjadi serius dan bahaya untuk masa depan warga Mahasiswa.
Sekali lagi semuga sukses
Post a Comment