SUARA BEBAS TUARAN

19 Warga Bangladesh Ditahan Di Pesta Seks

Labels:

Ketika umat Islam bertakbir dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri, sekumpulan warga Bangladesh mencemari kemuliaan Syawal dengan menganjurkan pesta seks di sebuah rumah kongsi, di Felda Krau 4 dekat sini, baru-baru ini.
  • Pesta maksiat membabitkan 19 warga Bangladesh itu dikesan pada malam Isnin lalu apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub menyerbu rumah kongsi itu pada 2.30 pagi hasil maklumat orang ramai.
  • Selain warga Bangladesh berusia 20 hingga 30 tahun yang kebanyakannya pekerja ladang, polis menahan tiga wanita tempatan, termasuk seorang berusia 17 tahun dipercayai pelacur.
  • Seorang lelaki rakyat tempatan berusia 56 tahun, dipercayai bapa ayam, turut ditahan tidak jauh dari premis berkenaan.
  • Polis turut menemui beberapa kondom terpakai dan yang belum digunakan bersepah di atas lantai rumah kongsi itu.
  • Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Samsuddin Wan Osman, berkata siasatan awal mendapati bahawa wanita berusia antara 17 dengan 43 tahun itu berada di rumah kongsi tersebut sejak malam Ahad lalu untuk melayan nafsu warga Bangladesh yang terlibat.
  • 'Gadis berusia 17 tahun yang juga penduduk tempatan itu sudah berhenti sekolah dan dipercayai mempunyai masalah keluarga,' katanya.
  • Menurut Superintenden Wan Samsuddin, selepas polis memasuki rumah kongsi itu, beberapa warga Bangladesh cuba melarikan diri, namun usaha mereka itu gagal kerana kawasan tersebut sudah dikepung.
  • 'Hasil pemeriksaan, kami dapati rumah berkenaan dibahagikan kepada beberapa bilik,' katanya.
  • Beliau berkata semua warga Bangladesh terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan tidak bermoral itu.
  • Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, ketika diminta mengulas mengenai tangkapan itu berkata sebagai orang Islam, mereka sepatutnya menghidupkan kedatangan Syawal dengan beribadat, bukan melakukan maksiat.
  • 'Sepatutnya umat Islam menjaga kesucian agamanya dengan melakukan ibadat dengan penuh ketakwaan setiap masa, bukan hanya dalam bulan tertentu,' katanya.
  • Menurut beliau, individu yang melakukan perkara terkutuk seperti itu boleh dianggap memisahkan agama dengan diri mereka sendiri.
Sumber: Metro.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails