SUARA BEBAS TUARAN

UNTUK MU SABAH KU JANGAN JADI TIPAH TERTIPU

Analisis Solymone

Sabah merupakan antara penyandang juara kemiskinan tegar! Boleh kita analogikan ia seperti, petani yang bersawah tapi mati kelaparan kerana tiada beras. Seolah-olah macam itu..
Negeri yang kaya tetapi rakyatnya miskin. Di sabah, apabila ada kampung yang mana penduduknya bergantung dengan air sungai untuk minum dan keperluan keluarga, itu sudah dikira mewah. Berbanding dengan kampung yang mana penduduknya mengusung baldi merentasi bukit-bukau semata-mata untuk mendapatkan air bersih.

KEMISKINAN BUDAYA SABAH?
Gambar diatas ini, satu contoh yang boleh saya berikan untuk menggambarkan kepada pembaca, situasi sebenar dan mengapa perkataan kemiskinan tidak menjadi kehairanan kepada 'orang kita' di Sabah.
Seakan-akan kemiskinan itu sudah menjadi budaya orang–orang di sini. Ya, kita tidak nafikan ada golongan yang berada di negeri ini. Tapi, kita bicara kan , ada lah penduduk yang duduk di luar bandar negeri ini.
Bahkan mereka merupakan majoriti terbesar. Mengapa selama 50 tahun negara merdeka dan dikatakan sebagai negara yang membangun kita masih tidak mampu menyalurkan bekalan air bersih dan elektrik kepada seluruh rakyat sabah umpamanya..
Atau mungkinkah kawasan di luar bandar sabah itu terlalu jauh nun di sana sehingga tidak mampu dimasuki oleh arus pembangunan selama 50 tahun diusahakan!

Kalau kerajaan Malaysia pada suatu ketika,sanggup menyelamatkan sistem saham KLSE (Bail Out), tiada sebab kenapa rakyat yang miskin dan menggangur di Sabah tidak boleh di selamat kan.


KRITIKAN YANG BERTANGGUNGJAWAB
Saya adalah rakyat Malaysia. Dan saya membawa suara orang Malaysia di Sabah atas perkiraan dan pendirian saya sendiri sejajar kedudukan saya sebagai golongan intelektual dalam negara.
Saya mengkritik bukan atas sebab benci tetapi atas landasan perasaan sayang dan tanggungjawab. Sayang kita kepada pemimpin dan juga tanah air kerana kedua-duanya berasal dari rumpun yang sama.
Cuma kadang-kadang sikap tamak menyebabkan pemimpin terkelabu matanya dan tidak lagi memandang masaalah rakyat. Itu yang perlu saya tegur kerana saya perihatin .
Disebabkan gara-gara cerita sedih begini lah yang mengalakkan saya berkorban untuk kalah dengan bertanding tikit BEBAS, di kawasan P.170 Tuaran, pada PRU12 yang lalu.
Bukan kerana tamak kan jadi YB atau kuasa. Kerana sebelum ini pun saya pernah memegang jawatan yang hampir-hampir sama kuasa dan gaji nya dengan YB (cuma bidang accountability nya sahaja berbeza).
Tetapi dengan tujuan murni, untuk menabur bakti kepada mereka-meraka yang tertindas selama ini oleh pemimpin-pemimpin yang tidak pernah-pernah sedar betapa pedih nya hati bila merasakan di sebalik senyuman rakyat itu, ada lah derita yang tidak pernah kunjung padam.
Menang bukan perkiraan saya ( kerana di Sabah, selaku calun BEBAS selalu nya berakhir dengan kekalahan), tetapi apa yang penting 'message' telah sampai kepengetahuan akar umbi, bahawa mereka telah tertipu selama ini oleh janji-janji manis pemimpin yang tidak bertimbang rasa.
Pemimpin yang tidak tahu atau sengaja tidak mahu merancang pembangunan yang sesuai untuk rakyat. Sedangkan disebaliknya, mereka ini ada lah terdiri dari golongan pakar . Pakar untuk menambah kan kekayaan peribadi ..kekayaan yang sememang nya mereka sudah miliki.

KALAU BUKAN RAKYAT SIAPA ANDA?
Jika teguran-teguran seperti ini tidak mahu diambil kira oleh sang pemimpin tertinggi, maka saya pasti satu ketika rakyat akan melakukan suatu perubahan yang besar lagi dahysat.
Iyalah.. Buat apa kita mempunyai pemimpin yang dia sendiri tidak mahu memahami penderitaan kita dan menutup telinga terhadap semua aduan serta nasihat kita. Ingat! kami yang memilih anda. Kalau bukan rakyat, siapa anda??
kita di Sabah merayu supaya satu perubahan telus dibuat oleh pihak yang memerintah. Bukan perubahan kosmetik semata.
Apa guna kita berbangga dengan pembangunan di kota kalau ramai rakyat marhaen masih sengsara. Buktikan bahawa anda boleh memimpin dan jangan sampai kami menukar kepimpinan anda.
Gunakan peluang semasa iaitu kedudukan sabah yang sekarang ini telah menjadi anak emas kerajaan pusat ekoran tsunami politik yang lepas sebagai medan untuk kita berbincang dengan lebih banyak lagi dengan kerajaan pusat demi kepentingan rakyat dan bukan kepentingan saku baju sendiri.

EPILOG
Saya juga mengingatkan kepada rakyat supaya menyambut baik sebarang perubahan yang dilakukan andai kata tujuan nya untuk kebaikan rakyat. Kita jangan segan-silu untuk melakukan perubahan jika semua keperluan serta tuntutan kita tidak diendahkan. Ingat! perubahan yang dibuat adalah untuk kepentingan rakyat dan juga anak-cucu kita di masa akan datang.
Jangan sampai tipah tertipu lagi. Biarlah tipah tertipu lagi, tetapi rakyat tidak sekali-kali akan tertipu.
........................................................................................................
*Artikel ini saya post kan untuk memenuhi permintaan sahabat -sahabat saya dari kampung. Ketika saya berada di kampung pada hujung minggu ini, saperti biasa, saya di kunjungi oleh kawan-kawan untuk mengadu betapa susah nya keadaan mereka di kampung.
Menurut mereka, PRU12 sudah berlalu, namun janji belum lagi di tepati oleh pemimpin-pemimpin.
Selanjut nya, mereka juga mengingatkan, ketika waktu memancing undi dalam PRU yang lalu bukan main manis janji yang di beri, sehingga berbueh mulut berkata-kata. kini? apa ada? apa lagi dapat melihat pembangunan yang di janji, batang hidung pun tidak nampak...
9 comments:

salam sdr..

kita penulis blog nie kena banyak bawa isu sebegini sekurang-kurangnya sebagai info kp pemimpin bahawa ada lagi rakyat yg menderita kerana kemiskinan..

kalau tidak pun para pemimpin buka blog kita setidak-tidaknya sudah menjadi isu para blogger antara daerah..semoga sukses.Salam.


SALAM SAUDARA,
isu kemiskinan di Sabah merupakan isu yg mendapat perhatian dari semua pihak. Pusat dan Negeri. Peruntukan untuk pembasmian kemiskinan samada secara direct, juga melalui pelbagai agensi seperti FELCRA dll sedang dalam perancangan dan ada juga telah dan sedang dilaksanakan.

Analisis Geo effecient pernah saya lakukan beberapa tahun dulu iaitu mengkaji perbezaan pendapatan bolehguna antara rakyat luar bandar dan bandar. Jelas gap itu terlalu jauh. saya akan cuba rujuk semula analisis itu.

semasa buat kajian ilmiah untuk dapat sarjana muda ekonomi kira-kira tahun 1980 (29 tahun lalu) saya pilih kg ambong di Kota Belud sebagai kes study mengenai kemiskinan luar bandar. Kajian tentang jumlah pendapatan isi rumah, berapa anak dalam tanggungan, berapa yg bersekolah, pekerjaan tetap,dsbnya.

tetapi yg jelas agensi dan kementerian di Sabah kecuali IDS yg hanya jalankan kajian di kawasan KDM, tidak ada satu kajian menyeluruh tentang permasalahan hidup desa. Keluarga Nelayan di Kg Rampayan, Menggatal atau keluarga nelayan di Rampayan Kota Belud mungkin menghadapi masalah yg berbeza.

Agensi kerajaan ada kalanya menggunakan kes study di Ulu Perlis untuk diguna pakai di Sabah. Walhal situasinya jauh berbeza, maka dasar itu gagal dan tidak menepati sasaran.

saya melihat punca sebenar bukan soal wang dan peruntukan tetapi ketepatan kajian sehingga sasaran sebenar gagal. Dasar akhirnya tidak berjaya. Wang berbilion tidak bermakna.

polisi yg sama ternyata gagal tetapi di ulang-ulang semata-mata kerana politik. Parti yang memerintah lebih berminat melayan karenah orang politik bukan kehendak rakyat secara keseluruhannya.


sdra solymone, maaf komennya terlalu panjang...saya sebenarnya sanjung perjuangan sdra yang sanggup menegur dan mengkritik kerajaan demi kepentingan rakyat.

teruskan perjuangan saudara..


Pak,menseduo kami minggu depan.."migang"..jemput uncle datang..kalau dapat datang atau tidak,sms di no talipon saya 0109499125.


Salam sdra DEPU-DEPU,
Terima kasih atas lawatan dan komen yang menarik, harapan saya pun sama saperti sdra.


Anak Buah Maruf,
Terima kasih atas jemputan nu..
Selalu ni, aku sibuk bana mitu tak KK. Walau pian-pian pun , akan sms ku kau amun nyaun halangan.


Sdra Musli,
Thanks, satu 'response' yang begitu jelas dan 'elaborate'. Hanya harapan saya, kajian lanjutan sdra dapat membantu, masaalah rakyat yang perlu perhatian lebih dari YBs di kawasan masing-masing.
Apa lagi bila mengingatkan mereka baru di naik kan gaji.


Salam sdr..

Membaca tulisan sdr ini..membuatkan saya berfikir bahawa...perlu ada satu suara bebas bukan sahaja suara bebas tuaran tetapi juga semua daerah di sabah..

Tujuannya supaya mengetengahkan permasalahan rakyat seperti yg sdr utarakan..Syabas dan tahniah..keranaperjuangan suci itu..semoga diteruskan..


Salam Kelapa Mawar,
Thanks kerana lawatan dan komen yang bermakna.

Saya pun kadang-kadang terfikir sapertimana yang sdri KP syorkan. However, untuk langkah pertama kita kena establish kan dulu platform kita.

Bagi saya, ia nya bermula di Tuaran,daerah saya. Kerana masaalah di lain-lain daerah pun hampir-hampir sama. Cuma barangkali beza nya, prioriti masing-masing.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails