SUARA BEBAS TUARAN

2 Syarikat Pemborong Bantuan Mangsa Banjir di Pitas Tuntut Bayaran Segera


Selalu nya kita mendengar berita-berita sedih yang menceritakan betapa derita rakyat ketika berhadapan dengan gejala banjir. Ada yang kehilangan harta benda saperti rumah, haiwan ternakan, tanam tanaman dan kadang kala ada juga yang kehilangan nyawa.
Namun berita kali ini lain pula cerita nya. Apa yang berlaku, ia lah rasa kegelisahan dua orang wanita yang menuntut bayaran dari kerajaan akibat banjir.
Menurut sumber, mereka ini ada lah empunya syarikat pemborong yang telah di tawarkan sebagai pembakal barang-barang keperluan untuk mangsa-mangsa banjir di daerah Pitas, Sabah, baru-baru ini.
  • Merujuk kepada taklimat mangsa banjir yang disampaikan oleh Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri SKN bagi daerah Pitas awal tahun ini, kerajaan telah berjanji bahawa akan menguruskan perkara yang berkaitan dengan banjir ini secepatnya sebab ini kata mereka bencana alam keperluan mendadak dan peruntukan kilat tersedia ada.
  • Namun hingga kini, maseh ada lagi Dua syarikat yang menjadi pembekal bahan makanan dan peralatan keperluan peribadi untuk pusat pemindahan kepada kira-kira 5,000 orang Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir di daerah Pitas akhir tahun lepas dan awal tahun ini belum lagi mendapat bayaran
  • Mereka merayu kepada pihak yang berkenaan dan bertanggungjawab membuat pembayaran segera terhadap tuntutan mereka.
  • Dua daripada enam syarikat yang dimaksudkan, telah diberi mandat untuk menyediakan atau membekal bahan-bahan keperluan mendadak contohnya Pengurus Syarikat Ain Teguh Best Shop Pitas Puan Noraini Nordin telah dipertanggungjawabkan menyediakan bahan makanan mentah seperti beras, gula, kopi, susu, roti, sadin, minyak masak dan lain-lain.
  • Manakala Pengurus Syukur Enterprise, Jamilah Abdul Sani dipertanggung jawabkan untuk menyediakan peralatan keperluan peribadi dalam pusat pemindahan tersebut seperti selimut, bantal, tilam, tikar getah, tangki air dan lain-lain
  • Puan Noraini dan Jamilah menemui akhbar merayu kepada Jabatan atau Kementerian yang telah diberi kuasa untuk membuat pembayaran terhadap tuntutan mereka agar segera melaksanakannya memandangkan mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah gen_ting seperti melunaskan pinjaman bank dan juga hutang piutang dengan syarikat lain semata-mata membantu menyelesaikan masalah tersebut.
  • Dikatakan Puan Noraini telah membelanjakan modal berjumlah kira-kira RM750,000 demikian juga Jamilah tuntutan lebih RM100,00 itu menjadikan mereka kehilangan modal pusingan perniagaan
  • Kedua-dua mereka berkata mereka sebagai peniaga bumiputera yang serba kekurangan terutama sekali dari sudut modal kewangan amat sukar meneruskan perniagaan lain jika modal terpakai tidak dapat dibayar balik.
  • “Saya pada bila-bila masa saja bakal dibawa ke mahkamah,” kata Noraini hanya disebabkan kelewatan menjelaskan balik pinjaman yang beliau buat dari bank dan syarikat lain.
Sumber: Pitas, NST
2 comments:

Salam sdr Solymone..

saya juga turut terkejut membaca posting sdr mengenai isu ini..jika benar kerajaan perlu cepat bertindak kerana ia boleh menjatuhkan imej kerajaan di bawah pimpinan MUSA AMAN.

walau pun begitu kes ini perlu diperhalusi kerana mungkin pembayaran sudah dibuat tetapi disalahgunakan oleh orang tertentu..mana tahu?

selain itu kerajaan juga perlu menggubal satu undang-undang bencana alam yang memungkinkan kes sebegini tidak akan berlaku lagi. Penyelarasan bantuan hendaklah dilaksanakan berdasarkan keperluan bencana. Jangan memberikan bantuanyang tidak diperlukan..

Semoga sdr juga sukses dan diberikan kekuatan dan kesihatan utk terus menjadi blogger sensasi masa kini di Sabah. wassalam.


Wsalam Kelapa Mawar,
Saya pun agak terkilan juga bila terbaca kes ini.

Saya tidak tahu, sama ada ia nya akan melibatkan politik. Namun tidak lah adil kalau 2 wanita itu di biar begitu saja.

Berulang alik ke KK semata-mata untuk mengurus pembayaran yang tertunda?... Dahysat.
Hari Raya dah nak tiba, bayar aje lah.

Kalau pun ada salah guna, bukan nya susah sangat untuk dikenal pasti.. siasat, ambil tindakan dan bayar.
Thanks


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails